NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Arab Saudi bekukan lebih 1,200 akaun bank


RIYADH: Arab Saudi telah membekukan lebih 1,200 akaun bank individu dan syarikat sebagai sebahagian daripada kempen antirasuah yang dilihat sebagai 'pembersihan terbesar' golongan elit dalam sejarah moden negara itu.

Bank Pusat Saudi dilaporkan telah memperluaskan jumlah akaun yang disenarai hitam sejak Ahad lalu.

Puluhan putera, menteri dan bekas menteri telah ditahan di bawah arahan Jawatankuasa Antirasuah diketuai Putera Mahkota, Mohammed Salman pada Sabtu lalu.

Jutawan, Putera Alwaleed Talal, Pengerusi Pelaburan syarikat Kingdom Holding, Nasser Aqeel al-Tayyar, pengasas al-Tayyar Travel Group dan Pengerusi syarikat pembina Red Sea International adalah antara eksekutif perniagaan atasan yang diberkas ketika operasi 'pembersihan' itu.

Mereka yang ditahan berdepan dakwaan pengubahan wang haram, rasuah, memeras dan penyelewengan pejabat awam untuk kepentingan peribadi.

Sebelum ini, pihak berkuasa Saudi memberi amaran sebarang aset yang dipercayai ada kaitan dengan kes rasuah tersebut akan dirampas sebagai harta kerajaan.

Senarai larangan terbang turut dikeluarkan di beberapa lapangan terbang di Riyadh sebagai langkah menghalang mana-mana jet peribadi meninggalkan negara itu tanpa permit lapor Press TV.--antarapos
© all rights reserved
made with by templateszoo