NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ku Li sanggah Annuar Musa?




Oleh Ramli Ibrahim

GUA MUSANG: Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menganggap pertembungan tiga penjuru pada pilihan raya umum ke-14 (PRU-14) di Kelantan sebagai perkara yang positif dan baik.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Gua Musang, berkata ia akan membolehkan pengundi di negeri ini memilih wakil rakyat daripada parti yang boleh membantu mereka.

Tengku Razaleigh yakin rakyat Kelantan akan menolak parti lain termasuk PAS yang tidak membawa perubahan terhadap taraf hidup rakyat walaupun sudah lama memerintah negeri ini.

"Rakyat Kelantan mungkin beralih sokongan kepada UMNO yang bersedia membawa perubahan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Himpunan Usahawan Amanah Iktiar Malaysia (AIM) Parlimen Gua Musang di Bukit Chekati, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Ahli Lembaga Pengarah AIM, Datuk Shahaimi Othman; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paloh, Datuk Nozula Mat Diah dan ADUN Galas, Ab Aziz Yusof.

Mengulas kemungkinan kerjasama di antara UMNO dan PAS, Tengku Razaleigh berkata, setakat ini belum ada cadangan bagi tujuan itu dan peringkat bawahan UMNO juga mungkin menolak kerjasama terbabit.

"Tak ada cadangan (UMNO) nak bergabung dengan PAS. Saya juga tak fikir peringkat bawahan bersetuju berbuat demikian," katanya.

Beliau juga tidak mahu 'pisang berbuah dua kali' jika kerjasama politik dijalin di antara UMNO dan PAS di Kelantan pada PRU-14.

Tengku Razaleigh mahu kepemimpinan UMNO mengkaji dahulu perkara terbabit kerana sejarah di Kelantan sudah membuktikan perjuangan kedua-dua parti berkenaan tidak sama.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo