Pencemaran udara punca kematian 9 juta orang



NEW YORK – Pencemaran yang berlaku mengakibatkan kematian sembilan juta orang di dunia pada tahun 2015.

Hampir semua kematian ini berlaku di negara berpendapatan rendah dan sederhana, yang mana pencemaran boleh mencecah sehingga satu per empat kematian.

Bangladesh dan Somalia adalah yang terburuk manakala Brunei dan Sweden mempunyai jumlah kematian yang paling rendah.

Pencemaran udara mempunyai kesan terbesar, menyumbang dua pertiga daripada kematian.

Kebanyakan kematian ini disebabkan oleh penyakit tidak berjangkit yang dikaitkan dengan pencemaran, seperti penyakit jantung, strok dan kanser paru-paru.

“Pencemaran adalah lebih daripada cabaran alam sekitar – ia adalah ancaman yang mendalam dan meluas mempengaruhi banyak aspek kesihatan dan kesejahteraan manusia,” kata Profesor Philip Landrigan dari Sekolah Perubatan Icahn di New York.

Faktor risiko terbesar, pencemaran udara, menyumbang kepada 6.5 juta kematian pra-matang.

Ini termasuk pencemaran dari sumber luar, seperti gas dan dalam isi rumah, seperti membakar kayu atau arang di dalam rumah.

Faktor risiko terbesar seterusnya adalah pencemaran air yang menyumbang 1.8 juta kematian, manakala pencemaran di tempat kerja dikaitkan dengan 800,000 kematian di seluruh dunia.

Sekitar 92 peratus daripada kematian ini berlaku di negara-negara miskin, dengan kesan terbesar di tempat-tempat yang mengalami pembangunan ekonomi pesat seperti India, yang mempunyai tahap pencemaran tertinggi kelima dan China di kedudukan ke-16.

Di United Kingdom, kira-kira 8 peratus atau 50,000 kematian dianggarkan dikaitkan dengan pencemaran.

Ini menjadikan UK di tempat ke-55 daripada 188 negara yang dikaji, meletakkan mereka di belakang Amerika Syarikat dan banyak negara Eropah, termasuk Jerman, Perancis, Sepanyol, Itali, Denmark.

Manakala di Amerika Syarikat, lebih 5,8 peratus atau 155,000 kematian dikaitkan dengan pencemaran. – MalaysiaGazette
Labels:
Reactions:
[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget