NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Resolusi ljtimak Pondok SeMalaysia Kali Ke-2 bertarikh 23 Muharram1439H. bersamaan 14 Oktober 2017M yang diadakan di Pondok Pasir Tumboh, Kota Bharu, Kelantan.



1. Bahawasanya Ijtima' Pondok SeMalaysia Kali ke-2, menegaskan bahawa seluruh pondok mempertahankan ASWJ berasaskan Manhaj Imam Asyaari dan Imam Abu Mansor Maturidi dan menolak segala aliran akidah dan fahaman selainnya.

2. Perhimpunan pondok hari ini berikrar mempertahankan sistem pengajian thurath sebagai asas utama kurikulum di pondok-pondok seMalaysia di samping menerima kurikulum tambahan yg bermanafaat kepada pelajar-pelajar pondok.



3. Perhimpunan pondok hari ini juga menegaskan bahawa pondok-pondok seMalaysia akan berdiri teguh di belakang gerakan lslam PAS di dalam mempertahankan kedaulatan lslam dan akidah ASWJ.

4. ljtimak Pondok SeMalaysia Kali Ke-2 pada hari ini juga menegaskan kerajaan lslam Kelantan wajib dipertahankan dan sebarang kelemahan perlu diperbaiki.
© all rights reserved
made with by templateszoo