NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kerajaan bayar pampasan RM110 juta kepada PLUS



KUALA LUMPUR: Kerajaan akan membayar pampasan sebanyak RM102 juta kepada PLUS Malaysia Bhd (PLUS) susulan pemansuhan bayaran tol di Plaza Batu Tiga dan Sungai Rasau di Selangor.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata ia susulan penstrukturan tol itu yang dijadual sehingga 2038.

Jelasnya, kerajaan juga akan membayar pampasan sebanyak RM8 juta di tol Bukit Kayu Hitam, Kedah selain penyelesaian pertindihan bayaran di Lebuhraya Penyuraian Trafik Johor Timur (EDL), Johor.

"Dua tol tersebut iaitu di Batu 3 dan Sungai Rasau sebanyak RM102 juta, kemudian di Bukit Kayu Hitam pula RM8 juta.

"Di Lebuhraya Penyuraian Trafik Johor Timur (EDL) Johor, kerajaan sudah kenakan road charges, tol itu sudah redundant kita akan offset dengan road charges," katanya semasa sidang media selepas merasmikan Seminar Percukaian Kebangsaan 2017, di sini, hari ini.

Seminar yang bermula hari ini hingga 16 November diadakan di 24 lokasi seluruh negara bertujuan memberi pemahaman yang lebih jelas berkaitan cadangan pindaan dalam Akta Cukai Pendapatan 1967 serta akta-akta berkaitan yang dibentangkan melalui Bajet 2018.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini dilaporkan berkata pampasan akan dibayar ke atas baki 20 tahun kontrak yang sepatutnya berakhir pada 2038.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pemansuhan bayaran tol tersebut semasa pembentangan Bajet 2018 Jumaat lepas.

Kadar tol yang dikenakan di Plaza Tol Batu Tiga dan Plaza Tol Sungai Rasau masing-masing bernilai RM1.10 dan RM1.--AstroAwani
© all rights reserved
made with by templateszoo