PRU14: PAS Pusat Terima Sebahagian Besar Senarai Calon


KOTA BHARU -- PAS pusat telah menerima sebahagian besar senarai calon daripada PAS negeri-negeri untuk dinilai sama ada layak bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) akan datang.

Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan berkata masih terdapat beberapa PAS negeri yang dalam proses menghantar senarai calon tersebut.

"Calon-calon yang dicadangkan oleh negeri akan ditapis oleh Majlis Syura Ulama sama ada calon itu layak atau tidak untuk bertanding," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Takiyuddin yang juga Anggota Parlimen Kota Bharu berkata selain Badan Perhubungan PAS negeri, PAS pusat juga mendapatkan pandangan daripada cawangan parti tersebut mengenai calon yang dikemukakan untuk penilaian.

"Jika calon itu lulus tapisan oleh Majlis Syura Ulama maka, PAS pusat akan mengatur strategi berikutnya termasuk menentukan kawasan mana calon tersebut akan bertanding terutama bagi kerusi Parlimen," katanya.

Beliau berkata pihaknya juga akan menilai keperluan di sesuatu kawasan dan peluang untuk seseorang calon PAS menang di kawasan itu.-- BERNAMA
Labels:
Reactions:
[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget