Kelantan: Harapan beri 'nafas baru' kepada UMNO?


Keputusan Pakatan Harapan (HARAPAN) memberikan mandat kepada Parti Amanah Negara (AMANAH) mengetuai cabaran menawan Kelantan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) masih perlu mengambil kira isu agihan kerusi.


Penganalisis politik, Dr Mazlan Ali berkata, HARAPAN perlu sedar bahawa mereka bakal menghadapi pertandingan tiga penjuru dan berdepan dua lawan yang bukan calang-calang dalam politik Kelantan iaitu PAS dan Umno.


"Pembahagian kerusi perlu mengambil kira berdasarkan faktor boleh menang.
Pilihan Editor


"Ini bermaksud, walaupun AMANAH diberi mandat memimpin Kelantan, bukan bermakna mereka perlu menguasai tiga per empat kerusi-kerusi negeri ini, sebaliknya membahagikannya secara strategik antara keempat-empat komponen termasuk mempertimbangkan dua kerusi untuk DAP di Kota Lama dan Galas," katanya kepada Malaysiakini, hari ini.

Terdahulu, Malaysiakini melaporkan jangkaan agihan kerusi antara parti HARAPAN Kelantan melibatkan dewan undangan negeri (DUN) yang dimonopoli AMANAH dan kerusi parlimen oleh Parti Pribumi Bersatu (BERSATU).

Katanya, selain faktor AMANAH perlu mengisi semua kerusi ditandingi PAS di utara Kelantan, BERSATU juga perlu diberi peluang mengisi kerusi di kubu kuat Umno terutama di Selatan dan Timur Kelantan.

PKR juga katanya boleh mengekalkan kedudukannya seperti piihan raya umum lalu.

Mazlan berkata, pembahagian kerusi berdasarkan faktor boleh menang sangat penting untuk memastikan semua parti komponen berpuas hati dan dapat menumpukan fokus ke arah mencapai kemenangan.

Selain itu jelasnya, HARAPAN perlu memilih calon berpotensi menang memandangkan Kelantan memerlukan penampilan calon berwibawa untuk mengimbangi dua ekstrem dalam budaya politik Kelantan iaitu faktor agama dan pembangunan.

"Rakyat Kelantan sangat berpegang teguh kepada kehidupan berasaskan nilai-nilai agama dan mereka juga mementingkan KPI (Petunjuk Prestasi Utama) pembangunan sosio-ekonomi," katanya sambil menjelaskan retorik keagamaan selama ini sering dimonopoli PAS manakala isu pembangunan sosio-ekonomi menjadi senjata utama BN untuk menarik sokongan pengundi.

Justeru HARAPAN katanya, harus mengambil langkah dan mekanisme terbaik untuk mengimbangi tuntutan berkenaan.


Beri peluang kepada DAP

Mengulas lanjut Mazlan berkata, keterbukaan dan peluang patut dibuka kepada semua parti komponen HARAPAN termasuk DAP untuk bertanding di negeri Cik Siti Wan Kembang itu.

"PKR pula tidak seharusnya menjadikan pilihan raya lalu sebagai asas tuntutan kerusi yang sepatutnya diterima oleh mereka.

"Ini kerana senario politik negara termasuk Kelantan telah berubah dan ia patut disusun semula dengan mengambil kira perubahan-perubahan dari pascaperpecahan PAS yang melahirkan AMANAH dan perpecahan Umno yang melahirkan BERSATU selain mengambil kira cabaran dari PAS dan BN.

"Jadi, pembahagian kerusi yang tersusun dengan mengambil kira faktor-faktor yang sudah disebutkan itu pasti memberi kesan positif dan mampu melonjakkan gelombang cabaran di negeri Kelantan yang nampak mula cenderung ke arah politik perubahan," ujarnya.


Labels:
Reactions:
[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget