NGO bersama SPRM kekal dan  bebas bertindak tanpa gangguan  



Kira-kira 50 NGO bersatu suara berdiri di belakang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam menyatakan sokongan penuh terhadap agensi itu supaya terus kekal bebas bertindak memerangi rasuah dan salah guna kuasa tanpa sebarang gangguan.



Sokongan NGO berkenaan antaranya daripada Gabungan Benteras Aktiviti Haram (GBAH), Kongres Rakyat Malaysia, Gabungan Pembela Ummah (Ummah), Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW), Jaringan Melayu Malaysia (JMM),  Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Perkid Malaysia  dan lain-lain NGO hadir dalam penyerahan petisyen rakyat yang disampaikan kepada SPRM di pejabat SPRM di Putrajaya, semalam


Empat (4) tuntutan yang disampaikan oleh pelbagai pertubuhan Bukan kerajaan (NGO) berkenaan adalah;   

1) membidas ahli-ahli politik yang sengaja mengeluarkan kenyataan yang menghiuna dan mempertikai kewibawaan SPRM dalam mentadbir dan melaksanakan tugasannya.

2) membantah cadangan kerajaan untuk menaik taraf bahagian Integriti dan dadbir urus, JPM menjadi Jabatan Integriti dan tadbir urus Negara (JITN) kerana didakwa melakukan pembaziran sumber dan seolah-olah mengganggu gugat tugasan SPRM

3) Mempertahankan SPRM agar lebih tegas bertindak tanpa mengira darjat, pastitikan segala jenis 'ikan' disiasat dan didakwa tanpa distriminasi social demi memastikan Malaysia yang bebas rasuah pada masa hadapan.

4) Mendesak kerajaan menambah baik SPRM di segenap bidang dan memperkukohkan SPRM sebagai sebuah institusi yang benar-benar bebas dan dipercayai oleh rakyat Malaysia.
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget