NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Dua Pegawai PPIM serah diri



Oleh Fazrik Kamarudin

KAJANG: Dua pegawai Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), Kajang, pagi ini bagi membantu siasatan kes pencerobohan premis sebuah syarikat pajak kereta, Julai lalu.


Pengarah Unit Tindakan Khas PPIM, Yusuf Azmi dan Ketua Operasi Unit Tindakan Khasnya, Ali Salimin, tiba kira-kira jam 8 pagi di IPD Kajang, ditemani peguam dan beberapa lagi aktivis PPIM.


Salah seorang wakil PPIM yang enggan dikenali, berkata Yusuf dan Ali menerima panggilan diarah menyerahkan diri, pada petang semalam.

"Mereka disiasat berkaitan kes pencerobohan premis sebuah syarikat pajak kereta Julai lalu," katanya ditemui di IPD Kajang, di sini, hari ini.

Difahamkan, Yusuf dan Ali akan dibawa ke Mahkamah Kajang untuk mendapatkan perintah tahanan reman.

Sementara itu, lebih 50 ahli PPIM dan orang ramai hadir di IPD Kajang bagi memberikan sokongan kepada Yusuf dan Ali.

Mereka berkumpul di kawasan parkir kereta berhampiran IPD Kajang seawal jam 7.30 pagi tadi.

Sebelum ini, PPIM menerima lebih 500 aduan mengenai penipuan syarikat pajakan kenderaan didalangi lelaki bergelar Datuk Seri.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo