NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PCM : DAP Perlu Diharamkan



KUALA NERUS – DAP perlu diharamkan di negara ini kerana dilihat sering memecahbelahkan keharmonian kaum di negara ini dan disifatkan sebagai ‘kaki buat kacau’, kata Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM) Datuk Huan Cheng Guan.

Sehubungan itu, beliau mahu Pendaftar Pertubuhan (ROS) mengambil tindakan terhadap DAP sebelum ia merosakkan suasana harmoni masyarakat berbilang kaum di negara ini.

“DAP ini kerja dia hanya tanam kebencian pada masyarakat, hasut rakyat,” katanya yang dijemput PAS untuk berucap di pentas program
Fastaqim 2.0 di Pantai Tok Jembal di sini malam tadi.

Beliau berkata, sepanjang sembilan tahun DAP memerintah Pulau Pinang, parti itu hanya membawa kesengsaraan kepada rakyat.

“Sepanjang sembilan tahun mereka perintah Pulau Pinang, tarif airsudah empat kali naik, sewa kedai pun naik 100 peratus, rumah dibina
pun bukan mampu milik, tetapi mampu tengok sahaja, tanah pula habis dijual.

Kalau dua tahun lagi DAP perintah Pulau Pinang, pasir dan pokok punmereka boleh jual,” katanya disambut sokongan daripada lebih 200,000
ahli dan penyokong PAS.

Beliau berkata, apa yang diingini oleh DAP bukan kuasa untuk
memerintah dan berkhidmat kepada rakyat, tetapi hanya untuk
kepentingan parti dan individu yang tamakkan jawatan.

“DAP ini kerjasama dengan kaki ‘u-turn’ (pusingan U) sahaja. Pemimpin
mereka pun (DAP) didakwa di mahkamah kerana rasuah, macam mana nak
jadi pemimpin negara,” katanya. – Bernama
© all rights reserved
made with by templateszoo