NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PPIM: Diugut, diancam tak gentar



Oleh Almi Amilnuddin

KUALA LUMPUR, 30 Muharram 1439H, Jumaat– Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mendakwa menerima banyak ugutan berikutan tindakannya yang aktif membanteras sindiket perjudian, Ahlong dan pelbagai aktiviti haram yang lain.

Ketua aktivisnya, Datuk Nadzim Johan berkata, bagaimanapun, PPIM tidak gentar kerana sudah lali dengan ugutan dan ancaman sejak daripada awal penubuhannya hingga kini dan bersedia menghadapi apa jua kemungkinan yang bakal berlaku.

“Telinga kita pun ada di mana-mana. Jadi baru-baru ini, sindiket ini telah berjumpa dan marah sangat pada PPIM, jadi dia nak ‘ajar’ kita, pasal isu Ahlong pun kita campur tangan dan isu berkaitan sindiket ini, jadi mereka tidak senang.

“Ancaman ini dari dulu lagi, ada nak hantar peluru lah, macam-macam lagi, segala ancaman itu sudah biasa. Itu mesej yang dihantar. Kita dah ada 20 tahun, takda kita nak lari pun dan kita buat ini untuk keselamatan pengguna,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Nadzim turut menyeru semua pihak dari kalangan pihak berkuasa, agensi-agensi, pengamal media dan rakyat memainkan peranan masing-masing dan bersatu untuk melenyapkan sindiket perjudian dan pelbagai lagi aktiviti haram lain.

“Kita yakin jika kita bersama menekan sindiket ini, terutamanya rakan-rakan media dan semua pihak sama ada agensi, rakyat ambil kesempatan ini bersama-sama pihak berkuasa, kita lenyapkan premis-premis perjudian yang begitu banyak merobek masyarakat kita yang ketagih berjudi,” katanya.

Sumber: http://www.ismaweb.net/2017/10/diugut-diancam-ppim-tak-gentar/

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo