NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Wufi UIAM Menang Pilihan Raya Kampus UIAM 2017



13 Oktober 2017 / 22 Muharram 1439

PRK UIAM pada tahun ini mempertandingkan sebanyak 23 buah kerusi; 18 kerusi tempatan & 5 kerusi antarabangsa. Tambahan 1 kerusi lantikan daripada OKU bakal melengkapkan jumlah keseluruhan kabinet SRC UIAM pada tahun ini sebanyak 24 buah kerusi secara keseluruhan.

Daripada 24 buah kerusi, WUFI UIAM berjaya menang majoriti daripada kesemua jumlah kerusi yang dipertandingkan. Senario ini sekaligus menafikan dakwaan mahasiswa pro - kerajaan berjaya menewaskan WUFI UIAM pada PRK UIAM 2017. Di saat satu persatu kampus ditawan oleh mahasiswa pro - kerajaan, WUFI UIAM masih berjaya membentuk majoriti untuk memimpin SRC UIAM pada sesi kali ini.

WUFI UIAM mengucapkan terima kasih kepada seluruh mahasiswa UIAM kerana memberikan kepercayaan & amanah ini kepada kami untuk memimpin SRC UIAM pada sesi kali ini. WUFI UIAM akan memberikan komitmen terbaik untuk membentuk landskap baru dalam budaya & cara hidup mahasiswa UIAM secara keseluruhan daripada kemenangan yang diraih semalam.

Kemenangan tunggal WUFI UIAM mewakili kampus seluruh Malaysia merupakan satu beban tanggungjawab yang berat untuk dipikul. Tiada lagi ruang untuk berehat & bersuka ria. Sudah tiba masanya untuk bekerja & memastikan kepentingan mahasiswa diletakkan di hadapan. Mandat ini membuktikan mahasiswa UIAM bersedia untuk mempertahankan perubahan & memastikan "domino effect" mahasiswa pro - kerajaan tawan kampus gagal di UIAM.

WUFI UIAM sedia bekerjasama dengan mana - mana pihak tanpa melihat kepada sebarang perbezaan. Kami terbuka kepada semua cadangan & penambahbaikan untuk memastikan yang terbaik buat SRC UIAM sesi kali ini. Kepada kawan mahupun lawan, tiada jurang antara kita. Kita tetap mahasiswa UIAM yang mempunyai kepentingan yang wajib dipelihara di universiti ini. Daripada kebencian, kita tukar kepada kasih sayang. Daripada salah faham kepada berdialog. Daripada bermasam muka kepada bersemuka. Inilah sebuah budaya baru yang menjadi komitmen WUFI UIAM pada kali ini.

Siiru 'ala barakatillah buat seluruh saff kepimpinan SRC UIAM yang terpilih & terima kasih kepada mahasiswa UIAM untuk mandat ini! Semoga Allah SWT meredhai usaha kita bersama di Taman Ilmu & Budi ini.

MAKING IIUM BETTER TOGETHER!
#WeUniteForIslam

YAZID KHAIRUL AZMAN
Pengerusi WUFI UIAM
017 - 474 8139
pengerusi.wufiuiam@gmail.com

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo