PPIM: Boy Iman “Kantoi”



KUALA LUMPUR : Seramai 400 mangsa membuat aduan kepada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) selepas mendakwa ditipu Skim jualan rumah pada harga tidak munasabah itu. Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Muhammad Yusuf Azmi berkata, beliau melahirkan rasa syukur kerana tindakan sewajarnya diambil pihak berkuasa susulan penahanan tiga individu itu.

“Kami berharap polis menjalankan siasatan secara menyeluruh dan dapat membawa suspek ke muka pengadilan. “PPIM juga berharap empat lagi suspek ditangkap. Mereka yang menguruskan pembiayaan duit berkenaan,” katanya. Muhammad Yusuf berkata, PPIM juga meminta Campur tangan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (SLAP) bagi memastikan isu berkenaan tidak diambil mudah pihak tertentu.

“Isu ini perlu diambil serius kerana ini sindiket penipuan terbesar di Malaysia ketika ini,” katanya. Pada 19 September lalu, PPIM mempertemukan Boy Iman dengan 100 pengadu dalam sidang media. PPIM tampil sebagai orang tengah untuk membantu pengadu berhubung dakwaan penipuan Skim jualan rumah yang mengaitkan nama Boy Iman. Sebelum ini, laman popular di Facebook PW Community menyiarkan dakwaan DBI menipu orang ramai dengan menggunakan helah menerusi Skim piramid. Boy Iman bagaimanapun menafikan semua dakwaan itu.

Dalam statusnya PW Community mendakwa, DBI cuba mengutip dana untuk menipu orang awam dengan menggunakan helah menjual rumah semurah harga RM50,000. Dakwaanya mustahil untuk membina rumah seperti rekaan dijanjikan pada harga berkenaan. Beberapa Siri pertemuan diaturkan PPIM bagi menemukan mangsa dengan pemilik Syarikat berkenaan. Kelmarin, Boy Iman selaku pemilik DBI Technology Sdn Bhd tidak hadir pada sidang media tertutup bersana pembeli rumah hingga menimbulkan suasana tegang di luar bilik sidang media di Hotel De Palma Ampang. Pertengkaran itu berlaku antara isteri Boy Iman dengan beberapa wakil PPIM termasuk Yusuf Azmi. Situasi semakin panas selepas sekumpulan wakil PPIM yang mahu mengikuti sidang media anjuran syarikat Boy Iman dihalang. DBI Semalam mengadakan sidang media tertutup untuk memberikan pencerahan terhadap kemelut membabitkan aduan orang ramai berhubung rumah yang tidak siap walaupun membayar puluhan ribu ringgit.
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget