DAP yang anda perlu tahu

Ulasan | Inilah parti yang mendakwa mendominasi lebih 70% undi bukan Melayu dalam negara sehingga hari ini. Ia mensasar untuk menangguk untung dari fenomena politik Tsunami Melayu dengan rakan sekutunya dan nanti dengan dominasi tadi akan memerintah kerajaan Pusat dengan 113 kerusi selain memerintah Johor, Negeri Sembilan, Selangor, Perak dan Pulau Pinang pada PRU ke 14.



Lewat petang tadi parti yang diasaskan selepas Singapura keluar dari Malaysia itu selamat mengadakan Kongres Pemilihannya yang tertangguh selama 4 tahun akibat bermasalah dengan R.O.S.

Apa berlaku?

Cuma 53.4% perwakilan yang berdaftar hadir. Dari 2 576 perwakilan yang berdaftar hanya separuh iaitu 1 376 yang hadir.

Adakah ini mewakili suara parti demokrat itu sebenarnya?

Seburuk-buruk parti PAS yang mereka hebat serang kebelakangan ini rasanya tidak pernah hanya 53.4% perwakilan yang hadir Muktamar pemilihannya.

Bermakna yang berjaya hari ini cuma dimandatkan oleh hanya separuh ahli-ahlinya.

Lagi?


Keputusan petang tadi menunjukkan hanya 4 orang pemimpin bukan Cina yang berjaya dipilihdari 20 jawatan JK Pusatnya iaitu 3 India dan seorang Melayu.

Ini bermakna hanya 20% wakil bukan Melayu berjaya dipilih sedangkan parti ini mendakwa ia parti berbilang kaum.

Juga dari 20 yang dipilih tadi cuma seorang dari Sarawak Chong Chien Jen itupun dari keturunan Cina Sarawak.

Bermakna tidak ada seorang pun wakil Bumiputera Sabah atau Sarawak yang terpilih sedangkan DAP bernafsu mahu kuasai kerusi Parlimen Sabah dan Sarawak.

Zairil Khir Johari anak angkat Cina bekas Menteri Umno cuma satu-satu wakil beragama Islam yang dipilih. Itupun di nombor ke 19.

Bermakna tidak ada wakil Melayu yang dipilih oleh para perwakilannya. Itupun mahukah Tsunami Melayu  menyebelahi mereka.

FIKIR-FIKIRKANLAH.

Roslan SMS

Sumber Gambar: https://www.facebook.com/roketkini/

Labels:
Reactions:
[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget