Lawatan Tapak Ke Salah Satu Projek di Bawah Program Smart Life



KENYATAAN AKHBAR

LAWATAN TAPAK KE SALAH SATU PROJEK DI BAWAH PROGRAM SMART LIFE.

Sepertimana yang telah dibentangkan di dalam Belanjawan 2017 pada tahun lepas oleh Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmi Ali sebanyak 30 juta telah diperuntukan bagi Skim SMART LIFE.

Skim SMART LIFE ini merupakan salah satu usaha yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi membantu membaikpulih dan menyelenggara lif-lif di pangsapuri-pangsapuri kos rendah. Setakat ini sebanyak RM 20,877,964.04 telah diperuntukkan untuk 86 lif di 17 kawasan pembangunan. Lebih banyak kawasan akan menerima manfaat di bawah skim ini sebelum akhir tahun ini.

Sehubungan dengan itu, satu lawatan tapak ke salah satu penerima Skim SMART LIFE akan diadakan sepertimana butiran berikut,

Tarikh - 10 Oktober 2017 (Selasa)

Masa Berkumpul - 10.00 pagi

Tempat berkumpul -
Desa Mentari (Blok 1),
Jalan PJS6/5E,
46000 Petaling Jaya,
Selangor D.E.

Wakil media dan jurufoto adalah dijemput hadir membuat liputan.

Sekian. Terima kasih.

Y.B. Dato’ Iskandar Bin Abdul Samad
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Kehidupan Bandar
Negeri Selangor
9 Oktober 2017
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget