NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Harga Runcit Petrol, Diesel Naik


KUALA LUMPUR, 8 Nov -- Harga runcit mingguan bagi petrol RON95 naik tujuh sen kepada RM2.31 seliter manakala RON97 naik enam sen kepada RM2.60 seliter berkuat kuasa tengah malam ini hingga 15 Nov.

Harga runcit diesel pula naik tiga sen kepada RM2.20 seliter, demikian menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan hari ini.

Bagi minggu sebelum ini iaitu dari 1 Nov hingga 8 Nov, harga runcit mingguan RON95 ialah RM2.24 seliter, RON97 RM2.54 seliter dan diesel RM2.17 seliter.-- BERNAMA .
© all rights reserved
made with by templateszoo