NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Bangunan dibina di atas tanah kerajaan dan tanah pertanian di antara punca tiada hakmilik strata



BANGUNAN DIBINA DI ATAS TANAH KERAJAAN DAN TANAH PERTANIAN DI ANTARA PUNCA TIADA HAKMILIK STRATA.

Exco Perumahan Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Kehidupan Bandar Negeri Selangor, Dato' Iskandar Abdul Samad mendedahkan di antara punca pembeli-pembeli rumah tidak mendapat hakmilik strata kerana Kerajaan Negeri BN yang lepas membenarkan bangunan kediaman dibina di atas tanah kerajaan atau tanah pertanian.

Sepatutnya pemaju-pemaju membayar premium tanah kepada kerajaan negeri dan mendapat hakmilik yang sah sebelum dibenarkan membina bangunan.

Tetapi terdapat pemaju yang membangunkan pembangunan mereka tanpa perlu membayar premium.

Akibatnya pembeli-pembeli rumah sukar untuk memperolehi hakmilik mereka.

Selain itu terdapat pemaju yang dibenarkan membina bangunan kediaman di atas tanah pertanian.

Sepatutnya status tanah ditukar terlebih dahulu sebelum pemaju memulakan projek mereka.

Iskandar berkata sedemikian ketika menjawab soalan daripada YB Tuan Nge Sze Han, Ahli Dewan Negeri Kinrara pada Sidang Dewan Negeri hari ini.

Menurut Iskandar juga sejumlah 8,851 skim pembangunan yang melibatkan 525,025 hakmilik telah memperolehi hakmilik strata.

Sementara sebanyak 2,307 skim pembangunan belum mempunyai hakmilik strata.

Iskandar turut memberithu Dewan punca-punca lain selain isu tanah yang menyumbang kepada kelewatan pengeluaran hakmilik strata adalah,

1.) Bangunan yang tiada CF ( Sijil Layak Menduduki ) atau CCC ( Perakuan Siap Dan Pematuhan ) dan bangunan dibina terlebih dari sempadan lot.

2.) Pemilik atau pemaju mempunyai masalah kewangan, telah digulung dan masih di dalam tindakan insolvensi.

Pejabat Tanah Dan Galian Selangor (PTGS) kata Iskandar kerap mengadakan "turun padang" untuk meningkatkan kesedaran di kalangan pembeli-pembeli rumah betapa penting hakmilik strata.

Dewan juga diberitahu Iskandar dan Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor turut mengadakan mesyuarat dari masa ke semasa dengan PTGS untuk memantau kemajuan pengeluaran hakmilik strata.

Sekretariat Media & Komunikasi
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Kehidupan Bandar
Negeri Selangor
7 November 2017

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo