NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PAS Tidak Mahu Berpakat?



SETIU 16 OKT 17- Semua parti yang ada di Malaysia hari ini sedang bergolak, hanya PAS yang sihat. Oleh itu  PAS tidak mahu berpakat.


Perkara ini ditegaskan oleh Dato’ Nik Amar Nik Abdullah, Naib Presiden PAS ketika berucap di  Majlis Makan Malam Dana PASTI kawasan Setiu yang diadakan di Restoran Syuhada Tom Yam, Telaga Papan di sini pada 13 Oktober yang lalu.

Timbalan Menteri Besar Kelantan itu dengan sinis menegur sikap kebanyakan ahli-ahli PAS yang lebih mendengar ‘omongan kosong’ orang luar PAS dari pemimpin mereka sendiri.

“Kenapa percaya kepada Anuar Musa yang kata PAS mahu bergabung dengan Umno? Sepatutnya percaya kepada pimpinan (parti sendiri).” soal beliau .

Menurut Nik Amar lagi, PAS telah memulakan dan mencetuskan banyak perkara.

“PASTI, kesannya amat besar kepada lahirnya petugas muda PAS,” ujarnya.

Selain itu, tambah beliau lagi, kewujudan Felda pada hari ini, adalah bermulanya usaha rakyat Kelantan yang menebas hutan untuk penempatan baharu. Perkara ini mendapat perhatian Bank Dunia, sehingga pihak bank datang meninjau kerja-kerja berkenaan yang akhirnya memberi  bantuan kepada kerajaan melalui Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (LKTP) dan akhirnya dikenali sebagai Felda.

“ Begitu juga dengan perkara yang berkait dengan pelbagai cuti pekerja jabatan kerajaan, PAS yang memulakan.” katanya yang merupakan tetamu istimewa majlis yang turut dihadiri oleh YDP PAS kawasan Setiu, Ustaz Shaaharizulkarnain Abd Kadir.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo