NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Inilah apa yang terjadi kepada relawan semasa membina tubewell di Sudan, Afrika



INILAH APA YANG TERJADI
.
Inilah pengorbanan relawan semasa membina tubewell di Sudan, Afrika.
.
Tanah tandus dan gersang. Peratusan kematian disebabkan kebuluran dan kemiskinan sangat tinggi. Namun hasil sumbangan anda kami berusaha pastikan ia sampai kepada mereka yang paling memerlukan. 
.
Gambar ini bukanlah proses hukuman gantung, tetapi proses membina tubewell di kawasan padang pasir.
.
Jika anda berhajat untuk turut sama menyumbang bagi membantu menghilangkan dahaga saudara kita di sana
.
Salurkan sumbangan anda kepada
.
Penama : YAYASAN AMAL MALAYSIA
BANK ISLAM - 13053010003149
BANK MUAMALAT - 13010002499715
MAYBANK - 553010122090
CIMB BANK - 8600296190
.
atau sumbangan secara online
KLIK - m.me/amalmalaysia

BERKHIDMAT UNTUK KEMANUSIAAN, BERAMAL KERANA ALLAH

Amaran Cuaca (Waspada) - 30 November 2017




AMARAN CUACA (WASPADA)
Turun taraf Amaran Cuaca (Buruk) kepada Amaran Cuaca (Waspada)
Dikeluarkan pada : 08:00am pada 30 November 2017
Hujan lebat dijangka berlaku di negeri Perlis dan Kedah (Daerah Langkawi, Kubang Pasu, Padang Terap, Pokok Sena, Kota Setar, Yan dan Pendang) sehingga 12:00 tengah malam Khamis, 30 November 2017.

Majlis Makan Malam dan Rayuan Sumbangan Rakyat Yaman Serta Majlis Pelancaran Yemencare



MAJLIS MAKAN MALAM DAN RAYUAN SUMBANGAN RAKYAT YAMAN SERTA MAJLIS PELANCARAN YEMENCARE

Insyallah pihak YEMEN CARE akan melaksanakan misi kemanusiaan ke YEMEN kali ke 3 pada pertengahan Disember 2017.

Kami membuka ruang kepada Dato’Seri/Dato’/Datin/Tuan/Puan untuk membeli kupon makan malam bagi kutipan dana bantuan ke yaman.

Dan kami juga akan memberi penerangan isu-isu kemanusiaan di yaman berserta majlis pelancaran yemen care.

Tuan/Puan boleh menghulurkan sumbangan ke no akaun kami :

AKAUN PERTUBUHAN CAKNA YAMAN MALAYSIA
(YEMEN CARE)
MAYBANK
NO ACC : 562245510737

Ataupun boleh terus menghubungi saya bagi pembelian kupon :

1šŸ‘‰šŸ¼ ABDUL RAHMAN BIN CHE MAT
☎ +6013-328 4317

2šŸ‘‰šŸ¼ MOHD AAFIFUDDIN BIN AZHAR
☎ +6019-223 0858

3šŸ‘‰šŸ¼ ABDUL MUIN
☎ +6014-512 4540

4šŸ‘‰šŸ¼ MUHAMMAD NASIRUDDIN BIN OTHMAN
☎ +6010-984 4803

Untuk maklumat terkini boleh layari :

INSTAGRAM YEMEN CARE
https://www.instagram.com/yemen_care

FB YEMEN CARE
https://m.facebook.com/YemenCareOfficial/

" Bangkit beragama, Umat terbela "

Sembang Santai Seputar Isu pergolakan Yaman sempena Majlis Makan Malam Amal Pertubuhan Cakna Yaman Malaysia


Sembang Santai Seputar Isu pergolakan Yaman sempena Majlis Makan Malam Amal Pertubuhan Cakna Yaman Malaysia bersama Naib Ketua Kesatuan Ulamak Islam Sedunia,  YB.   Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang


Tentatif*:

7.30 malam: Ketibaan para tetamu
8.00 malam: Ketibaan para jemputan
8.10 malam: Nyanyian Lagu Negaraku
                Bacaan Doa oleh Ustaz Shukri Omar
8.20 malam: Makan Malam
               Persembahan oleh Ustaz Fathi Naim
9.00 malam: Ucapan Pengerusi YC Ustaz Saifullah Hasbu
9.05 malam: Ucapan IM Fakhrul
9.15 malam: Ucapan Perasmian oleh Dato’ Dr Nik Muhammad Zawawi
9.35 malam: Tayangan montaj Misi Kemanusian
9.40 malam: Gimik Perasmian
               Sidang Media
10.00 malam: Sembang Santai Yaman bersama “Tetamu Khas” YB Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
11.00 malam: Bersurai
 *Tertakluk kepada perubahan. 

Tempat TERHAD.  

Dapatkan segera tiket Majlis Makan Malam Amal
Hubungi:

014-5124540(Muin)
019-22300858(Aafid)
010-9844803(Nasirudin)

Anugerah 'Freedom of the City' Aung Suu Kyi ditarik balik


LONDON: Anugerah 'Freedom of the City' yang diberikan kepada Kaunselor Myanmar Aung San Suu Kyi oleh bandaraya Oxford telah ditarik balik berikutan kelemahan tindakannya menangani krisis Rohingya, lapor BBC.

Berdasarkan satu pungutan undi awal pada Oktober, Majlis Bandaraya Oxford yang mentadbir kota pendidikan ulung itu akhirnya membuat keputusan tersebut pada Isnin.

“Hari ini, kami mengambil tindakan yang tidak pernah dibuat sebelum ini, dengan menarik balik anugerah tertinggi dari bandar raya ini kepadanya kerana ketidakcekapan Suu Kyi menangani isu penindasan yang dihadapi oleh populasi minoriti Rohingya.

“Oxford mempunyai tradisi yang lama sebagai bandaraya yang meraikan kepelbagaian dan kemanusiaan, dan reputasi kami dicalarkan dengan memberi anugerah kepada orang yang menutup mata terhadap keganasan.

“Kami berharap tindakan kami ini menambah lagi suara untuk mengajak pihak lain menyahut seruan hak asasi manusia dan keadilan untuk masyarakat Rohingya,” ujar anggota Dewan Bandaraya, Mary Clarkson, yang mencadangkan usul tersebut.



Oxford City Council has removed the Freedom of the City of Oxford from Aung San Suu Kyi.

The cross-party motion was unanimously supported at a special council meeting moments ago.

BBC menambah, St Hugh's College, Oxford, iaitu tempat Suu Kyi mengikuti pengajian, telah menurunkan potretnya daripada paparan umum.

Perkembangan di Oxford itu berlaku seiring kunjungan pemimpin tertinggi Katolik, Pope Francis, ke Myanmar untuk berunding dengan ketua tentera negara itu.

Aung San Suu Kyi telah diberikan anugerah itu pada tahun 1997 sebagai mengiktiraf usaha demokrasi yang diperjuangkannya di Myanmar.

Pemenang hadiah Nobel itu teruk dikritik kumpulan hak asasi manusia sedunia kerana gagal mempertahankan hak Rohingya mahupun mengekang sentimen anti-Islam di Myanmar.--AstroAwani

ROS Diminta Siasat Pemilihan Semula CEC DAP


PUTRAJAYA -- Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) diminta menyiasat pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang diadakan pada 12 Nov lalu kerana dipercayai tidak mematuhi undang-undang ditetapkan, kata Timbalan Pengerusi DAP cawangan Asam Kumbang Santokh Singh.

Beliau berkata antara perkara yang gagal dipatuhi adalah senarai nama calon CEC yang tidak dikemas kini, termasuk menyenaraikan nama calon yang telah keluar parti dan meninggal dunia.

"Biar pun telah meninggal dunia, bekas Pengerusi DAP Karpal Singh masih mendapat sebanyak 43 undi. Tiga calon lain yang telah keluar parti dan masih mendapat undi ialah John Fernandez (lapan undi), Zulkifli Mohd. Noor (43 undi) dan Roseli Abdul Ghani (lapan undi).

"Kita hairan kenapa syarikat audit, Grant Thornton yang dilantik DAP untuk menyelia pemilihan semula CEC itu gagal mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan sehingga mengundang perasaan tidak puas hati banyak pihak," katanya kepada media selepas menyerahkan aduan rasmi kepada wakil ROS, Rahida Mohamed di sini hari ini.-- BERNAMA

Tips memandu ketika banjir

Sambutan Hari OKU Peringkat MAIS

Secebis Kenangan Ziarah Ukhuwwah ke Pulau Banggi, Sabah



Sempat 2 hari 1 malam di Pulau Banggi jauh di utara Sabah setelah selesai ziarah adik-adik PDS di Keningau, Sook dan Pitas. Melihat sendiri jerit perih masyarakat pedalaman dan usaha gigih Da'ie PDS menghidupkan Surau Amal dan aktiviti kemasyarakatan.

Kedhaifan mereka membuat kami terkedu. Musim tengkujuh ini, makanan agak sukar. Hanya ubi bakar mengalas perut. Nak dibelikan minyak juga tidak mampu.

Aktiviti nelayan juga hampir saja tidak aktif. Jeti sudah binasa dimamah usia. Nak berniaga sesama sendiri juga sukar.

Anak-anak kecil melintasi sungai melalui jambatan gantung yang sudah usang.


Surau dan Balairaya guna untuk aktiviti masyarakat sudah reput dimakan anai-anai.

Cekal sungguh hati adik-adik Da'ie PDS di sini yang serba kekurangan dengan sumber air graviti yang terhad dan elektrik bergantung kepada generator jika ada minyak. Apatah lagi nak ber"WIFI" atau WhatsApp.

Lewat ziarah dan perbincangan dengan penduduk kampung, kami bercadang untuk terus membantu meringankan beban dan kesusahan hidup mereka.

1. Surau yang uzur perlu dibaiki sebagai pusat ibadah dan kegiatan masyarakat.

2. Jambatan untuk keselamatan anak-anak adalah keutamaan kami.

3. Tadika AMAL Hidayah yang beroperasi di Kg. Selangan dan akan dibina di Ulu Tembising juga memerlukan dana untuk pendidikan anak-anak.

Sahabat-sahabat yang dermawan boleh membantu dengan menyalurkan sumbangan ke akaun:

Bank Islam Malaysia Berhad
Pusat Dakwah Serantau
13053010005100

atau hubungi saya di talian 011-13209297 (Ust Izzuddin, Timbalan Mudir PDS, Yayasan Amal Malaysia)

Seminar AGROGEMS (Agro Generasi Muda Selangor)



Peluang keemasan untuk anak-anak muda yang ingin menjadi usahawan tani..

Seminar AGROGEMS (Agro Generasi Muda Selangor)

Tarikh : 5 Disember 2017 (Selasa)
Masa : 8.00pg - 5 petang
Tempat : Dewan Orkid, Tingkat 4, Wisma PKPS, Shah Alam.

Bayaran: RM10 sahaja

Peserta akan didedahkan kepada :

1- Peluang Perniagaan Dalam Sektor Pertanian/Penternakan
2- Pengenalan Teknologi Fertigasi Tanaman Rock Melon/Cili
3- Pendedahan Sektor Penternakan Ayam Kampung di Selangor
4- Pendedahan Sektor Penternakan Ikan Air Tawar di Selangor

Syarat² penyertaan :

- Berumur 18-40 tahun
- Warganegara Malaysia dan keutamaan kepada anak Selangor
- Bermastatutin di Selangor sekurang-kurangnya 10 tahun
- Terbuka kepada yang sedang/belum menjalankan projek pertanian

Pendaftaran secara atas talian boleh dibuat melalui link berikut :

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSd0x6K0MxSi03llgvosLJ_7pT2x6KaiF-M6C0oLbYP0qyFlJg/viewform

Dikeluarkan oleh :

Jawatankuasa Tetap Pemodenan Pertanian & Industri Asas Tani
Kerajaan Negeri Selangor
24 November 2017

Penduduk rumah panjang di Saeh menuntut hak tanah adat mereka


SIBUTI: Rumah Bulin Saeh lebih satu jam perjalanan dari bandaraya Miri. Penduduk rumah panjang Bulin Saeh, Niah mahukan kerajaan mengiktiraf tanah NCR mereka sebagai tanah leluhur yang mempunyai geran.  Menurut Tuai Rumah Panjai Bulin, keluarga dan nenek moyang mereka telah tinggal di sana sejak zaman penjajahan sehingga kini mereka masih belum diberi hak milik atau geran tanah di tempat mereka tinggal.


Mereka agak kecewa dengan sikap pihak berkuasa memberi Pajakan Sementara (PL) kepada syarikat dengan mudah, sementara mereka telah berkali-kali menuntut hak tanah NCR mereka tetapi status permohonan mereka tidak diambil sebarang tindakan oleh pihak yang berkenaan sehingga mereka terpaksa menghalang pihak pemaju dari terus menceroboh tanah adat mereka.

Mereka juga tidak puas hati dengan dasar kerajaan Sarawak yang tidak dapat mempertahankan hak tanah adat mereka atau tanah NCR pribumi dari jatuh ke tangan pemaju. Mereka juga tidak setuju dengan keputusan mahkamah persekutuan yang memberi hak tanah NCR rakyat peribumi Sarawak kepada pemaju.

Kami mengesa pihak kerajaan Sarawak bertindak segera meminda Kanun Tanah Sarawak bagi memelihara tanah Hak  Adat Bumiputera (NCR) termasuk tanah adat pinggir bandar orang Melayu Sarawak dari jatuh ke tangan orang asing atau pemaju. Sepatutnya pihak kerajaan memberi keutamaan dan hak kepada penduduk pribumi Sarawak bukannya dengan mudah memberi hak milik kepada orang asing dan yang bukan anak jati Sarawak.

Kerajaan Sarawak jangan memandang ringan masalah yang dihadapi oleh rakyat dan pemilik asal tanah adat ini kerana mereka ini sudah lama menetap dan tinggal di situ sedangkan pemaju menggunakan tanah NCR mereka hanya mementingkan keuntungan semata-mata tanpa memikir akan nasib yang bakal menimpa penduduk kampung yang tidak memiliki tanah untuk mereka bercucuk tanam dan tempat mereka tinggal.

Kerajaan disaran membangunkan kawasan penduduk luar bandar yang masih jauh di belakang dari segi pembangunan dan ekonomi. Beri tanah kepada mereka yang memerlukan tempat tinggal dan tempat mereka bercucuk tanam. Jangan hanya mementingkan keuntungan semata-mata sehingga rakyat terus hidup dalam kesempitan akibat tanah mereka diberi kepada pamaju.

Sekali lagi kami mengesa pihak kerajaan mengkaji semula kanun tanah Sarawak agar ianya tidak merugikan rakyat pribumi tapi hanya menguntungkan pemaju atau syarikat yang hanya mementingkan keuntungan semata. Kerjasama dan tindakan segera dari pihak pemerintah mengatasi masalah ini amat dihargai.

Jofri Jaraiee
Pesuruhjaya PAS, Sarawak

English version

Longhouse residents in Saeh demand their customary land rights

SIBUTI: Rumah Bulin Saeh is an hour's drive from Miri city. Residents of the Bulin Saeh longhouse, Niah wanted the government to recognize their NCR land as ancestral land with a grant. According to Tuai Rumah Panjai Bulin, their families and ancestors have lived there since the colonization until now they have not been given ownership or land grant where they live.

They are quite angry with the attitude of the authorities to give Provisional Leases (PL) to the company with ease, while they have repeatedly demanded their NCR land rights but the status of their applications was not taken action by the relevant authorities until they had to prevent the developer from continuing to encroach on their ancestral land. 

They also disagreed with the decision of the federal court that granted NCR land rights of Sarawakians native to developers. They are also dissatisfied with the Sarawak government's policies that cannot defend their customary land rights or indigenous NCR lands from falling into the hands of developers. They also disagree with the decision of the federal court which entitles the developer to NCR land of native Indigenous peoples.

We urge the Sarawak government to immediately amend the Sarawak Land Code to protect the land of Native Customary Rights (NCR) including the customary suburban land of the Sarawak Malays from falling into the hands of foreigners or developers. The government should give priority to the rights of indigenous people of Sarawak not easily give ownership to foreigners and non-Sarawakians.

The Sarawak Government do not underestimate the problems faced by the people and the original owner of this customary land because they have long been living and living there whereas developers use their NCR land only focus on profit without thinking about the fate that will befall the villagers who have no land for them to plant and where they live.

The Government is urged to develop rural areas that are still far behind in terms of development and economy. Give land to those in need of shelter and where they farm. Do not just purely profit-oriented until the people continue to live in hardship as a result of their land given to the developer.

Once again we urge the government to review the Sarawak land code so that it does not harm the indigenous people but only benefits the developer or the only profit-making company. Cooperation and immediate action from the government to resolve this issue is greatly appreciated.

Yours faithfully
Jofri Jaraiee

Sarawak PAS Commissioner cum Miri PAS Chief





YB PAN Sepang dan Shah Alam bela golongan Atheist?

YB PAN Parit Buntar jadi pembela golongan liberal?

Apakah Amanah Akan Pertahan Ketua Wanitanya Dalam Isu Ateisme Setelah Dihentam Oleh DAP?


Oleh : Kamarul Zaman Yusoff

Dua hari lepas, saya telah mengucapkan tahniah kepada Ketua Angkatan Wanita (AWAN) AMANAH,  Dr Siti Mariah Mahmud, di atas ucapan berani beliau di Parlimen mengenai ancaman ateisme di Malaysia.

Terdapat dua perkara utama yang dibangkitkan oleh Dr Siti Mariah di Parlimen.

Perkara pertama adalah dalam konteks kemurtadan di mana Dr Siti Mariah menyatakan beliau tahu bahawa kebanyakan yang terlibat dengan ateisme ini adalah anak-anak muda Melayu yang dilihat sebagai sangat menggusarkan dan dirasakan sebagai satu ancaman oleh masyarakat.

Perkara kedua adalah dalam konteks penyebaran ateisme dan ketenteraman awam di mana Dr Siti Mariah menyatakan bahawa golongan murtad ini bukan sahaja setakat tidak mempercayai adanya Tuhan, tetapi tindakan mereka agak agresif, bila di dalam Facebook dan sosial media mereka menyerang agama-agama lain, juga menyerang agama Islam.

Seperti yang saya sebutkan dua hari lepas, ucapan Dr Siti Mariah di Parlimen ini, yang mendapat maklum-balas positif Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, yang menegaskan komitmen kerajaan untuk menangani gejala ini, kelihatan agak berlawan dengan arus AMANAH dan parti-parti lain Pakatan Harapan.

Setelah dua hari menunggu, akhirnya hari ini Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua, menerbitkan di dalam portal berita Malaysia Kini satu tulisannya bertajuk "With Anti-Atheism Claims, UMNO Reconstructing Constitution" yang mempertahankan golongan ateis di negara ini.

Menyatakan bahawa Datuk Dr Asyraf Wajdi bercakap karut ("talking utter rubbish"), Tony Pua berhujah bahawa tidak salah untuk sesiapa sahaja menjadi ateis kerana Perlembagaan Persekutuan kononnya sekadar menyebut mengenai hak untuk memeluk dan mengamalkan agama bukan kewajiban untuk memeluk dan mengamalkan agama.

Benar, secara tersuratnya tulisan Tony Pua ini kelihatan menyerang Datuk Dr Asyraf Wajdi kerana kenyataan beliau mengenai ateisme ini didakwa menyempitkan hak-hak beragama rakyat Malaysia. 

Bagaimanapun, disebabkan kenyataan Datuk Dr Asyraf Wajdi mengenai ateisme ini hanyalah maklum-balas beliau ke atas kebimbangan yang disuarakan oleh Dr Siti Mariah, maka bila Tony Pua menghentam Datuk Dr Asyraf Wajdi secara automatik hentaman ini turut terkena kepada Dr Siti Mariah sama. 

Malah ada yang berspekulasi bahawa hentaman Tony Pua ini sememangnya mahu ditujukan kepada Dr Siti Mariah tetapi atas sebab tertentu diselindungkan di sebalik nama Datuk Dr Asyraf Wajdi.

Kita tunggu dan lihat sahaja apakah pendirian para pemimpin tertinggi AMANAH dalam perkara ini: Apakah mereka akan berani untuk mempertahankan Ketua Wanita mereka atau apakah mereka akan tanpa ragu-ragu terus menyokong pendirian DAP?


Isu penemuan 13 juta seorang lagi ditahan



KOTA KINABALU: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan seorang lagi individu bagi membantu siasatan berhubung penemuan wang tunai RM13.5 juta dalam serbuan di sebuah hotel di sini baru-baru ini yang disyaki membabitkan sindiket pelacuran.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali berkata suspek wanita berusia 46 tahun itu ditahan oleh pasukan khas kira-kira 12 tengah hari kelmarin di sebuah rumah di Jalan Kompleks Api-Api di sini, iaitu lokasi sebahagian wang tunai itu ditemui.

“Wanita berkenaan merupakan isteri seorang daripada yang dipercayai dalang utama dalam kes penemuan wang jutaan ringgit berkenaan. Dengan penahanan itu, seramai empat orang dalang telah ditahan kini,” katanya kepada pemberita di sini kelmarin.

Dalam serbuan ‘Op Gegar’ di sebuah hotel di Kota Kinabalu Jumaat lepas, Imigresen telah menahan beberapa individu dan menjumpai wang tunai lebih RM11 juta di situ.

Hasil siasatan lanjut menemukan lebih RM1.1 juta lagi di pangsapuri milik seorang daripada yang ditahan, tidak jauh dari lokasi serbuan berkenaan.

Seramai 17 individu yang ditahan dalam operasi itu adalah wanita warga Filipina berusia lingkungan belasan tahun hingga 30-an, dipercayai mangsa sindiket pelacuran yang didalangi tiga lelaki.

Mengulas lanjut, Mustafar berkata siasatan lanjut mendapati hotel yang diserbu Jumaat lepas itu telah beroperasi sejak 1999.

“Siasatan juga mendapati antara wang tunai yang dirampas bertarikh pada 2008…namun siasatan masih dijalankan bagi mengetahui punca dari mana wang itu diperoleh.

“Selain Akta Imigresen 1959/63, kes turut disiasat mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001,” katanya.

Beliau berkata pihaknya akan memastikan semua aspek disiasat dengan teliti tanpa membuat sebarang andaian.

Sumber: http://www.newsabahtimes.com.my/nstweb/fullstory/20201

Amaran Cuaca (Buruk) - 29 November 2017


AMARAN CUACA (BURUK)
Turun taraf Amaran Cuaca (Bahaya) kepada Amaran Cuaca (Buruk)
Dikeluarkan pada : 08:30am pada 29 November 2017
SEKSYEN A : AMARAN CUACA (BURUK) - Dikemaskini pada 8:30 pagi 29 November 2017
Hujan lebat dijangka berterusan berlaku di negeri Kelantan (Jajahan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh, Machang, Tanah Merah, Jeli , Kuala Krai dan Gua Musang) dan Terengganu sehingga Khamis, 30 November 2017.
SEKSYEN B : AMARAN CUACA (WASPADA) - Dikemaskini pada 8:30 pagi 29 November 2017
Hujan lebat dijangka berlaku di negeri Kelantan (Jajahan Lojing), Pahang (Daerah Cameron Highlands, Lipis, Jerantut, Kuantan, Pekan & Maran), Perak (Daerah Hulu Perak), Perlis, Kedah dan Pulau Pinang sehingga Khamis, 30 November 2017.

Terbongkar: Speaker dedah kedangkalan PH dalam undi belah bahagi


oleh: Syaiful Hizam

AKHIRNYA TERBONGKAR JUA KEBENARAN DI SEBALIK TUDUHAN DANGKAL.

Puas sudah di tuduh 2 MP PAS, YB Ustaz Idris Ahmad & YB Siti Zailah sebagai punca kekalahan undian belah bahagi Budget Perbekalan KPDNKK tempohari. Walaupun sudah lazim bertahun PAS berkecuali dalam Undian Budget, namun akibat kekalahan Pakatan Harapan ( PH ) dalam undian tersebut, segala jenis kutukan & cacian di halakan terhadap kedua MP PAS tersebut.

Akibat kekalahan tersebut, MP Puchong Gobind Singh Deo mengemukan usul kepada Speaker Dewan supaya menyemak semula keputusan penerimaan Budget KPDNKK kerana mempertikaikan jumlah kiraan undi pada undian belah bahagi tersebut yang mengakibatkan kekalahan kepada blok Pakatan Harapan dengan hanya satu undi.

Speaker Dewan Tan Sri Pandikar Amin Mulia dalam keputusannya menolak usul tersebut serta mengekalkan keputusan tersebut, kekalahan 1 undi kepada blok PH. Namun paling mengejutkan, sebenarnya sebanyak 52 MP PH yang mengundi pada undian belah bahagi tersebut, namun kertas undian ke 52 milik Julian Tan ( MP DAP - Stampin ) tidak di tandatangani oleh G. Manivannan ( MP PKR – Kapar ) yang mencadangkan undian berkenaan. Maka akibat dari itu, hanya 51 saja undian di kira untuk blok PH.

Akibat dari kesilapan tersebut, G. Manivannan meletak jawatan sebagai Setiausaha Whip PKR atas rasa tanggungjawab terhadap kesilapan serta kekalahan tersebut. Satu sudut, ini satu sikap yang baik, mengaku bertanggungjawab & meletak jawatan di atas rasa kesal akibat kekalahan tersebut. Namun sebenarnya, di mana orang – orang yang tidak bertanggungjawab seperti Khalid Samad & Hanipa Maidin yang menempelak 2 MP PAS sebagai orang yang bertanggungjawab terhadap kekalahan tersebut ?

Kenapa tidak di serang & di belasah MP Kapar G. Manivannan akibat kesalahan beliau ? Kenapa senyap & bersikap membisu, adakah kerana datang dari satu kelompok maka kesalahan di tutup sebelah mata ? Sebenarnya tidaklah hairan sangat sikap mereka ini, jika Tun Mahathir dahulu mereka kutuk & caci seperti tidak cukup siang mahupun malam, sekarang mereka boleh berpeluk sakan bersuka ria hingga habis lupa segala yang mereka perkatakan dahulu, apalah sangat seperti ini, tutup sebelah mata sajalah.

Jika di amati kisah ini sebenarnya, adakah sebetulnya kesilapan ini sudah di ketahui lalu cuba mengkambing hitamkan 2 MP PAS akibat kesalahan & kekalahan tersebut ? Namun hakikatnya pada yang sudah masak permainan politik PH, ia sudah jadi lumrah. Tahniah buat Tan Sri Pandikar Amin Mulia kerana membongkar kedangkalan serta politik kotor PH. Percayalah, akan senyap sunyi cerita ini kerana kecuaian & kegagalan mereka sendiri. Jika tidak habis sedunia di jaja, seperti meludah ke langit, akhirnya bertempek jatuh ke muka sendiri.

Tips menghadapi banjir





Amaran Cuaca Bahaya (28 November 2017)


Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia Kementerian Sains dan Teknologi
Dikeluarkan pada : 08:00am pada 28 November 2017


SEKSYEN A : AMARAN CUACA (BAHAYA) - Dikeluarkan pada : 8:00am pada 28 November 2017.

Hujan sangat lebat dijangka berterusan berlaku di negeri Kelantan (Jajahan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh, Machang, Tanah Merah, Jeli dan Kuala Krai) dan Terengganu (Daerah Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang dan Hulu Terengganu) sehingga Rabu, 29 November 2017.

SEKSYEN B : AMARAN CUACA (BURUK)

Hujan lebat dijangka berterusan berlaku di negeri Kelantan (Jajahan Gua Musang), Terengganu (Daerah Dungun dan Kemaman) dan Perak (Daerah Hulu Perak) sehingga Rabu, 29 November 2017.

SEKSYEN C : AMARAN CUACA (WASPADA)

Hujan lebat dijangka berlaku di negeri Kelantan (Jajahan Lojing), Pahang (Daerah Jerantut, Kuantan, Pekan, Rompin, Temerloh & Maran), Johor (Daerah Mersing & Kota Tinggi), Perlis dan Kedah (Daerah Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Pendang, Padang Terap, Sik & Baling) sehingga Rabu, 29 November 2017.

Proton: CEO baru cadang tukar nama kepada Bao Teng dalam Bahasa Cina



KETUA Pegawai Eksekutif (CEO) baru Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (Proton), Li Chunrung dilapor mencadangkan penukaran nama Proton dalam bahasa Cina kepada nama “Bao Teng”.

Katanya ketika berucap dalam persidangan usahawan Malaysia-China ke 7 semalam, orang China sudah biasa menterjemah Proton menjadi “Bao Teng” tetapi rakyat Malaysia menggelarnya “Pu Teng”.

Katanya, “Bao” bermaksud khazanah atau harta benda manakala “Pu” membawa maksud biasa.

Pada 24 Mei lalu, DRB-Hicom mengumumkan penjualan sebanyak 49.9 peratus sahamnya dalam Proton kepada Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd (Geely), sebuah syarikat gergasi automotif negara China yang sebelum ini telah mengambil alih Volvo dari Sweden.

Penjualan saham itu sekaligus membolehkan Geely menguasai kepentingan sebanyak 51 peratus saham pembuat kereta Britain, Lotus melalui Proton dalam urus niaga bernilai RM277.85 juta, manakala baki 49 peratus lagi menjadi milik Etika Automotive Sdn Bhd

Bengkel OKU menjahit




šŸ“ŒBENGKEL OKU MENJAHIT šŸ“Œ

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera.

Persatuan OKU Berdaya Hulu Langat dengan kerjasama Pusat Latihan Kraftangan Epal ingin menjemput tuan/puan dari kalangan OKU pelbagai kategori untuk mengikuti Bengkel Asas Jahitan Kreatif yang akan diadakan pada:

✨Tarikh: 17/12/2017 (Ahad)
✨Masa: 8.30 pg - 12.30 tengahari
✨Lokasi: Bilik Tutorial Masjid Hasanah, Bangi
✨ Tiada bayaran dikenakan

šŸŒøObjektif bengkel ini termasuk: 
1) meningkatkan kemahiran dalam bidang jahitan kreatif
2) meningkatkan kemampuan untuk menjana pendapatan dan berdikari dengan menjahit
3) memberi peluang untuk mengikuti bengkel kemahiran dengan konsep mesra OKU

šŸ“£Pendaftaran dibuka sehingga 10/12/2017.
šŸ“±Hubungi Cik Izzati (0195785330)atau Cik Shahnaz (0125980701) untuk mendaftar & sebarang pertanyaan.

"Kearah memperkasakan potensi golongan OKU"

kenderaan akan disediakan untuk yang memerlukan.

Terima kasih

"Mungkinkah anak anda bakal mangsa salahguna siber?"



šŸ‘Ø‍šŸ‘©‍šŸ‘§‍šŸ‘¦ "CYBER PARENTING TALK" šŸ‘Ø‍šŸ‘©‍šŸ‘§‍šŸ‘¦

Pornografi dan Pelacuran Siber

Oleh En Mohd Ridzman B Azzahari dari Onemyr Awareness Management
& Prof Madya Dr Zulaiha Ali Othman, Penasihat SIG CyberEthic, UKM.

šŸ—“ Tarikh : 9 Disember 2017 (Sabtu)
šŸ•˜ Masa : 8 pagi - 12 tengah hari
šŸ¢ Tempat : Dewan Persembahan Multimedia, Fakulti Teknologi Sains & Maklumat, UKM

Kita sering dikejutkan dengan pelbagai masalah gejala sosial terutamanya dari kalangan remaja seperti buang bayi, penipuan, pornografi, ancaman siber, dadah, hilang maruah diri, ketagihan, lari rumah dll. Kajian mendapati bahawa penyumbang utama adalah berpunca daripada penggunaan gajet dan dunia siber  terutamanya media sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram, WeChat dan sebagainya tanpa ilmu pegetahuan dan kawalan.

Mungkinkah anak anda bakal *SEORANG* daripada *MANGSA* tersebut. šŸ˜²šŸ˜Ø

šŸ’ŠApa yang perlu kita lakukan dan bagaimana untuk mengelakkan diri/anak-anak dari terjebak dengan bahaya ini ???

Jom peruntukkan sedikit masa anda untuk info yang sangat berguna ini..

šŸ“¢šŸ“¢šŸ“¢ Berita baik! Yuran adalah *PERCUMA* šŸ†“!

Daftar segera di http://www.ftsm.ukm.my/kempengkomputeranukm/ atau hubungi Muz ( 016-6746869 ) untuk maklumat lanjut.

Laporan Audit: Kejora Hadapi Konflik Kepentingan Libatkan Pengurus


KUALA LUMPUR -- Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (Kejora), sebuah agensi badan berkanun di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, menghadapi konflik kepentingan melibatkan lima pengurus bahagian Kejora.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2016 Siri 2 yang dikeluarkan hari ini, lima pengurus berkenaan turut memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif di syarikat subsidiari Kejora bagi tempoh dua hingga tujuh tahun.

"Pengurus ini juga bertanggungjawab terhadap bidang tugasan yang sama di Kejora dan syarikat subsidiarinya sehingga menyebabkan rangka kerja pengurusan dalam memastikan transaksi dijalankan secara 'arms length' (transaksi bebas) tidak diwujudkan akibat konflik kepentingan ini," menurut laporan itu.

Sehubungan itu, laporan berkenaan mengesyorkan Kejora mengambil empat tindakan bagi memastikan kelemahan tersebut tidak berulang dan memperkemaskan lagi pengurusan hartanah.

Langkah itu ialah mewujudkan prosedur operasi standard (SOP) bagi pembangunan perumahan secara usaha sama secara terperinci supaya kepentingan Kejora terjaga dan pengurusan pembangunan perumahan mendapat 'best value for money' serta mencapai objektif ditetapkan.--Bernama

Laporan Audit: Pengurusan GTWHI Kurang Memuaskan


GEORGE TOWN -- Pengurusan aktiviti dan tadbir urus George Town World Heritage Incorporated (GTWHI) adalah kurang memuaskan kerana pelantikan kontraktor dibuat secara lantikan terus tanpa kelulusan Lembaga Pengarah, demikian menurut Laporan Ketua Audit Negara 2016 Siri 2.

Laporan itu menyebut, GTWHI merupakan sebuah syarikat milik kerajaan Pulau Pinang untuk melindungi, mempromosi dan memulihara George Town sebagai Tapak Warisan Dunia, namun masih terdapat beberapa kelemahan yang perlu diberi perhatian oleh pihak pengurusan.

Menurut laporan itu, antara kelemahan yang perlu diberi perhatian adalah projek lewat disiapkan dan denda kelewatan tidak dikenakan; syarat-syarat perjanjian program George Town Festival tidak dipatuhi; Prosedur Operasi Standard (SOP) pengurusan projek atau program tidak disediakan dan Jawatankuasa Audit tidak diwujudkan.

"Semakan Audit terhadap 20 daripada 38 projek pembangunan bagi tahun 2014 hingga Jun 2017 mendapati pemilihan kontraktor bagi 16 projek yang berjumlah RM3.03 juta adalah secara lantikan terus," menurut laporan audit itu yang dibentang di Parlimen hari ini.

Semakan Audit selanjutnya mendapati pelantikan kontraktor untuk lantikan terus dibuat oleh pihak pengurusan tanpa mendapatkan kelulusan Ahli Lembaga Pengarah GTWHI dan tidak dibincang dalam mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah GTWHI.--Bernama

240 syor Laporan Audit Negara 2016 Siri 2


KUALA LUMPUR: Sebanyak 240 syor dikemukakan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2016 Siri 2 yang dibentangkan di Parlimen hari ini bagi membolehkan tindakan pembetulan dan penambahbaikan diambil di peringkat persekutuan dan negeri.

Ketua Audit Negara, Tan Sri Dr Madinah Mohamad berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 74 syor dikemukakan terhadap aktiviti kementerian/jabatan dan badan-badan berkanun persekutuan, 36 syor (pengurusan syarikat kerajaan dan agensi kerajaan persekutuan) serta 130 syor bagi pengurusan aktiviti kementerian/jabatan/agensi dan pengurusan syarikat kerajaan negeri.

Beliau berkata, sebanyak 19 pengauditan prestasi dan lapan pengauditan pengurusan syarikat kerajaan telah dilaksanakan bagi LKAN 2016 Siri 2 itu.

"Di peringkat negeri, 25 pengauditan prestasi dan 11 pengauditan pengurusan syarikat kerajaan negeri telah dijalankan. Pengauditan merangkumi pelbagai bidang, antaranya, pengurusan program, pembinaan, penyenggaraan dan naik taraf, perolehan serta pengurusan syarikat," katanya dalam kenyataan kepada Bernama.

Katanya, laporan itu juga meliputi pengesahan penyata kewangan badan berkanun persekutuan, Kumpulan Wang Persekutuan, Akaun Amanah dan Agensi Lain, pengurusan syarikat kerajaan dan agensi kerajaan persekutuan serta penyata kewangan kerajaan negeri dan prestasi kewangan agensi bagi tahun 2016.

Madinah berkata, pada tahun 2017, Jabatan Audit Negara telah menjalankan pengauditan terhadap 145 Penyata Kewangan bagi tahun kewangan 2016 iaitu 133 badan berkanun persekutuan, 10 Kumpulan Wang Persekutuan dan Akaun Amanah serta dua agensi lain.

Beliau berkata sebanyak 126 penyata kewangan telah diberi Pendapat Tanpa Teguran; Pendapat Tanpa Teguran dengan Emphasis of Matters (12); Pendapat Berteguran (empat) dan satu Pendapat Bertentangan, manakala dua penyata kewangan masih belum disahkan setakat 15 September 2017 kerana kelewatan mengemukakan penyata kewangan dan dokumen sokongan yang tidak lengkap.

Bagi pengauditan terhadap 310 Penyata Kewangan kerajaan negeri dan agensi kerajaan negeri pula, katanya, sebanyak 287 penyata kewangan telah diberikan Pendapat Audit Tanpa Teguran.

"Sebanyak lapan penyata kewangan telah diberikan Pendapat Audit berdasarkan 'Emphasis of Matter' dan 15 penyata kewangan pula telah diberikan Pendapat Audit Berteguran," katanya.

Katanya, lapan penyata kewangan masih dalam proses pengauditan kerana kelewatan agensi mengemukakan penyata kewangan dan dokumen sokongan yang tidak lengkap selain baki tiga penyata kewangan masih belum dikemukakan oleh agensi kepada pihak Audit untuk pengauditan.

Madinah berkata, Jabatan Audit Negara akan memberi taklimat berhubung dengan isu-isu utama yang dibangkitkan dalam laporan tersebut kepada Ahli-Ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara di Parlimen, hari ini.

Katanya, kandungan dan sinopsis LKAN 2016 Siri 2 itu boleh dilayari dalam laman sesawang Jabatan Audit Negara di http://www/audit.gov.my mulai hari ini.-- BERNAMA

Harga Internet Di Malaysia Berpatutan, Kompetitif


KUALA LUMPUR -- Kadar harga perkhidmatan komunikasi seperti pakej jalur lebar di negara ini masih berada di tahap yang berpatutan dan kompetitif, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Jailani Johari.

Katanya, ini berdasarkan kajian dan petunjuk daripada persatuan dan organisasi berkaitan telekomunikasi dunia seperti Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) yang melakukan perbandingan dengan negara lain di rantau ini.

Menurut laporan indeks kemajuan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dikeluarkan ITU, yang antara lain mengambil kira kadar akses kepada Internet, telah meletakkan Malaysia di tangga ketiga terbaik di antara negara di Asia Tenggara.

"Di peringkat Asia Pasifik pula, Malaysia berada di tangga kesembilan dalam 34 negara anggota, perkara ini tidak mungkin dicapai sekiranya harga pakej jalur lebar di negara ini dikatakan mahal," katanya sewaktu menggulung Rang Undang-undang Pembekalan 2018 peringkat jawatankuasa bagi kementerian itu di Dewan Rakyat, hari ini.

Sementara itu, Jailani berkata Seksyen 197 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 membenarkan pemberi perkhidmatan atau syarikat telekomunikasi untuk menetapkan kadar harga jalur lebar mengikut kadar pasaran.

"Bagaimanapun, mereka (syarikat telekomunikasi) perlu berlaku adil dan saksama dalam meletakkan kadar harga mengikut jumlah kos. Mereka juga tidak dibenarkan untuk meletakkan diskaun yang tidak munasabah yang boleh memudaratkan persaingan," katanya.

RUU Perbekalan untuk Kementerian Komunikasi dan Multimedia diluluskan Dewan dengan undian suara majoriti.-- BERNAMA

Amaran Cuaca (Buruk)



Dikeluarkan pada : 01:30pm pada 26 November 2017

SEKSYEN A : AMARAN CUACA (BURUK) - Dikemaskini pada : 1:30pm pada 26 November 2017.

Hujan lebat dijangka berterusan berlaku di negeri Kelantan (Jajahan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh, Machang, Tanah Merah, Jeli, Kuala Krai & Gua Musang) dan Terengganu sehingga Rabu, 29 November 2017.

SEKSYEN B : AMARAN CUACA (WASPADA) - Dikemaskini pada : 1:30pm pada 26 November 2017.

Hujan lebat dijangka berlaku di negeri Kelantan (Jajahan Lojing), Pahang (Daerah Jerantut, Kuantan, Pekan, Rompin, Temerloh & Maran), Johor (Daerah Mersing & Kota Tinggi), Perlis, Kedah (Daerah Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Pendang, Padang Terap, Sik & Baling) dan Perak (Daerah Hulu Perak) sehingga Rabu, 29 November 2017.

Tuduhan Irhab; Dakhan Menyeliputi Umat Islam Kini



Oleh: Mohd Asri Mat Daud

Dunia hari ini diseliputi dakhan yang menebal sehingga kebatilan dilihat kebenaran dan kebenaran dianggap kebatilan. Situasi dakhan ini telah diperingatkan oleh Rasulullah S.A.W melalui hadis Huzaifah Ibnu Al-Yaman:

ŁŠَŲ§ Ų±َŲ³ُŁˆْŁ„ُ Ų§Ł„Ł„Ł‡ِ Ų£ِŁ†َّŲ§ ŁƒُŁ†َّŲ§ ŁِŁŠ Ų¬َŲ§Ł‡ِŁ„ِŁŠَّŲ©ٍ ŁˆَŲ“َŲ±ِّ ŁَŲ¬َŲ§Ų”َŁ†َŲ§ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡ُ ŲØِŁ‡َŲ°َŲ§ Ų§Ł„ْŲ®َŁŠْŲ±ِ ŁَŁ‡َŁ„ْ ŲØَŲ¹ْŲÆَ Ł‡َŲ°َŲ§ Ų§Ł„ْŲ®َŁŠْŲ±ِ Ł…ِŁ†ْ Ų“َŲ±ٍّ Ł‚َŲ§Ł„َ: Ł†َŲ¹َŁ…ْ ŁَŁ‚ُŁ„ْŲŖُ Ł‡َŁ„ْ ŲØَŲ¹ْŲÆَ Ų°َŁ„ِŁƒَ Ų§Ł„Ų“َّŲ±ِّ Ł…ِŁ†ْ Ų®َŁŠْŲ±ٍ Ł‚َŲ§Ł„َ: Ł†َŲ¹َŁ…ْ ŁˆَŁِŁŠْŁ‡ِ ŲÆَŲ®َŁ†ٌ Ł‚َŁ„ْŲŖُ: ŁˆَŁ…َŲ§ ŲÆَŲ®َŁ†ُŁ‡ُ؟ Ł‚َŲ§Ł„َ: Ł‚َŁˆْŁ…ٌ ŁŠَŲ³ْŲŖَŁ†ُّŁˆْŁ†َ ŲØِŲŗَŁŠْŲ±ِ Ų³ُŁ†َّŲŖِŁŠ ŁˆَŁŠَŁ‡ْŲÆُŁˆْŁ†َ ŲØِŲŗَŁŠْŲ±ِ Ł‡َŲÆْŁŠِŁŠ ŲŖَŲ¹ْŲ±ِŁُ Ł…ِŁ†ْŁ‡ُŁ…ْ ŁˆَŲŖُŁ†ْŁƒِŲ±ُ. ŁَŁ‚ُŁ„ْŲŖُ: Ł‡َŁ„ْ ŲØَŲ¹ْŲÆَ Ų°َŁ„ِŁƒَ Ų§Ł„ْŲ®َŁŠْŲ±ِ Ł…ِŁ†ْ Ų“َŲ±ٍّ؟ Ł‚َŲ§Ł„َ: Ł†َŲ¹َŁ…ْ ŲÆُŲ¹َŲ§Ų©ٌ Ų¹َŁ„َŁ‰ Ų£َŲØْŁˆَŲ§ŲØِ Ų¬َŁ‡َŁ†َّŁ…َ Ł…َŁ†ْ Ų£َŲ¬َŲ§ŲØَŁ‡ُŁ…ْ Ų„ِŁ„َŁŠْŁ‡َŲ§ Ł‚َŲ°َŁُŁˆْŁ‡ُ ŁِŁŠْŁ‡َŲ§ ŁَŁ‚ُŁ„ْŲŖُ: ŁŠَŲ§ Ų±َŲ³ُŁˆْŁ„ُ Ų§Ł„Ł„Ł‡ِ ŲµِŁْŁ‡ُŁ…ْ Ł„َŁ†َŲ§ Ł‚َŲ§Ł„َ: Ł‚َŁˆْŁ…ٌ Ł…ِŁ†ْ Ų¬ِŁ„ْŲÆَŲŖِŁ†َŲ§ ŁˆَŁŠَŲŖَŁƒَŁ„َŁ…ُŁˆْŁ†َ ŲØِŲ£َŁ„ْŲ³ِŁ†َŲŖِŁ†َŲ§

Maksudnya: “Wahai Rasulullah, dahulu kami berada dalam jahiliyah dan kejahatan lalu Allah mendatangkan kebaikan, apakah setelah kebaikan ini akan datang kejahatan? Baginda menjawab: Ya, lalu aku bertanya: adakah setelah kejahatan ini akan datang pula kebaikan? Baginda menjawab: Ya, akan tetapi padanya terdapat dakhan (kefasadan meluas yang melanda ummah seolah diselubungi asap tebal). Aku bertanya: Apa dakhan tersebut? Baginda lantas menjawab: Satu kaum yang melaksana ajaran bukan daripada ajaranku dan menunjukkan (manusia) kepada selain petunjukku, kamu mengenali daripada kalangan mereka dan kamu memungkirinya. Aku bertanya lagi: Apakah setelah kebaikan ini akan datang kejahatan lagi? Baginda menjawab: Ya, (akan muncul) para daie yang menyeru ke neraka jahanam. Barangsiapa yang menerima seruannya, mereka menjerumuskannya ke dalam neraka. Aku bertanya: Ya Rasulullah, terangkan ciri-ciri mereka kepada kami? Baginda menjawab: Mereka adalah dari golongan kita dan berbicara dengan bahasa kita.” (Riwayat Muslim)

Zaman dakhan melahirkan ramai perosak agama sehingga terdapat daripada kalangan ulama dan ilmuan yang menyebarkan kekeliruan dan membuat persepsi salah sehingga menimbulkan pertempuran sesama sendiri. Sementara para ulama yang memperjuangkan Islam, berani menyatakan kebenaran dan sentiasa menyebarkan dakwah dalam masyarakat dilabel sebagai irhabi (pengganas) dan pemutar belit agama.

Pada hakikatnya, inilah percaturan musuh Islam daripada kalangan Yahudi, Nasara, Atheis, Zionis, Harakah Taghrib (gerakan pembaratan) dan para pengikutnya yang dirancang secara rapi. Mereka melaga-lagakan umat Islam dengan membangkitkan sentimen kaum dan mazhab serta melancarkan serangan pemikiran yang sangat halus. Umat Islam seharusnya sedar dengan permainan licik musuh Islam dan ternyata negara-negara umat Islam telah dijadikan sasaran mereka. Terkini, apabila Arab Saudi, Mesir, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Bahrain menyenarai hitam Kesatuan Ulama Islam Sedunia (KUIS) dalam senarai pengganas, ia membuktikan bahawa pemimpin negara umat islam kini telah terkena jerat musuh disamping sikap mereka sendiri yang membenci wujudnya kelompok yang menyeru kepada tuntutan Islam.

Bagaimana mungkin para ulama yang saban hari menyerahkan jiwa raga untuk Islam adalah pengganas sedangkan merekalah penentang keganasan. Profesor Dr Yusuf Al-Qaradhawi, Presiden KUIS melalui ucapan dan penulisannya sentiasa menolak sebarang unsur keganasan dan ekstrim dalam masyarakat seumpama ditegaskan melalui karya beliau Al-Sohwah Al-Islamiahsebanyak lima siri. Terbaharu beliau menulis dalam kitab berjudul Akhlaq Al-Islam menyeru sekalian umat Islam membangunkan masyarakat sejahtera dengan akhlak terpuji dan menjauhi sifat Ifrath Wa Tafrith serta keganasan.

Naib Presiden KUIS, Dato’ Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang dalam karya beliau, Al-Islam Wa Alaaqatuh Bil Irhab menyanggah segala tindakan keganasan yang dipalitkan atas nama Islam walhal ia sebenarnya konspirasi jahat musuh terhadap Islam. Bahkan beliau telah mengenegahkan perbahasan ilmiah secara mendalam dengan huraian sejarah membongkarkan siapa pengganas sebenar. Sepatutnya, Ulama seperti inilah yang dijadikan rujukan dunia Islam dalam membendung jenayah irhab dan bukannya disenarai dalam kelompok irhabi!.

Inilah percaturan musuh yang wajib disedari oleh seluruh umat islam. Segala percaturan musuh melalui pelbagai modul dan blood borders yang dirancang hakikatnya adalah Al-Harju yang telah diperingatkan oleh Rasulullah S.A.W apabila Baginda ditanya oleh para sahabat berkaitan Al-Harju:

Ł‚ِŁŠŁ„َ: ŁˆَŁ…َŲ§ Ų§Ł„ْŁ‡َŲ±ْŲ¬ُ ؟ Ł‚َŲ§Ł„َ: Ų§Ł„ْŁƒَŲ°ِŲØُ ŁˆَŲ§Ł„ْŁ‚َŲŖْŁ„ُ، Ł‚َŲ§Ł„ُŁˆŲ§: Ų£َŁƒْŲ«َŲ±ُ Ł…ِŁ…َّŲ§ Ł†َŁ‚ْŲŖُŁ„ُ Ų§Ł„ْŲ¢Ł†َ؟ Ł‚َŲ§Ł„َ: Ų„Ł†َّŁ‡ُ Ł„َŁŠْŲ³َ ŲØِŁ‚َŲŖْŁ„ِŁƒُŁ…ْ Ų§Ł„ْŁƒُŁَّŲ§Ų±َ، ŁˆَŁ„َŁƒِŁ†َّŁ‡ُ Ł‚َŲŖْŁ„ُ ŲØَŲ¹ْŲ¶ِŁƒُŁ…ْ ŲØَŲ¹ْŲ¶ًŲ§

Maksudnya: “Ditanya apakah yang dimaksudkan dengan Al-Harju? Baginda menjawab: ia adalah suatu pendustaan dan pembunuhan. Mereka bertanya: apakah lebih ramai daripada yang kami bunuh sekarang (daripada kalangan musyrikin dalam peperangan)?. Jawab Nabi: Sesungguhnya kamu bukannya membunuh golongan kafir, akan tetapi pembunuhan berlaku sesama kamu sendiri”. (Riwayat Imam Ahmad)

Sementara dalam hadis lain, Nabi S.A.W bersabda:

ŁŠَŲŖَŁ‚َŲ§Ų±َŲØُ Ų§Ł„Ų²َّŁ…َŲ§Ł†، ŁˆŁŠُŁ‚ْŲØَŲ¶ُ Ų§Ł„Ų¹ِŁ„ْŁ…ُ، ŁˆŲŖُŲøْŁ‡Ų±ُ Ų§Ł„ŁِŲŖَŁ†ُ، ŁˆŁŠُŁ„ْŁ‚َŁ‰ Ų§Ł„Ų“ُّŲ­ُّ، ŁˆŁŠَŁƒŲ«ُŲ±ُ Ų§Ł„Ł‡َŲ±ْŲ¬ُ، Ł‚َŲ§Ł„ُŁˆŲ§: ŁˆَŁ…َŲ§ Ų§Ł„Ł‡َŲ±ْŲ¬ُ؟ Ł‚َŲ§Ł„َ: Ų§Ł„Ł‚َŲŖْŁ„ُ

Maksudnya: “Waktu akan menjadi dekat, ilmu dicabut, aneka fitnah dimunculkan, kekikiran merebak dan Al-Harju semakin banyak.” Mereka berkata: Apa yang dimaksud dengan Al-Harju? Baginda S.A.W bersabda: Pembunuhan.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Oleh sebab itulah, banyak kejadian keganasan, rusuhan dan pengeboman yang berlaku di seluruh pelosok dunia. Apa yang malang dan menyedihkan apabila kejadian keganasan tersebut berlaku, akan ada pihak yang terus menuding jari kepada kelompok umat Islam. Islam tidak pernah menghalalkan sebarang bentuk keganasan malahan pengganas adalah penjenayah yang wajib dijatuhkan hukuman.

Pengeboman dan pembunuhan yang berlaku di Masjid Raudhah, Bi’r Al-Abd Sinai, Mesir juga adalah sebahagian perancangan blood borders musuh Islam. Namun, sangat menyedihkan apabila terdapat daripada kalangan ulama Mesir secara yakin menuding jari kepada pihak Ikhwan Muslimin. Tokoh Rijal Ummah yang telah berjasa kepada umat islam, Al-Syahid Syed Qutb turut dituduh sebagai punca dalam isu ini akibat penulisan tafsir Zhilalnya yang dikaitkan berunsur keganasan. Lebih malang, apabila pemikirannya dibedah semula melalui program televisyen Mesir bagi memberi penerangan kepada masyarakat bahawa Syed Qutb dan Ikhwan adalah kelompok pengganas sepanjang zaman.  

Ų­Ų³ŲØŁ†Ų§ Ų§Ł„Ł„Ł‡ ŁˆŁ†Ų¹Ł… Ų§Ł„ŁˆŁƒŁŠŁ„

(Penulis ialah Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat dan juga Pengarah Pilihan Raya Dewan Ulamak PAS Negeri Kelantan)

Benarkah Bilangan Ateis Melayu Meledak?



Sebenarnya, sesiapa sahaja yang tidak mahu menerima hakikat bahawa, seperti yang didedahkan oleh Dr Siti Mariah Mahmud, Ahli Parlimen Kota Raja merangkap Ketua Angkatan Wanita (AWAN) AMANAH, di Parlimen semalam, ramai yang terlibat dengan ateisme adalah anak-anak muda Melayu, hanya perlu membaca laporan dari dua portal berita ini sahaja untuk menilai kembali pendirian mereka itu.

Di dalam laporan portal berita South Cina Morning Post yang ditulis oleh seorang wartawan bernama Tashny Sukumaran pada 13 Ogos 2017, bertajuk “Atheism: The Latest Whipping Boy For Malaysia’s Pre-Election Politics?”, ada disebutkan mengenai kisah seorang pemuda Melayu Islam yang diberi nama samaran “Arrawdah “. Arrawdah, yang berusia 26 tahun dan datang daripada satu keluarga Melayu Islam kelas pertengahan, mengaku diri beliau adalah seorang ateis serta mendedahkan keresahan beliau bila ditanya kenapa tidak menunaikan solat Jumaat selain terpaksa menyembunyikan tabiat minum arak dan terpaksa makan secara bersembunyi di sepanjang bulan Ramadan.   

Di dalam laporan portal berita The Diplomat yang ditulis oleh seorang wartawan bernama Justin Higginbottom pada 22 Ogos 2017, bertajuk “Intolerance Rising: Atheists At Risk In Malaysia”, pula, ada disebutkan mengenai kisah seorang administrator laman Atheist Republic Malaysia Melayu Islam yang diberi nama samaran Ahmad. Ahmad, yang datang daripada satu keluarga Melayu Islam sederhana, juga mengaku diri beliau adalah seorang ateis serta mendedahkan bahawa terdapat ledakan di dalam bilangan ateis di Malaysia (“there is a blooming population of atheists (in Malaysia)”), sambil menambah bahawa bila beliau pulang ke kampung halaman beliau beliau mampu menemui beberapa orang kawan yang mendedahkan kepada beliau hasrat untuk keluar dari Islam (“was even able to find a couple friends that opened up to him about leaving Islam”). 

Di dalam laporan portal berita The Diplomat ini juga ada disebutkan mengenai kisah seorang bekas penganut Islam dari Singapura yang diberi nama samaran Nurulhuda. Nurulhuda, yang telah menetap di Malaysia selama 19 tahun, turut mengaku diri beliau adalah seorang ateis serta mendedahkan bahawa beliau sekarang bekerja sebagai seorang pekerja sosial di Malaysia dan membantu menganjurkan perjumpaan-perjumpaan sulit dengan kawan-kawan beliau yang telah meninggalkan Islam di rumah beliau atau di sebuah taman.

Pendedahan-pendedahan begini, bagi saya, tidaklah mengejutkan kerana saya secara peribadi pernah membaca pengakuan begini dalam Facebook tidak lama dulu, mengenai seseorang yang menubuhkan kumpulan sokongan bagi membantu penganut Islam yang menjadi ateis.


Perosalannya ialah: Jika wartawan boleh mengesan mereka, tidak logik pihak berkuasa gagal berbuat demikian.

© all rights reserved
made with by templateszoo