NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kelantan akan perkenal bas elektrik



KOTA BHARU: Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) menerusi anak syarikatnya, Kelantan Utilities Mubaarakan Holdings Sdn Bhd (KUM) bakal menyediakan bas elektrik untuk penduduk di sekitar jajahan ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Teknologi Hijau negeri Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata KUM bekerjasama dengan Go Automobile Manufacturing Sdn Bhd (Go Auto), yang akan membekalkan bas elektrik kepada operator bas henti-henti di negeri ini.

"Bas yang mengaplikasikan teknologi hijau tanpa petroleum tersebut menelan belanja RM1.2 juta sebuah dan akan memuatkan 40 penumpang pada setiap masa dan mampu bergerak dengan kelajuan 80 kilometer per jam.

"Kajian masih dijalankan untuk mengenal pasti lokasi yang sesuai bagi menempatkan stesen pengecasan bas elektrik ini dan akan dilaksanakan dengan segera," katanya kepada pemberita selepas mencuba perkhidmatan bas elektrik berkenaan sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Kelantan dan Ekspo Hijau Kelantan 2017 di pekarangan Stadium Muhammad IV di sini, hari ini.

Che Abdullah bagaimanapun tidak mendedahkan laluan yang terlibat, jumlah bas elektrik dan kadar tambang yang akan dikenakan kepada pengguna.-- BERNAMA
© all rights reserved
made with by templateszoo