Annuar Musa sengaja buat provokasi untuk keliru ahli PAS - Mohd Amar




PENGKALAN CHEPA: PAS menyifatkan Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa sengaja melakukan provokasi dan menyebarkan propagandanya untuk memecahkan PAS dengan mendakwa akan wujud kerjasama politik antara PAS dan juga UMNO.

Naib presidennya, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata kenyataan Annuar berhubung kerjasama politik dengan PAS dilihat taktik untuk mengelirukan ahli PAS supaya penyokong PAS tidak keluar mengundi pada pilihanraya umum ke-14 akan datang.

“Annuar Musa cuba merosakkan PAS… Dia timbulkan keraguan supaya orang PAS fikir ada perbincangan dengan UMNO dan mereka akan rasa cuak dan tidak akan mengundi.

“Itu strategi dia, tapi tidak berjaya sebab Mustapa buat kenyataan jelas tidak ada kerjasama dengan PAS,” kata Mohd Amar.

Bercakap kepada pemberita selePAS ceramah “27 Tahun Membangun Bersama Islam” di sini malam tadi, Mohd Amar mendakwa taktik yang digunakan oleh Annuar tidak menjadi kerana Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed menjelaskan tiada sebarang perbincangan dan kerjasama politik di antara PAS dan UMNO.

Baru-baru ini, Annuar Musa memaklumkan akan ada lebih banyak kerjasama dengan PAS selePAS ini melibatkan pelbagai perkara dengan meletakkan asas agama sebagai kepentingan.

Katanya, sebagai umat sesama Islam mendokong perjuangan Islam, PAS tidak pernah menolak sebarang kerjasama dengan UMNO sebaliknya ramai terkeliru dengan istilah kerjasama dengan PAS itu.

Katanya, kerjasama yang dimaksudkan ialah berkonsepkan “Ta’wanun” bukannya bergabung, di mana konsep berkenaan tidak boleh ditolak oleh PAS kerana mereka sebuah parti yang memperjuangkan Islam.

Pada masa sama, Mustapa turut menjelaskan, UMNO dan PAS tidak pernah berbincang untuk mewujudkan pakatan atau kerjasama politik.

Sementara itu, manifesto PAS pusat untuk pilihan raya umum ke-14 nanti akan turut menyenaraikan pelan pembangunan menyeluruh memerintah Malaysia.

Pelan tersebut sebagai tawaran dalam manifesto PAS akan datang bagi membuktikan PAS mampu memerintah Malaysia dan akan bertanding lebih daripada 130 kerusi Parlimen pada pilihan raya umum akan datang bersama parti dalam gagasan sejahtera.--AstroAwani
Labels:
Reactions:
[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget