NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PERKASA dakwa Zaid Ibrahim mengarut dan melalut?



DR. AMINI AMIR ABDULLAH
PENGERUSI
BIRO HAL EHWAL ISLAM (BIHALIM)
MERANGKAP AHLI DEWAN TERTINGGI (ADT)
PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

3 Oktober 2017
20.51HRS

Zaid Ibrahim Yang Melalut Dan Mengarut

1.  Perkasa merujuk kepada laporan sebuah portal berita iaitu freemalaysiatoday.com  bertajuk “IN FIGHT TO HEAL 'SICK COUNTRY', ZAID LAMENTS 'TALK ONLY' COWARD" bertarikh 3 Oktober 2017 dalam satu kenyataan yang dibuat oleh Zaid Ibrahim yang mengkritik umat Islam yang tidak sefahaman dengannya dan melabelkan mereka pengecut yang hanya pandai bercakap tetapi tidak bertindak.

2. Kenyataan biadap ini dilakukan oleh bekas menteri persekutuan yang terpinggir; Zaid Ibrahim yang mengkritik sikap beberapa orang yang "hanya bercakap" mengenai keperluan untuk melawan kebangkitan Islam di Malaysia tetapi tidak melakukan apa-apa mengenainya. Katanya: "Banyak orang bercakap di belakang pintu tertutup tentang penentangan (terhadap puak Islamis), tetapi mereka tidak melakukan apa-apa," katanya tanpa menamakan sesiapa seolah olah beliau seorang pejuang tulen sedangkan hakikatnya beliaupun masih takut takut di belakang tabir sahaja.

3. Beliau juga kelihatan seperti menghasut dan membuat provokasi apabila beliau berkata: "Apabila Islamisasi datang menjalar, ketika fatwa menjadi undang-undang, di mana pejuang ini, apa yang mereka lakukan?" Apakah kejahilan beliau ini? Kenapakah beliau menentang Islamisasi di Malaysia dan institusi fatwa? Apakah agenda beliau yang tersurat dan tersirat?

4. PERKASA memberi amaran keras kepada beliau agar menghentikan provokasi ini, tidak mengamalkan Islam liberal. kembali bertaubat, jangan menyimpang daripada agama Islam, jangan menyokong kemurtadan serta jangan cuba mengambil alih peranan pihak berkuasa agama.

5. PERKASA menganggap beliau sebagai seorang yang sakit kronik kerana menganggap Malaysia kini menjadi "negara muslim yang sakit" kerana ia tidak mempunyai pejuang untuk menentang Islamisasi. Siapakah yang sakit sebenarnya? Kenapakah beliau terlalu takut dengan Islamisasi?

6. Perkasa juga berasa hairan dan terkejut apabila secara tiba tiba beliau memuji pendokong pluralisme dan liberalisme seperti pengerusi Barisan Renaissance Islam (IRF), Ahmad Farouk Musa dan aktivis politik Haris Ibrahim kononnya Malaysia mungkin masih mempunyai "peluang" untuk survive. Kata Zaid: "Tetapi kita tidak mempunyai lima, itulah sebabnya saya rasa pesimis mengenai masa depan negara."

7. Perkasa menggesa agar Zaid bertaubat nasuha apabila beliau dilaporkan berkata bahawa pesta bir dikatakan bukan sebagai suatu contoh kejahatan dengan merujuk kepada Festival Better Beer 2017, yang diharamkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Zaid juga dilaporkan berkata bahawa walaupun United Kingdom adalah "negara penyayang bir", ia juga menghasilkan lelaki dan wanita berpendidikan tinggi yang menyumbang kepada sains dan seni. "Mereka adalah pencipta, yang menghasilkan ubat, jentera, dan lebih banyak lagi yang menjadikan hidup lebih baik untuk manusia." Jahil sungguh Zaid ini seperti membuka pekung di dada. Hujah apakah ini? Adakah ini contoh seorang mantan menteri. Manusia jenis apakah Zaid ini? Zaid! Kembalilah ke jalan Islam. Allah swt. Maha Pengampun dan Penyayang.

Sekian.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo