NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kejohanan Futsal Piala Presiden Perantau



Persatuan Anak Terengganu DiPerantauan (PERANTAU) akan  mengadakan  kejohanan futsal Piala Presiden. pada 11hhb nov 2017 bertempat di MJ Teras Jernang, Bangi sempena dengan Himpunan Anak Terengganu 2017 (HAT’17)

Menurut Penyelaras Kejohanan Futsal, Encik Syamil Faizi berkata kejohanan yang dianjurkan oleh Biro Sukan Perantau ini lebih bersifat merapatkan ukhwah dimana majoriti pemain-pemain yang berdaftar  dibahagikan mengikut kawasan Parlimen masing-masing. Difahamkan 24 pasukan sudah mengesahkan penyertaan melibatkan hampir 200 pemain serta AJK. Para pemain yang mendaftar awal akan diberikan  sehelai jersi dan juga makan tengahari disediakan oleh pihak penganjur.

Pihak penganjur berharap program julung kali ini bakal diteruskan untuk masa akan datang dalam sukan-sukan lain untuk merapatkan Perantau dengan anak Terengganu di perantauan. Pihak-pihak yang berminat untuk menyalurkan bantuan kepakaran dan kewangan untuk penganjuran sukan boleh hubungi Encik Syamil di +6019-575 6177 (Klik)
© all rights reserved
made with by templateszoo