NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PAS Sarawak sasar lima ke sepuluh kerusi, optimis mencipta kejutan - Setiausaha



Oleh: Mohd Zahir Haqim
Sumber: Sarawak Voice

KUCHING, 22 Oktober 2017: Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Sarawak masih belum membuat keputusan rasmi mengenai jumlah calon yang akan diturunkan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) di Sarawak.

Setiausaha Badan Perhubungan PAS Sarawak, Muhtar Suhaili berkata, pihaknya mensasarkan di antara lima ke sepuluh kerusi untuk ditandingi, dan optimis untuk mencipta kejutan.

“Jumlah itu menyamai atau melebihi jumlah lima calon yang dikemukakan oleh parti itu pada PRU13 yang lalu,” katanya ketika menjawab soalan media ketika sesi dialog selepas Kejohanan Boling Persahabatan di antara Dewan Pemuda PAS Malaysia, NGO Islam dan Media Sarawak malam Sabtu lepas.

Turut hadir Pesuruhjaya PAS Sarawak, Jofri Jaraiee dan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ir Khairil Nizam Khirudin.

Bagaimanapun katanya, senarai calon dan lokasi yang akan ditandingi tidak dapat didedahkan kerana masih berada dalam tapisan pimpinan pusat, untuk diserahkan kepada Majlis Syura Ulama yang akan melakukan saringan akhir.

Mengenai pengalaman pahit tewas teruk pada Pilihan Raya Negeri yang lalu, Muhtar berkata, ia tidal menjejaskan moral parti itu, sebaliknya yakin ia akan memperkukuh semangat dan pengalaman mereka.

Katanya, badan perhubungan parti itu bermesyuarat semalam bagi memberi tumpuan kepada pilihan raya yang akan dihadapi.

“Antaranya termasuklah persiapan calon, jentera dan gerak kerja lain, selain manifesto.

Pada PRU13, parti itu bertanding di Parlimen Batang Sadong, Tanjong Manis, Igan, Sibuti dan Kota Samarahan. – Sarawakvoice

https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=546705875664745&id=100009760117468

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo