NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Bila berjaya, baru Noh Omar nak mengaku​ anak?



Memang tidak dinafikan pegawai Pesuruhjaya Bangunan (COB) di Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor boleh ditakrifkan sebagai pegawai Persekutuan tetapi tanpa sokongan dan polisi yang jelas dari Kerajaan Negeri mereka tidak akan dapat berfungsi dengan cemerlang.

Kerajaan Persekutuan hanya menempatkan mereka di Selangor tetapi Kerajaan Negeri yang menetapkan halatuju untuk mereka.

Kerajaan Negeri banyak memperkenalkan inisiatif-inisiatif baru untuk menyelesaikan masalah perumahan berstrata. Jika hendak diharapkan Kerajaan Persekutuan, kita mungkin akan ketinggalan 10 tahun.

Kerajaan Negeri amat menghargai pegawai-pegawai COB dan mereka menerima perhatian yang sama seperti pegawai-pegawai Kerajaan Negeri.

Contohnya tahun ini, walaupun mereka pegawai Persekutuan namun mereka menerima bonus 2 bulan gaji seperti pegawai Negeri yang lain dan bukan RM500 seperti pegawai Persekutuan.

Menteri KPKT, Tan Sri Noh Omar hanya mengaku mereka pegawai Persekutuan setelah melihat mereka berkhidmat dengan cemerlang.

Semasa Pakatan Rakyat mengambil alih Selangor dalam tahun 2008, pegawai-pegawai COB bagaikan anak ayam kehilangan ibu. Kerajaan Negeri baru yang telah menyusun semula struktur COB agar mereka dapat menjalankan tugas dengan lebih efektif.

Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor (LPHS) telah memainkan peranan besar sebagai COB utama.

Jelas sekali Menteri KPKT bagaikan bapa yang lari dari tanggungjawab apabila menyerahkan anak beliau kepada orang lain dan apabila anak itu berjaya terhegeh-hegeh mengaku itu anaknya.

YB Dato' Iskandar Abdul Samad
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Kehidupan Bandar
Negeri Selangor
8 Oktober 2017

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo