NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Benarkah Bilangan Ateis Melayu Meledak?



Sebenarnya, sesiapa sahaja yang tidak mahu menerima hakikat bahawa, seperti yang didedahkan oleh Dr Siti Mariah Mahmud, Ahli Parlimen Kota Raja merangkap Ketua Angkatan Wanita (AWAN) AMANAH, di Parlimen semalam, ramai yang terlibat dengan ateisme adalah anak-anak muda Melayu, hanya perlu membaca laporan dari dua portal berita ini sahaja untuk menilai kembali pendirian mereka itu.

Di dalam laporan portal berita South Cina Morning Post yang ditulis oleh seorang wartawan bernama Tashny Sukumaran pada 13 Ogos 2017, bertajuk “Atheism: The Latest Whipping Boy For Malaysia’s Pre-Election Politics?”, ada disebutkan mengenai kisah seorang pemuda Melayu Islam yang diberi nama samaran “Arrawdah “. Arrawdah, yang berusia 26 tahun dan datang daripada satu keluarga Melayu Islam kelas pertengahan, mengaku diri beliau adalah seorang ateis serta mendedahkan keresahan beliau bila ditanya kenapa tidak menunaikan solat Jumaat selain terpaksa menyembunyikan tabiat minum arak dan terpaksa makan secara bersembunyi di sepanjang bulan Ramadan.   

Di dalam laporan portal berita The Diplomat yang ditulis oleh seorang wartawan bernama Justin Higginbottom pada 22 Ogos 2017, bertajuk “Intolerance Rising: Atheists At Risk In Malaysia”, pula, ada disebutkan mengenai kisah seorang administrator laman Atheist Republic Malaysia Melayu Islam yang diberi nama samaran Ahmad. Ahmad, yang datang daripada satu keluarga Melayu Islam sederhana, juga mengaku diri beliau adalah seorang ateis serta mendedahkan bahawa terdapat ledakan di dalam bilangan ateis di Malaysia (“there is a blooming population of atheists (in Malaysia)”), sambil menambah bahawa bila beliau pulang ke kampung halaman beliau beliau mampu menemui beberapa orang kawan yang mendedahkan kepada beliau hasrat untuk keluar dari Islam (“was even able to find a couple friends that opened up to him about leaving Islam”). 

Di dalam laporan portal berita The Diplomat ini juga ada disebutkan mengenai kisah seorang bekas penganut Islam dari Singapura yang diberi nama samaran Nurulhuda. Nurulhuda, yang telah menetap di Malaysia selama 19 tahun, turut mengaku diri beliau adalah seorang ateis serta mendedahkan bahawa beliau sekarang bekerja sebagai seorang pekerja sosial di Malaysia dan membantu menganjurkan perjumpaan-perjumpaan sulit dengan kawan-kawan beliau yang telah meninggalkan Islam di rumah beliau atau di sebuah taman.

Pendedahan-pendedahan begini, bagi saya, tidaklah mengejutkan kerana saya secara peribadi pernah membaca pengakuan begini dalam Facebook tidak lama dulu, mengenai seseorang yang menubuhkan kumpulan sokongan bagi membantu penganut Islam yang menjadi ateis.


Perosalannya ialah: Jika wartawan boleh mengesan mereka, tidak logik pihak berkuasa gagal berbuat demikian.

© all rights reserved
made with by templateszoo