Bukan lagi Anggota kabinet, Syed hamid lega?



Walaupun telah bersara daripada politik pada 2009, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata beliau masih digesa supaya menjadi menteri supaya dapat terus menyumbang terhadap negara ini.

“Ramai orang fikir saya patut terus berada dalam kabinet tetapi saya lega tidak lagi berada di situ.

“Lihatlah dunia hari ini... saya tidak fikir boleh tanganinya,” bekas anggota majlis Tertinggi Umno itu dipetik sebagai berkata.

Syed Hamid, 73, antaranya dilapor membangkitkan fenomena berita tular yang cepat mempengaruhi minda orang ramai.

Perkara itu menjadi cabaran utama tidak kira di pihak kerajaan atau pembangkang, katanya ketika berucap berkaitan legasi 60 tahun Malaysia di Wisma Bernama di ibu negara baru-baru ini.

Syed Hamid berkhidmat dalam kabinet hampir 30 tahun bawah pentadbiran tiga perdana menteri. Sepanjang tempoh itu beliau memegang pelbagai jawatan.

Beliau juga menjadi pengerusi Suruhanjaya Pencegahan Awam Darat (SPAD) daripada 2010 hingga Jun lalu.
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget