NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ambiga Enggan Ulas Isu PAS


KUALA LUMPUR: Bekas Presiden Majlis Peguam Dato’ Ambiga Sreenevasan melahirkan rasa tidak puas hati dengan tindakan menyoal dan menuntut penjelasan kerana menuduh Parti Islam se-Malaysia (PAS) diberi sejumlah RM 90 juta daripada Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak baru-baru ini.

Ambiga mendakwa perbuatan menakut-nakutkan dan gangguan terhadapnya menunjukkan mereka yang terbabit memandang rendah dan tidak menghormati prosiding mahkamah di UK, lapor The Star. 

Dia yang juga merupakan bekas Pengerusi Bersih 2.0 telah dinamakan oleh Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown sebagai sumber kepada dakwaan penerimaan sejumlah dana oleh pimpinan PAS daripada 

“Mereka benar-benar memandang rendah dan tidak menghormati prosiding mahkamah UK. Bahkan, bagi saya, mereka telah menghina mahkamah UK.” 

“Saya langsung tidak akan mengulas apa-apa buat masa ini memandangkan prosiding masih berjalan di mahkamah UK.”--MENARA.MY
© all rights reserved
made with by templateszoo