Perkasakan Agenda Pendidikan Negara, Bukan Perkasakan UMNO di Sekolah.



Tindakan pemimpin Umno yang tidak bertanggunjawab sehingga memaksa-rela para pelajar sekolah menyanyikan lagu Umno serta mengibarkan bendera parti Umno dengan menggunakan alasan program pertandingan dan persembahan di Sekolah Kebangsaan Presint 14, sangat mendukacitakan serta mencemarkan keharmonian instituisi pendidikan negara warga pendidikan dan ibu bapa.

Pengesahan Guru Besar sekolah tersebut yang menyatakan bahawa, ini adalah program yang diarahkan daripada Kementerian Pendidikan telah mengesahkan lagi bahawa program ini memang telah dirancang dan diatur dengan sebaiknya sebagai satu strategi kempen politik Umno disekolah dengan menjemput Tengku Adnan sebagai Setiausaha Agung Umno Malaysia.

Program tersebut dengan jelas sudah membuktikan bahawa pemimpin Umno telah memperalatkan KPM dan instituisi kerajaan serta rakyat.Apakah Menteri Pendidikan sudah tidak tahu membezakan antara instituisi kerajaan dan harta umno?

Pegawai kerajaan dan harta kerajaan milik rakyat keseluruhannya, tampa mengira sempadan perbezaan politik, tetapi sikap pemimpin umno lah yang tidak tahu membezakan serta menghormati hak rakyat dan instituisi kerajaan.

Sepatutnya KPM memperkasakan halatuju dan agenda pendidikan negara yang semakin bercelaru dan cacamerba, tetapi bukan untuk diperalatkan untuk memperkasakan Umno yang telah longlai dan yang sudah mula ditolak oleh rakyat.

Sudah sampai masanya rakyat mesti menolak pemimpin umno yang mengkianati amanah rakyat dan pendidikan negara.Semakin lama mereka diberikan kuasa semakin banyak kerosakan dan semakin jauh agenda pendidikan negara akan diumnokan.

Harapan rakyat untuk melihat mutu pendidikan dan keberhasilan pelajar yang cemerlang dan seimbang semakin jauh daripada agenda yang digariskan.Tiada harapan untuk melihat pendidikan Islam dalam kerangka pendidikan kebangsaan akan terus dipertahankan, kerana agenda pemimpin Umno hanyalah untuk mempertahankan kuasa yang ada pada mereka dan akan menggunakan segala institusi kerajaan yang ada untuk memastikan umno terus berkuasa.

Mohd Zai Mustafa
Ketua Eksekutif
MAKPEN
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget