NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

DAP puas hati ROS setuju pelantikan firma audit?




Oleh: Atirah Hasli
9 Oktober 2017

SHAH ALAM - DAP berpuas hati terhadap keputusan Ketua Pengarah ROS, Datuk Mohammad Razin Abdullah menerima pelantikan firma audit bebas, Grant Thornton, untuk pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC).

Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, Teresa Kok berkata, syarikat tersebut akan dijadikan Pegawai Pengurus Pemilihan bagi pemulihan semula CEC DAP.

"Kami menerima tanggungjawab yang diarahkan oleh beliau kepada Grant Thornton," katanya.

DAP pada masa sama turut berkongsi kandungan surat rasmi ROS berkaitan pelantikan Grant Thornton kepada pihak media dalam sidang media, hari ini.

Menurut kandungan surat tersebut, Grand Thornton perlu mengemas kini senarai CEC dan senarai perwakilan.

Grand Thornton juga perlu memastikan pemerhati tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan atau tempat di mana proses pengundian dijalankan.

Teresa dalam pada itu turut memaklumkan yang pihaknya telah menghantar senarai perwakilan DAP seramai 2,576 kepada RoS beberapa bulan lepas.

"Kami juga menghantar senarai perwakilan yang telah meninggal dunia, keluar parti dan bankrap kepada pihak ROS," katanya.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo