NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Isu Tatu Kalimah Allah – Pelaku Itu Perlu Ditangkap Dan Disiasat – Tan Sri Musa Hassan



KUALA LUMPUR: Selepas isu selipar hotel yang tertera dengan kalimah Allah dikecam, kini tular pula sebuah video rakaman seorang pemuda berseluar pendek berjalan-jalan menayangkan tatu yang tertulis kalimah ‘Allah’ dalam tulisan Arab di betis kanannya sehingga mengundang kemarahan masyarakat Islam, kata mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Menurutnya, pelaku itu perlu ditangkap dan disiasat kemudian perlu ditanya kepada mereka apa tujuannya, adakah mereka ini menyanjung nama tuhan atau menghina.

Beliau bertanya, “Adakah mereka ini beragama Islam untuk tujuan menyanjung Allah atau mereka bukan Muslim yang hanya tujuan untuk menunjukkan penghinaan kepada agama Islam.”

Tan Sri Musa berkata, jika Muslim, sudah tentu mereka tidak akan berbuat demikian kerana jelas Islam melarang penganutnya meletakkan tatu apatah lagi bertulis kalimah.

“Jika dilakukan oleh bukan Islam apa tujuannya lagi selain hanya untuk menghina agama Islam dan untuk menimbulkan provokasi terhadap umat Islam secara terang-terangan,” katanya.

Beliau berkata, jelas tindakan mereka ini menyalahi undang-undang iaitu menimbulkan keadaan benci terhadap agama Islam dan mengeruhkan hubungan antara kaum yang berlainan agama di dalam negara ini.

“Pihak berkuasa perlu mengambil tindakan tegas terhadap perbuatan biadap ini kerana menghina agama Islam. Jika tidak, timbul pula perkara lain seumpama itu tidak lama lagi,” katanya.

Ditanya mengenai kes Dr Zamihan contohnya, kenapa ada kes yang cepat diambil tindakan dan ada kes yang lambat diambil tindakan beliau menegaskan, dari sudut perundangan, kes terbahagi kepada kes-kes yang lazim ditangkap dan kes-kes yang tak lazim ditangkap.

Menurutnya, bagi yang lazim ditangkap penguat kuasa boleh bertindak bila kesalahan berlaku depan penglihatannya atau di atas laporan dibuat seseorang.

Manakala, bagi kes tak lazim ditangkap, tindakan boleh dilakukan dengan memohon waran tangkap dari mahkamah.

“Atas perkara itulah kadangkala dilihat ada tindakan yang cepat dan ada yang lambat di ambil tindakan,” katanya.

Persoalan mengenai orang kafir yang jahil itu sudah satu hal dan lebih menakutkan apabila terdapat ahli agama sendiri yang menyebarkan fahaman bertentangan dengan ajaran Islam termasuk menghina Nabi Muhammad SAW. Tan Sri Musa berkata, di dalam kes seumpama ini penguat kuasa perlu adil dalam menjalankan tindakan menguat kuasa undang-undang.

“Tiada siapa yang kebal dan semua tertakluk kepada undang-undang tanpa mengira pangkat ataupun darjat, warna kulit ataupun jawatan,” katanya

Sumber: https://www.menara.my/isu-tatu-kalimah-allah-pelaku-itu-perlu-ditangkap-dan-disiasat-tan-sri-musa-hassan/

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo