NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Rohingya: PASRelief terus bantu bawa sumbangan lebih besar



Saya tiba di Dhaka semalam, 8 Oktober 2017 dan menanti rombongan Timbalan Presiden PAS, bersama Ketua DMPM, Pesuruhjaya (PJ) PAS Pahang, PJ PAS Selangor, bersama beberapa pimpinan PAS Pusat tiba malam ini.



Alhamdulillah, 20 orang ahli deligasi PASRelief telah selamat sampai ke Dhaka dan akan membawa sumbangan makanan, tubewell, shelter home, bangunan masjid, surau dan sekolah ke kem-kem pelarian Muslim Rohingya di Cox's Bazaar dan Teknaf menjelang pagi, 10 Oktober hingga 12 Oktober 2017.



Misi pada kali ini melibatkan sumbangan keseluruhan berjumlah kira-kira RM360 ribu, sumbangan ahli PAS dan orang ramai melalui Tabung Kemanusiaan Antarabangsa (TKA) PASRelief dan serahan terus kepada deligasi misi kemanusiaan kali ini.


Penyumbang terbesar datang daripada PAS Negeri Kelantan berjumlah RM110 ribu. Penyumbang lain adalah PAS negeri Pahang RM70,908.00, PAS Perak RM30,700.00, Geng Ustaz RM31,000.00, Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) RM20 ribu, PAS Pulau Pinang RM15 ribu, Dewan Muslimat PAS Kedah RM9,200.00, PAS Langkawi RM18,668,00, Jabatan Amal Serdang RM25 ribu dan lain-lain penyumbang melalui TKA.

Turut menyumbang ialah Sabasun HyperRuncit RM12,750,00, Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) Terengganu RM9,300.00, sumbangan melalui Dato' Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man RM16 ribu dan melalui Ustaz Misbahul Munir Masduki berjumlah RM8 ribu.

Sebahagian daripada sumbangan akan dibawa pada misi akan datang bersama sumbangan yang sedang dikumpulkan di beberapa negeri seperti PAS Terengganu.

Misi kali pertama pada 10 hingga 14 September sebelum ini berikutan krisis terbaru pada 25 Ogos tahun ini telah melibatkan sumbangan berjumlah RM150 ribu. Sumbangan tersebut diterima daripada PAS Kedah (RM60 ribu), PAS Selangor, PAS Melaka, dan sumbangan orang ramai melalui TKA PASRelief.

Program sumbangan kali ini difokuskan kepada sumbangan bahan makanan seberat kira-kira 52 tan untuk 4000 keluarga, pembinaan 60 buah tubewell, 20 shelter home, 15 buah bilik darjah untuk program pendidikan jangka panjang, dan pembinaan masjid dan surau.

Para peserta misi turut menyumbang RM2,000 setiap seorang bagi membiayai kos penerbangan dan penginapan.

PASRelief terus merayu sumbangan daripada orang ramai melalui Akaun Maybank 'Tabung Kemanusiaan Antarabangsa' - 5640 7061 1352 untuk membantu jumlah pelarian yang semakin meningkat.

Angka terbaru pelarian Muslim Rohingya yang memasuki Bangladesh sejak 28 Ogos sehingga semalam dianggarkan telah mencecah jumlah 750,000 orang.


Muhammad Sanusi Md Nor
Pengarah PASRelief

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo