Seleweng RM1.5 bilion: Seorang lagi ahli parti Warisan ditahan SPRM



Seorang lagi ahli Parti Warisan Sabah ditahan hari ini walaupun pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah memanggil presiden parti itu Shafie Apdal untuk disoal siasat.

Penasihat undang-undang Warisan Noorazmi Alimat berkata, wakil media parti itu, Amarjit Singh ditahan kira-kira jam 3 petang tadi.

"Saya menemaninya ke pejabat SPRM hari ini sebelum jam 10 pagi.

"SPRM baru menghubungi saya untuk mengesahkan penahanan itu," kata Noorazmi.

SPRM setakat ini sudah menahan naib presiden Warisan Peter Anthony dan ketua pemudanya Aziz Jamman untuk siasatan terhadap dakwaan penyelewengan dana persekutuan RM1.5 bilion yang diperuntukkan kepada projek luar bandar Sabah.
Labels:
Reactions:
[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget