NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pertandingan video pendek 27 Tahun Membangun Bersama Islam

Tarikh tutup: 15 November 2017 (sebelum 5 petang) 

Penyertaan terbuka kepada warganegara Malaysia:individu atau kumpulan.  

Penyertaan boleh dibuat dalam sebarang genre. 

Peserta boleh hantar lebih dari satu penyertaan. 

Tan Sri Ali Hashim, Mantan CEO J Corp. telah kembali ke Rahmatullah



Innalillahiwainailakhirojiun.

Pemimpin Islam yang kita semua sanjungi, Tan Sri Muhammad Ali Hashim telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi.

Marilah kita bersama sama berdoa pada Allah agar beliau ditempatkan di kalangan kekasih-kekasih Allah. Amin.

Solat jenazah di Masjid AtTaqwa, TTDI.

Pengkebumian selepas Isya', Taman Perkuburan Islam Bukit Kiara.

=====================

"Jangan jadi orang Melayu yang berjiwa kecil", pesan Tan Sri Muhammad Ali Hashim.

Masih lagi terngiang-giang pesan beliau di telinga saya.

#dpim
#tansriali
#hadamlah
.

PAS: Siapa pula sumbermu, Ambiga?

“Dia patut minta maaf sebagai peguam yang perjuangkan integriti, yang perjuangkan soal kebenaran, yang perjuangkan pilihan raya bersih, dia patut minta maaf.

PAS menuntut Datuk S Ambiga memohon maaf susulan dakwaan bekas presiden Majlis Peguam itu membekalkan maklumat salah berkaitan dana diterima PAS kepada Sarawak Report.

“Dia patut minta maaf sebagai peguam yang perjuangkan integriti, yang perjuangkan soal kebenaran, yang perjuangkan pilihan raya bersih, dia patut minta maaf.

“Jadi tak betul (kalau diam),” kata Naib Presiden PAS Idris Ahmad (bawah).

Semalam editor laman pembocor maklumat itu Rewcastle-Brown menamakan Ambiga sebagai sebahagian daripada pembelaannya dalam saman oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Rewcastle-Brown mendakwa, beliau telah bercakap dengan Ambiga pada Julai 2016 berhubung perkara berkaitan 1MDB, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan PAS.

Berdasarkan dokumen mahkamah yang dilihat Malaysiakini, Ambiga didakwa memberitahu Rewcastle-Brown tentang hubungan Najib dengan PAS, termasuk dakwaan persetujuan kewangan antara kedua-dua pihak dan motif di sebaliknya.

Bercakap kepada pemberita di parlimen hari ini, Idris mempertikaikan etika laporan Sarawak Report yang mudah memetik sesuatu sumber tanpa menyelidik sendiri dakwaan berkaitan.

“Sepatutnya (dakwaan berkaitan) sumber kewangan ini mereka kena kesan melalui transaksi kewangan, wang masuk macam mana,” katanya.

Beliau juga membangkitkan persoalan kenapa laman itu sebelum ini boleh menjejak maklumat berkaitan kemasukan derma RM2.6 bilion ke akaun peribadi Najib tetapi tidak berbuat demikian dalam isu berkaitan PAS.

'Ambiga mesti jawab'


Sementara itu Ketua Penerangan PAS Nasruddin Hassan turut mendesak Ambiga memberi maklum balas dengan segera mengenai kenyataan Rewcastle-Brown itu kerana ia telah merosakkan imej parti Islam itu.

“Ambiga kena respon, dalam penyata Clare, sumbernya adalah Ambiga sahaja dari dengar cakap sedangkan sebelum ini PAS telah dizalimi dengan fitnah begitu besar, ia merosakkan imej PAS.

“Ambiga sebagai peguam kena respon segera, di mana sumber Ambiga, adakah ia suatu andaian ataupun ada sumber yang tepat,” katanya.


Bajet 2018, Terbesar Dalam Sejarah – Syahir Sulaiman

Bajet 2018 sarat dengan peruntukan yang sangat besar.Sejumlah RM280 bilion diperuntukkan untuk kerajaan berbelanja pada tahun hadapan, meningkat 7% berbanding RM260 bilion bagi tahun 2017.Daripada jumlah tersebut, RM234 bilion akan dibelanjakan untuk tujuan mengurus, iaitu bagi membayar gaji penjawat awam, pencen kepada pesara, bayaran khidmat hutang, perbekalan dan subsidi kepada rakyat.Manakala untuk tujuan pembangunan, sejumlah RM46 bilion akan dibelanjakan ke dalam sektor utama negara, iaitu bidang ekonomi, sosial, keselamatan dan pentadbiran.Untuk menampung perbelanjaan yang besar ini, kerajaan mengunjurkan kutipan hasil berjumlah RM240 bilion pada tahun 2018, disumbangkan oleh pungutan cukai langsung dan tidak langsung.Natijahnya, kerajaan dijangka akan menanggung defisit mencecah RM40 bilion, atau 2.8% kepada KDNK. - Syahir Sulaiman
“Sesungguhnya Tuhanmu lah yang meluaskan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Dia juga yang menyempitkannya; Sesungguhnya Dia Maha Mendalam pengetahuanNya, lagi Maha Melihat akan hamba-hambaNya.” (Al-Isra’: 30)

Seperti dijangka, Bajet 2018 sarat dengan peruntukan yang sangat besar.

Sejumlah RM280 bilion diperuntukkan untuk kerajaan berbelanja pada tahun hadapan, meningkat 7% berbanding RM260 bilion bagi tahun 2017.

Daripada jumlah tersebut, RM234 bilion akan dibelanjakan untuk tujuan mengurus, iaitu bagi membayar gaji penjawat awam, pencen kepada pesara, bayaran khidmat hutang, perbekalan dan subsidi kepada rakyat.

Manakala untuk tujuan pembangunan, sejumlah RM46 bilion akan dibelanjakan ke dalam sektor utama negara, iaitu bidang ekonomi, sosial, keselamatan dan pentadbiran.

Untuk menampung perbelanjaan yang besar ini, kerajaan mengunjurkan kutipan hasil berjumlah RM240 bilion pada tahun 2018, disumbangkan oleh pungutan cukai langsung dan tidak langsung.

Natijahnya, kerajaan dijangka akan menanggung defisit mencecah RM40 bilion, atau 2.8% kepada KDNK.

Di sebalik angka besar yang dimuatkan di dalam Bajet 2018, terdapat beberapa aspek makro ekonomi yang perlu diberikan perhatian.

Pertama, bajet RM280 bilion ini merupakan rekod tertinggi perbelanjaan kerajaan sejak 60 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan. 

Ini menunjukkan bahawa saiz kerajaan adalah semakin besar, dan kekal sebagai peneraju utama pertumbuhan ekonomi negara pada nisbah 20% daripada KDNK, berbanding peranan pihak swasta dan pengguna dalam memacu pertumbuhan.

Kedua, kecenderungan kerajaan untuk berbelanja besar bagi tujuan mengurus, iaitu 83% daripada keseluruhan bajet, menunjukkan kegagalan kerajaan untuk berjimat-cermat dan mengawal perbelanjaan. 

Lebih membimbangkan, perbelanjaan pembangunan dikurangkan kepada 17% daripada keseluruhan bajet, jauh di bawah nisbah optima 30% yang disarankan kebanyakan pakar ekonomi. Ini menunjukkan kerajaan lebih mengutamakan kehendak untuk berbelanja sekarang, berbanding menyimpan dan melabur bagi memenuhi keperluan di masa hadapan.

Ketiga, hasil cukai yang mewakili 80% daripada jumlah hasil mencecah RM191 bilion, kekal sebagai penyumbang utama pendapatan kerajaan. 

Ini disumbangkan oleh peningkatan kutipan daripada cukai pendapatan syarikat, individu dan petroleum mencecah RM127 billion, di samping kutipan cukai tidak langsung seperti GST mencecah RM43 bilion dan pelbagai cukai yang lain.

Keempat, kegagalan kerajaan untuk berjimat-cermat dibuktikan apabila jumlah perbelanjaan mengurus sudah menghampiri jumlah hasil kerajaan, iaitu 97% atau RM234 bilion berbanding RM240 billion. 

Ini bermakna, setiap hasil yang dipungut kerajaan hanya cukup untuk menampung kos pengurusan kerajaan, dan jika situasi ini berterusan, tidak mustahil kerajaan terpaksa meminjam untuk menampungnya.

Kelima, bajet defisit pada tahun 2018 adalah rekod kegagalan kerajaan untuk mempunyai lebihan dan simpanan selama 20 tahun sejak 1998. 

Tidak dinafikan bajet defisit adalah sebahagian daripada instrumen polisi untuk merangsang ekonomi negara. Namun defisit yang berterusan ini pastinya menuntut kepada etika kewangan dan disiplin fiskal yang lebih tinggi di pihak kerajaan.

- Syahir Sulaiman, Pengarah Strategi DPPM
- 30 Oktober 2017

Sekolah Jenis Kebangsaan/Mubaligh RM150 Juta, Sekolah Agama RM50 Juta


Kuala Lumpur: Sebanyak RM150 juta diperuntukkan untuk sekolah-sekolah mubaligh dan vernakular berbanding hanya RM50 juta untuk kesemua Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK), menurut YAB Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak. 

Dana bantuan sebanyak RM150 juta yang diumumkan oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan di pembentangan bajet 2018 itu adalah untuk Tabung Khas Penambahbaikan dan Penyelenggaraan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) dan Sekolah-Sekolah Mubaligh. 

Melalui sumbangan ini, Sekolah Jenis Kebangsaan dan Sekolah Mubaligh dijangka akan dapat meningkatkan kualiti dan prestasi, seterusnya lebih berdaya saing dengan memastikan infrastruktur serta kemudahan di sekolah-sekolah ini berada pada tahap optimum. 

Walaupun mendapat bantuan yang banyak dari kerajaan, persendirian dan organisasi lain, hanya satu Sekolah Jenis Kebangsaan yang tersenarai sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi di Selangor. 

Menurut senarai yang diterbitkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, hanya satu Sekolah Jenis Kebangsaan yang tersenarai sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi di negeri tersebut. Selain daripada itu, hampir seribu Sekolah Jenis Kebangsaan di seluruh negara mempunyai kurang daripada 150 orang pelajar. 

Menurut satu laporan yang diterbitkan oleh Berita Harian baru-baru ini, sebanyak 938 Sekolah Jenis Kebangsaan merupakan Sekolah Kurang Murid (SKM) atau mempunyai kurang daripada 150 orang pelajar. 

PERKASA kelmarin menyelar tindakan kerajaan meluluskan pembinaan 10 lagi sekolah vernakular Cina baharu kerana dana tersebut dikatakan boleh digunakan untuk penambahbaikan infrastruktur sekolah-sekolah kebangsaan.--MENARA.MY

ADUN Tanjung Bungah mahu tinggalkan DAP



PULAU PINANG – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu memberi gambaran meninggalkan parti DAP selepas kecewa dengan tragedi tanah runtuh yang mengorbankan 11 nyawa di kawasan yang diwakilinya.

Yee Cheu yang menyertai DAP pada 1999 berkata, beliau kini tidak sealiran dengan Kerajaan DAP Pulau Pinang khususnya dari sudut kelulusan pembangunan di lereng bukit.

Dalam masa sama, beliau menegaskan, kepimpinan parti DAP dan kerajaan negeri juga mengetahui mengenai kekecewaannya itu serta hasratnya untuk keluar daripada parti.

“Mungkin sudah tiba masanya untuk saya berbuat demikian dan pada Jun lalu pun saya sudah menyatakan hasrat untuk meninggalkan parti,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Yee Cheu sebelum ini melahirkan rasa kecewa dengan targedi tanah runtuh di tapak projek di Tanjung Bungah selepas mendakwa beliau serta penduduk di kawasan tersebut beberapa kali membantah projek berkenaan namun tidak dipedulikan Kerajaan DAP Pulau Pinang.

Malah, Yee Cheu sebelum ini juga sering dilabel pemberontak kerana sering mengkritik kerajaan negeri dan kepimpinan DAP termasuk beberapa kali mengusulkan supaya jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang dihadkan kepada hanya dua penggal dalam sidang DUN.

Dalam pada itu, ditanya sama ada beliau akan terus aktif dalam berpolitik, Yee Cheu tidak menolak kemungkinan tersebut namun menegaskan tidak akan menyertai mana-mana parti komponen dalam Pakatan Harapan.

Bagaimanapun, jelas beliau, perkara itu masih terlalu awal untuk difikirkan selain mahu terus berkhidmat kepada rakyat sehingga menjelang pilihan raya umum akan datang.

“Buat masa ini, saya tetap akan berkhidmat sebagai wakil rakyat DAP dan ini perkara utama yang akan saya dahulukan sebab ini juga adalah amanah yang diberikan pengundi di kawasan saya dalam pilihan raya umum lalu,” katanya.--malaysiagazette.com

Media sosial akan diguna secara meluas pada PRU14 - penganalisis politik



SINTOK: Media sosial akan digunakan secara meluas dan sepenuhnya oleh semua parti yang bertanding dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Penggunaan media sosial memberi manfaat kepada setiap parti politik yang bertanding kerana mereka akan menggunakan medium media baharu seperti WhatsApp, Twitter, Facebook Live, Instagram, Bigo Live dan pelbagai aplikasi lain bagi menyiarkan kandungan politik berkaitan isu semasa.

Langkah itu dipercayai mampu mempengaruhi pandangan pengundi terutama di kawasan bandar dan sebahagian kecil kawasan di luar bandar berikutan akses kepada telefon pintar yang semakin meluas.

Ia susulan kuasa dominan media sosial dalam memberi informasi terutama isu pergolakan, kepincangan dan perbahasan politik hingga ke akar umbi.

Kupasan itu dibuat Prof Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani dan Dr Ummu Atiyah Ahmad Zakuan selaku editor buku berjudul "Democracy At Work in Malaysia" pada program Resensi Buku yang diadakan di Varsity Mall, Universiti Utara Malaysia, di sini, pada Ahad.--AstroAwani

'Ustaz Bollywood', Ismail Menk dilarang masuk Singapura



SINGAPURA: Kementerian Dalam Negeri Singapura (MHA) tidak akan membenarkan Ustaz Haslin Baharim untuk memasuki republik ini.

Seorang lagi yang tidak dibenarkan ialah Ismail Menk.

Keputusan itu dibuat hasil rundingan dengan Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS), Lembaga Pelancongan Singapura dan Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan Singapura.

Dalam kenyataan di laman Webnya, MHA berkata telah datang ke pengetahuan kerajaan, mereka terlibat berceramah di atas kapal kruis yang berlepas dan berakhir di Singapura dari 25 hingga 29 Nov lalu.

Ismail Menk dan Haslin sebelum ini ditolak permohonan Pas Kerja Pelbagai mereka bagi berceramah di Singapura, katanya.

Menurut kementerian itu, Ismail Menk diketahui berceramah ajaran yang memisah dan memecah belah.

"Sebagai contoh, beliau berceramah bahawa adalah menjadi dosa besar dan jenayah bagi seorang Muslim untuk mengucapkan kepada bukan Islam Selamat Hari Krismas dan Selamat Deepavali, yang secara ringkas orang Islam tidak dibenarkan mengucapkan perasaan gembira semasa perayaan agama orang bukan Islam," katanya.

Haslin pula telah melahirkan pandangan yang menggalakkan ketidak harmonian antara orang Islam dan bukan Islam yang beliau sifatkan sebagai 'menyeleweng'.

Pandangan memecah belah seperti itu menyemai amalan tidak bertolenrasi dan eksklusif yang boleh merosakkan keharmonian dan menyebabkan masyarakat berpecah, kata kementerian tersebut.

MFA berkata kedua-duanya tidak boleh diterima dalam konteks masyarakat berbagai bangsa dan agama Singapura.-- BERNAMA

PRU14: PAS dijangka menang 35 kerusi - TS Rashid



Menarik juga bila memikirkan ramalan bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman, mengenai keputusan Pilihan Raya Umum Ke-14 yang bakal menjelang. Kata beliau dua tahun lalu, kedua-dua Barisan Nasional dan Pakatan Harapan akan gagal membentuk kerajaan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 dan PAS, yang dijangka memenangi 35 kerusi Parlimen, akan menjadi king-maker yang bakal menentukan siapakah di antara Barisan Nasional dan Pakatan Harapan yang akan membentuk kerajaan.

Kita lihat saja apakah ramalan Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman, yang kemudiannya menjadi Naib Presiden PPBM, satu komponen Pakatan Harapan, akan menjadi kenyataan.

Transkripsi ucapan Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman di Pusat Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia, Kedah, pada 18 November 2015: “You see, kalau proportional system dah terbang dah government ni, because they got only 48%, the votes, opposition got 52%, baru ni (Pilihan Raya Umum Ke-13) lah. And current election, saya punya prediction, they (Barisan Nasional) are going to get 38% of popular votes. 

Kalau proportional system dipakai, the coming election, saya punya kira-kiralah, ni saya punya sendirilah ni, tak semestinya betul tapi biasanya betul kira-kira saya, 38% Barisan Nasional will get. 

There will be a hung government in the coming election, tak dak siapa boleh tubuh kerajaan. Ingat apa yang saya kata, you orang muda semua, saya mungkin dah mati, tak tahulah, tapi tak semestinya orang tua mati dulu, orang muda mati dulu pun ada. 

So there will be a hung government. There will be one party yang akan jadi, apa dia, king-maker. You watch what I said: There will be one party that will be the king-maker. Kalau you nak tanya siapa, parti mana, sebab tu kalau katakan nak masuk parti masuk parti tu lah, dia king-maker. Dia tak jadi government parti ni, tapi king-maker means they are part of the government, parti PAS. Ingat apa saya kata tu ya, nanti pilihan raya nanti parti PAS jadi king-maker, they will decide siapa akan jadi kerajaan. Barisan Nasional tak akan jadi kerajaan atas kekuatan dia sendiri. Opposition ni, apa dia panggil, parti rakyat, Pakatan Rakyat, Harapan (AMANAH) is part of that lah, they split from PAS. Pakatan Rakyat ni PKR, DAP dan Harapan (AMANAH) lah, so they cannot form the government, because Harapan (AMANAH) cannot carry the flag like PAS. Harapan (AMANAH) jadi Harapan (AMANAH) saja lah, tinggal Harapan (AMANAH) saja lah, but they will get some seats. 

Saya nak lari sikit ya, orang muda-muda ni. The coming election, kita ada 142 seats in rural areas, Barisan Nasional dapat 87 sekarang, PAS (akan) dapat 30 lebih, all these in rural areas, 142 kerusi, rural area. Kemudian yang penting sekali yang menentukan siapa akan jadi kerajaan ialah marginal area. Tahu apa marginal area? Dari segi politik, racial, marginal maknanya sama banyak Melayu dan bukan Melayu, lebih kurang sama banyak, ada 55 kerusi yang jenis ini. Ini pinggir bandar, keliling bandar, Melayu ada 49% bukan Melayu ada 51%, something like that, or Melayu ada 51% bukan Melayu ada 49%, ini yang akan menentukan siapa jadi kerajaan, kalau dia boleh menguasai, tapi tak siapa akan boleh menguasai. 

Mungkin parti Harapan (AMANAH) sebab dia akan dapat replace PAS getting the Chinese votes. In these areas they may, if they are given seats in these areas, they will win, some seats lah, out of 55, ya. PAS will win a lot of seats. Saya predict PAS akan menang 35 kerusi.”

Makmal Politik
Fb  Dr Kamarul Yusoff

10 Sekolah Vernakular Cina, Pencabulan Terhadap Dasar Pendidikan Kebangsaan - PERKASA



Kuala Lumpur: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) membantah keputusan kerajaan yang meluluskan pembinaan sepuluh buah sekolah vernakular Cina. Hal ini adalah kerana tindakan ini dilihat sebagai satu kesinambungan kepada usaha pencabulan terhadap Dasar Pendidikan Kebangsaan yang menjadi penghalang kepada aspirasi nasional.

Menurut Timbalan Presiden dan merangkap Pengerusi Biro Pendidikan PERKASA Dato’ Sirajuddin Hj Salleh, keputusan kerajaan itu dilihat sebagai satu tamparan hebat kepada bangsa Melayu, bukan itu sahaja, keputusan tersebut juga sekaligus meruntuhkan asas dalam perpaduan dan kestabilan nasional.

“Dengan bertambahnya sekolah Cina, ia akan melebarkan lagi jurang perpaduan antara kaum di Malaysia yang sedia meruncing. Jurang yang paling ketara ialah aspek pendidikan. Melayu dengan sekolah kebangsaan, Cina dengan sekolah Cina dan begitu juga kaum India dengan sekolah Tamil. Sia-sia sahajalah pemimpin kita melaungkan 1 MALAYSIA. Cakap tidak dikotakan!” tegas beliau lagi.

Tambahnya lagi, dengan jumlah sekolah jenis Cina yang banyak, kerajaan terpaksa memperuntukkan satu belanja yang besar untuk membantu sekolah-sekolah itu beroperasi.

Peruntukan kewangan tersebut sepatutnya digunakan untuk membangunkan sekolah kebangsaan yang masih lagi serba kekurangan baik dari segi fizikal dan material terutama di kampung dan di kawasan luar bandar.

Ujarnya lagi, keselamatan negara melalui kestabilan politik, kestabilan ekonomi dan kestabilan sosial ditentukan oleh rakyat yang mempunyai semangat patriotik dan satu aspirasi Nasional, demi merealisasikan hasrat ini, pendidikan merupakan satu medium yang terbukti berkesan dan ia harus dimulakan di peringkat awal pendidikan.

“Justeru, kerajaan sepatutnya melaksanakan sekolah satu aliran daripada sekolah rendah hingga ke sekolah menengah sahaja demi mencapai perpaduan Nasional selaras dengan dasar pendidikan kebangsaan.”

Sumber: https://www.menara.my/10-sekolah-vernakular-cina-pencabulan-terhadap-dasar-pendidikan-kebangsaan-perkasa/

Dr M kena bertanggungjawab kes penahanan Operasi Lalang



KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kesilapannya 30 tahun lalu yang menyebabkan 106 orang hidup dalam penderitaan kerana ditahan tanpa bicara dalam Operasi Lalang.

Pengarah Eksekutif Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), Sevan Doraisamy mendakwa sebagai Perdana Menteri ketika itu, Dr Mahathir berkuasa penuh untuk mengarahkan penahanan individu terbabit mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960.

Katanya, desakan berkenaan disuarakan sendiri keluarga tahanan kepada SUARAM dan 76 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sempena ulang tahun ke-30 Operasi Lalang di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, di sini semalam.

"Antara yang membuat desakan adalah keluarga Pengarah SUARAM, Dr Kua Kia Soong. Pendirian kami adalah tegas, sama ada mahu atau tidak, Dr Mahathir perlu meminta maaf. Bukan susah pun meminta maaf dan mengaku kesalahan dilakukan," katanya ketika dihubungi, semalam.

Sevan diminta mengulas kenyataan media dikeluarkan SUARAM bersama 76 NGO semalam, berhubung tuntutan agar Dr Mahathir meminta maaf kepada keluarga mangsa Operasi Lalang.

Desakan NGO menerusi kenyataan media

Desakan NGO menyokong pakatan pembangkang itu dikeluarkan menerusi kenyataan media sempena pameran awam bagi memperingati ulang tahun ke-30 Operasi Lalang, semalam.

Operasi Lalang pada 27 Oktober 1987 membabitkan penahanan 106 orang sebahagian besar ahli politik pembangkang dan beberapa ahli politik dari UMNO dan MCA, manakala permit penerbitan akhbar The Star, Sin Chew Jit Poh dan Watandibatalkan.

Dr Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PBBM) adalah pengerusi pakatan pembangkang dianggotai PPBM, PKR, DAP dan Parti Amanah Negara.

Selain SUARAM, tiga NGO memulakan insiatif membuat kenyataan media iaitu Jawatankuasa Hak Sivil Dewan Perhimpunan Selangor dan Kuala (KLSCAH), Pemuda KLSCAH, dan Badan Amanah Teoh Beng Hock bagi Demokrasi.

Serah kepada Dr M mohon maaf

Dalam pada itu, bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar menyerahkan kepada Dr Mahathir, sama ada memohon maaf atau sebaliknya berhubung penahanan 106 orang tanpa bicara semasa Operasi Lalang 30 tahun lalu.

Beliau yang menjadi Ketua Polis Negara ketika itu berkata, penahanan selama 30 hari mengikut ISA adalah untuk membantu siasatan polis dan menjaga keselamatan negara.

"Terserah kepada Dr Mahathir, sama ada memohon maaf atau sebaliknya. Bagaimanapun, saya tak nampak keperluan beliau berbuat demikian," katanya ketika dihubungi BH, semalam.

Mengenai, desakan kumpulan itu agar siasatan lengkap dibuat berhubung dakwaan tahanan berkenaan diseksa, Hanif enggan mengulas lanjut.

"Saya tak mau komen apa-apa mengenainya," katanya.

Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2017/10/344028/dr-m-kena-bertanggungjawab-kes-penahanan-operasi-lalang

Vendor Wanted!!!



http://www.kalashop.my/index.php?

⚠VENDOR WANTED!!
⚠VENDOR WANTED!!
⚠VENDOR WANTED!!

KalaShop, adalah satu portal membeli belah yang dibangunkan oleh Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan. Portal ini untuk mengumpul dan memasarkan produk pengusaha Kelantan secara ONLINE. Selain itu, portal ini memudahkan mereka yg berada di luar Kelantan mencari produk secara Pilih, Bayar dan Terima. Layari http://kalashop.my utk memilih produk kegemaran anda!

✅ Kami memerlukan lebih ramai VENDOR!
✅ Terbuka untuk semua produk (Produk Kelantan diutamakan)
✅ Kami iklankan produk anda
✅ Kami jual produk anda

‼CEPAT‼CEPAT‼CEPAT‼SLOT ADALAH TERHAD‼‼

šŸ“ž09-7414371
šŸ›’ www.kalashop.my
šŸ¬ICT Incubator Centre Sdn Bhd,L3.07 Pusat Transformasi Bandar (UTC),Lot 378 Seksyen 16, Jalan Hamzah,15050 Kota Bharu,Kelantan

Pemberontakan Besar Bangsa Arab (ke atas Kerajaan Turki Uthmaniyyah)



Bulan ini dalam sejarah :

Pemberontakan Besar Bangsa Arab (ke atas Kerajaan Turki Uthmaniyyah)

Lagi 8 tahun (2024), maka genaplah satu abad umat Islam hidup tanpa naungan khalifah.

Keadaan ini berpunca daripada peristiwa yang berlaku 100 tahun yang lalu: peristiwa Al-Thawra Al-Arabiyya Al-Kubra atau dalam Bahasa Inggeris “The Great Arab Revolt”.

Oktober 2016 ialah masa yang paling sesuai untuk memperingati peristiwa ini.

Sekitar Oktober 1916, Kapten T. E. Lawrence atau “Lawrence of Arabia” tiba di Madinah dan bertemu dengan Amir Faisal, putera sulung kepada Sharif Hussein, pemerintah Haramain (“Penjaga Dua Kota Suci” lantikan Khalifah) yang berketurunan Banu Hashim. Misi Lawrence sebagai wakil Empayar Britain adalah untuk merancang strategi bersama keluarga Sharif untuk menyerang kubu Madinah yang dipertahankan oleh Fakhri Pasha, seorang jeneral Khilafah Turki Uthmaniyyah (“Ottoman”) yang handal. Kehadiran Lawrence menyusuli persetujuan Sharif Hussein dan Henry McMahon, Pesuruhjaya Tinggi Britain di Mesir, untuk bersama-sama menentang Khilafah Uthmaniyyah.

Ketika itu Perang Dunia Pertama (WW1) telah berlangsung dua tahun lebih di antara Pakatan Britain-Perancis-Russia dan Pakatan Jerman-Austria. Kerajaan Khilafah Turki Uthmaniyyah yang ketika itu dikuasai oleh “Tiga Pasha” (Talaat Pasha, Enver Pasha, Djemal Pasha) telah menyertai pakatan Jerman, walaupun tidak dipersetujui oleh Khalifah Mahmud V (Mehmed V). Keluarga Sharif yang telah lama tidak berpuas hati dengan pemerintahan Turki, membuat keputusan untuk berpakat dengan Britain demi membebaskan bangsa Arab daripada pemerintahan Turki (sebenarnya, tak ramai pun Arab yang sokong keluarga Sharif). Britain telah memberi janji yang lumayan bahawa Britain akan menyokong Sharif untuk menjadi khalifah kepada dunia Arab.

Namun, apa yang tidak diketahui oleh Sharif ialah perjanjian rahsia di antara Britain dan Perancis yang bernama Perjanjian Sykes-Picot. Al-maklum lah waktu itu tiada WikiLeaks. Menurut perjanjian tersebut, wilayah Uthmaniyah selepas perang akan dibahagikan di antara Britain dan Perancis. Setahun kemudian (1917), Britain juga mengadakan Perjanjian Balfour dengan keluarga Rothschild, penaja gerakan Zionisme bahawa Britain akan mewujudkan sebuah negara Yahudi (“Jewish national home”) di Palestin.

Selepas tamatnya WW1, wilayah Turki Uthmaniyyah dibelah bahagi menurut Perjanjian Sykes-Picot. Perancis mendapat Syria dan Lebanon; Britain mendapat Palestin, Jordan dan Iraq. Britain tidak mengotakan janji McMahon terhadap Sharif. Malah, Britain memberi bantuan senjata kepada musuh Banu Hashim iaitu Bani As-Saud untuk memerangi Sharif. Belum sempat lagi Sharif menubuhkan khilafah, keluarga As-Saud telah pun menawan Makkah dan Madinah pada tahun 1924 dan keluarga Sharif terpaksa meninggalkan Haramain. Keluarga As-Saud menubuhkan kerajaan yang bernama Arab Saudi.

Manakala di Turki, para pemenang WW1 (Britain, Itali, Greece) cuba menguasai Turki. Mustafa Kemal telah bangkit menentang penceroboh-penceroboh asing. Mustafa Kemal menubuhkan Republik Turki dan dihormati sebagai Ataturk (“Bapa Bangsa Turki”). Pada 3 Mac 1924, Khilafah dimansuhkan. Khalifah ke-101, Sultan Abdul Majid II (Abdulmecid II) dibuang negeri. Apa yang berlaku di Turki selepas itu, semua dah sedia maklum.

Tentu ada pengajaran (ibrah) di sebalik sejarah. Kedua-dua Turki Uthmaniyyah dan keluarga Sharif, dan umat Islam secara keseluruhan ialah “mangsa geopolitik” yang kena “game” dengan percaturan kuasa-kuasa besar dunia. Britain sebenarnya hanya menganggap keluarga Sharif sebagai satu anak catur untuk menjatuhkan Uthmaniyyah dan membolehkan Britain menguasai Mashriq (kawasan di antara Laut Mediterranean dan Sungai Euphrates) yang strategik.

Begitu juga dengan Jerman. Bukannya Jerman nak buat pakatan dengan Turki sebab pro-Islam. Sebab-sebabnya hanya: kerana ada musuh yang sama dengan Turki iaitu Russia; dan kerana nak cari titik “pivot” di Teluk Parsi untuk melancarkan kuasa (“projecting power”) ke Lautan Hindi yang dikuasai Britain. Begitu juga dengan Hitler semasa Perang Dunia Kedua. Bukannya Hitler anti Yahudi sebab dia sokong perjuangan Palestin, tapi Hitler hanya menggunakan anti-Semitisme untuk mencari sokongan di kalangan negara-negara Arab.

Sudahkah kita mengambil pengajaran?

Dalam gambar: Amir Faisal ibn Hussein menghadiri Persidangan Keamanan Paris (Paris Peace Conference) di mana pemenang-pemenang WW1 mengadakan rundingan. Lelaki ke-3 dari kanan (sebelah bahu kiri Faisal) ialah T. E. Lawrence. Lawrence agak bersimpati dengan keluarga Sharif dan telah mendapatkan hak memerintah Jordan dan Iraq untuk keluarga Sharif. Pemerintahan keluarga Faisal di Iraq digulingkan dalam kudeta berdarah pada tahun 1958, manakala keturunan Amir Abdullah, putera kedua Sharif masih memerintah Jordan sehingga pada hari ini.

Sumber:
Firas Alkhateeb (2014), Lost Islamic History: Reclaiming Muslim Civilisation from the Past
Eugene Rogan (2015), The Fall of the Ottomans: the Great War in the Middle East, 1914-1920
Ian Rutledge (2015), Enemy on the Euphrates: the British Occupation of Iraq and the Great Arab Revolt, 1914-1921

Oleh : Ayman Rashdan Wong

4 Aktiviti Hujung Minggu Yang Menarik



Bosan duduk seharian di rumah pada hujung minggu? Anak-anak juga bising kerana tiada apa yang boleh dilakukan? . Sambil boleh mengeratkan hubungan kekeluargaan, anak-anak juga akan rasa disayangi kerana ibu-bapa mengambil berat akan hal mereka. 

Kesibukan dan kesuntukan masa kerana seharian bekerja dari Isnin hingga Jumaat tentunya meminta badan ‘direhatkan’ seketika. Lebih-lebih lagi jika tinggal di negeri maju seperti Selangor dan bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Putrajaya, Petaling Jaya, Shah Alam, Pulau Pinang dan Johor Bahru.

Namun, tatkala anda ingin ‘berehat’, anak inginkan perhatian. Ada yang mahu beriadah bersama. Ada yang ajak berkelah. Ada yang suakan buku untuk kita baca padanya. Anak umur 1, 2 dan 3 yang tidak tahu apa-apa juga mahukan perhatian dari ibu-bapa mereka. Suami pula perlu beri perhatian pada isteri.

Jom kita lihat apa aktiviti yang boleh dilakukan di rumah bersama anak-anak tanpa mengeluarkan sesen pun dari poket anda. Banyak faedahnya!



1. Mengemas tempat atau bilik tidur

Bersihkan “sarang” anda. Hindarkan dari segala kotoran sama ada dibantal, cadar atau apa sahaja yang berkaitan tempat tidur. Kajian menunjukkan tidur lebih selesa, nyenyak dan berkualiti sekiranya bilik anda lebih kemas dan bersih.

Lapkan tingkap, sapu lantai atau menyedut habuk dan debu menggunakan penyedut hampagas. Ajar anak lakukan perkara yang sama. Percayalah, mereka akan terlebih ‘excited’ bila diberikan kebenaran untuk bermain dengan ‘vacuum cleaner’.




2. Mengemas dapur rumah

Pastikan dapur anda bersih dan jauh dari sebarang serangga terutamanya semut! Semut akan mengundang lebih banyak lagi kehidupan lain seperti cicak yang akan mengotorkan lagi persekitaran rumah. Ingat, najis cicak tidak akan terhad di dapur sahaja!.

Anak-anak pantang jika diberikan peluang mencuci pinggan. Lagaknya bagai orang dewasa. Riak muka mereka pasti menggeletek hati kita.



3. Cuci kenderaan anda

Bak kata pepatah, “Sambil menyelam, minum air”. Mencuci kenderaan sama ada kereta, motorsikal mahupun basikal kesayangan mampu mengisi kekosongan aktiviti dirumah. Anak-anak akan mengambil kesempatan untuk bermain air di hadapan rumah.

Percayalah, mencuci sendiri kenderaan anda lebih baik dari menghantar ke pusat cuci kenderaan. Mencuci sendiri adalah lebih bersih, kerana dilakukan dengan penuh “kasih sayang”! Badan juga semakin sihat kerana aktiviti fizikal dilakukan dengan sepenuh hati.



4. Berkebun

Jika tinggal di apartment atau rumah pangsa, sukar untuk merealisasikan aktiviti berkebun. Namun itu bukan alasan. Bukankah boleh tanam di dalam pasu? Sekiranya anda tinggal di kawasan apartment anda boleh berkebun dengan menggunakan pasu- pasu kecil atau pun teknik hidroponik.

Sekiranya anda mempunyai tanah di halaman rumah yang tidak digunakan, maka gunakanlah ia sebagai salah satu aktiviti anda. Gemburkan tanah, kemudian tanamlah pokok yang anda suka. Persekitaran rumah akan lebih sejuk dan redup sekiranya banyak pokok yang ditanam dan diselenggara dengan baik. Asalkan bukan lalang!

Aksi anak yang bermain dengan tanah tentu membuat hati kita tenang. Biar baju kotor asalkan kita melihat mereka gembira.

Sumber: https://siraplimau.com/5-aktiviti-menarik-bersama-anak-cuti-hujung-minggu/

DAP Mahu Hapus Agensi Islam Persekutuan? – Dr Kamarul


Sintok, Kedah - Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) terus membuat dakwaan bahawa Malaysia adalah sebuah negara sekular. Entiti-entiti politik ini seolah-olah sedang giat berusaha untuk memansuhkan agensi-agensi Islam pada peringkat Persekutuan walaupun telah ditegaskan beberapa kali oleh Perdana Menteri Malaysia Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak, bahawa Malaysia adalah negara Islam.

Kritikan tegas ini dikeluarkan oleh Pengarah Institut Kajian Analisis Politik Malaysia (MAPAN), Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff.

Selain daripada itu Dr Kamarul Zaman Yusoff turut menegaskan persoalan-persoalan yang dibangkitkan oleh Ahli-Ahli Parlimen DAP berkenaan kewujudan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). 

“Sudahlah begitu, di sebalik pelbagai kenyataan DAP, dan PKR, yang menegaskan bahawa Malaysia adalah negara sekular, Perdana Menteri juga menyatakan dengan jelas dalam ucapan beliau semalam, pada perenggan 222, bahawa Malaysia adalah “negara Islam (yang progresif dan dinamik)”. 

“Menurut kenyataan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari kepada Malay Mail Online, Ahli Parlimen itu mempersoalkan kewujudan JAKIM dan membuat dakwaan bahawa kewujudan JAKIM bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan kerana negara tidak sepatutnya mencampuri urusan agama,” tegas Dr Kamarul Zaman lagi. 

Menurut Dr Kamarul Zaman lagi, laporan Malay Mail online yang memuatkan kenyataan Zairil Khir Johari juga dikongsi oleh Lim Kit Siang sebagai tanda persetujuan ke atas kenyataan itu. “DAP boleh dilihat menggunakan Ahli Parlimen beragama Islam untuk mengetengahkan agenda anti-Islamnya dan ini disokong oleh kepimpinan tertinggi parti,” kata Dr Kamarul Zaman lagi. 

Kenyataan Zairil Khir Johari ini bukanlah kenyataan pertama yang dikeluarkan oleh Ahli Parlimen DAP kawasan Bukit Bendera ini mengenai hasrat memansuhkan JAKIM dan mempertikaikan kewujudan institusi Islam Kerajaan Pusat. 

Kewujudan JAKIM yang dilihat mampu menyelaras dan begitu instrumental dalam memastikan kemajuan Islam dapat dicapai dalam negara, selaras dengan peruntukan-peruntukan yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan menjadi sasaran kritikan golongan pro negara sekular di dalam negara.--MENARA.MY

Penggunaan Bahasa Malaysia makin parah




KUALA LUMPUR - Penggunaan bahasa Malaysia dalam kalangan pelajar sekolah vernakular semakin parah apabila ia hanya digunakan sebagai bahasa ketiga dalam proses pembelajaran mereka.

Ketua Pusat Pengajian Bahasa Melayu Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Dr. Nor Hazlina Husin berkata, perkara tersebut adalah realiti di sekolah vernakular apabila para pelajar lebih memen­tingkan penggunaan bahasa ibunda dan bahasa Inggeris berbanding bahasa Malaysia.

“Senario ini dapat dilihat melalui hasil tinjauan yang saya lakukan di beberapa buah sekolah vernakular dan perkara ini tidak seharusnya dibiarkan terjadi tanpa apa-apa tindakan daripada pim­pinan dalam bidang pendidikan.

“Selain itu, pelancong asing yang ingin mengenali dan belajar bahasa Melayu lebih cenderung mempelajarinya di Indonesia ekoran rakyat Indonesia lebih memartabatkan bahasa Melayu dalam kalangan mereka,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Terdahulu, isu penggunaan bahasa Malaysia di semua sekolah vernakular bagi kepentingan nasional itu disuarakan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ketika Majlis Anugerah Kecemerlangan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaaan Sam Tet di Ipoh, Perak, baru-baru ini.

Sementara itu, Presiden Persa­tuan Penterjemah Malaysia (PPM), Prof. Emeritus Dr. Abdullah Hassan berkata, syarat tambahan perlu dibuat kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) bagi memastikan para pelajarnya mampu menguasai bahasa Malaysia de­ngan lebih baik.

“Saya menyokong penuh saranan Gabungan Penulis Nasional (Gapena) agar semua pertubuhan berganding bahu dalam membantu kerajaan memastikan bahasa Malaysia menjadi pembentuk jati diri bangsa.

“Pihak PPM juga bersedia membantu kerajaan bagi menghasilkan buku terjemahan dan membantu pelajar sekolah vernakular menguasai bahasa Melayu tinggi melalui beberapa modul bersama Dewan Bahasa dan Pusaka (DBP),” katanya.--UTUSAN

PLUS: Bukan 2018 tapi 2038!




TEMPOH KONSESI TOL BATU TIGA & SUNGAI RASAU BERAKHIR PADA 2038 BUKANNYA 2018

Merujuk kepada pengumuman yang telah dibuat oleh YAB Perdana Menteri (27 Oktober) semasa Pembentangan Belanjawan 2018, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) ingin menjelaskan bahawa, berdasarkan Perjanjian Konsesi Tambahan pada tahun 2011, kutipan tol di Plaza Tol Batu Tiga dan Sungai Rasau di Selangor dijadualkan tamat pada 31 Disember 2038.

Pengumuman yang dibuat oleh YAB Perdana Menteri bermaksud pemansuhan kutipan tol mulai 1 Januari 2018 di Plaza Tol Batu Tiga dan Sungai Rasau adalah 20 tahun lebih awal daripada jadual asal tempoh tamat konsesi.

Menurut Perjanjian Konsesi Tambahan pada 2011 yang telah distruktur semula berikutan penswastaan PLUS pada tahun yang sama, menyaksikan kutipan tol diselaras di semua lebuh raya kendalian PLUS termasuklah di Batu Tiga dan Sungai Rasau. Pada masa yang sama, tiada kenaikan tol dilaksanakan oleh Kerajaan/PLUS di semua lebuh raya kendaliannya sejak tahun 2005.

Kami juga telah menerima beberapa persoalan mengenai pampasan yang diterima oleh PLUS ekoran pemansuhan kutipan tol di 3 lokasi - Batu Tiga dan Sungai Rasau di Selangor dan Bukit Kayu Hitam di Kedah. Memandangkan perbincangan sedang giat dijalankan, kami hanya akan memaklumkan sebarang perkembangan sejurus mendapat maklumat lanjut daripada pihak Kerajaan.

PAS khuatir Bajet hanya ‘umpan’ yang akan menambah beban rakyat?



Oleh: Tuan Ibrahim Tuan Man
Tarikh: 28 Oktober 2017

Bajet 2018 memperlihatkan peruntukan bagi perbelanjaan operasi meningkat ke RM234.3 bilion, daripada RM214.8 bilion di 2017, iaitu penambahan perbelanjaan sebanyak 9%.

Ini setara dengan jangkaan peningkatan hasil negara di 2018 di mana ia dianggarkan meningkat 9% daripada RM219.7 bilion di 2017 ke RM239.9 bilion pada 2018.

Ini menyebabkan negara tidak berupaya menambah peruntukan untuk pembangunan di mana ia hanya kekal pada kadar RM46 bilion. Sekiranya semua anggaran hasil negara di 2018 sebanyak RM239.9 bilion digunakan untuk membiayai kos perbelanjaan operasi sebanyak RM234.3 bilion, ini bermakna 88% kos pembangunan (RM40.4 bilion ) perlu ditampung melalui pinjaman.

Dengan peruntukan hanya 16% untuk pembangunan, maka hasrat mencapai status negara maju yang digaris dalam Wawasan 2020 akan hanya menjadi angan-angan yang tidak mungkin menjadi kenyataan.

Dengan komitmen kos operasi setinggi ini, jika BN menang di PRU14, kadar GST dijangka akan terpaksa dinaikkan sekiranya negara memerlukan dana untuk pembangunan.

Jumlah peruntukan BR1M kekal

Bajet 2017 yang bertemakan "Menjamin Perpaduan dan Pertumbuhan Ekonomi, Menghemah Perbelanjaan Inklusif, Mensejahtera Kehidupan Rakyat Seluruh" nampaknya gagal apabila jumlah BR1M yang diperuntukan pada kadar yang sama.

Ini bermakna jumlah rakyat yang masih memerlukan bantuan kekal sama, dan cara pengurusan BN tidak berjaya mensejahterakan rakyat. Sekiranya negara semakin makmur, sepatutnya jumlah keluarga atau individu yang layak menerima BR1M akan berkurang kerana pendapatan mereka bertambah.

Pengekalan peruntukan BR1M menandakan kegagalan kerajaan meningkatkan pendapatan golongan berpendapatan rendah.

Pengurangan cukai berpendapatan individu pemastautin untuk 2.3 juta pembayar cukai terutamanya bagi golongan M40 atau lebih tepat pendapatan isi rumah di bawah RM9 ribu sebulan adalah pengakuan tidak rasmi kerajaan bahawa polisi ekonomi kini bukan sahaja menyempitkan kewangan golongan berpendapatan rendah malah kini ia menyebabkan golongan pertengahan juga bergelut dengan kenaikan kos kehidupan.

Golongan pertengahan ini terpaksa dibantu agar mereka boleh meningkatkan pendapatan boleh guna melalui pengurangan cukai ini.

Diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN dilanjutkan

PAS menyambut baik tawaran ini, bahkan ianya satu pengakuan tidak rasmi kerajaan bahawa ramai graduan yang tidak berkemampuan untuk menjelaskan hutang PTPTN.

Apakah ia kerana sikap ataupun sebenarnya ia disebabkan kurangnya peluang pekerjaan untuk para graduan ataupun kenaikan kos sara hidup yang menyebabkan para graduan tidak mempunyai lebihan duit untuk melakukan pembayaran balik semula PTPTN?

Kerajaan juga perlunya meneroka sumber baru bagi menjana pendapatan negara. Bajet kali ini masih terikat dengan sumber tradisi.

Penerokaan kepada cukai ke atas simpanan syarikat dan koperat (taxation on deposit), cukai perdagangan keuntungan saham di Bursa Malaysia (tax on share trading gain), sebagaimana yang dikemukakan oleh PAS dalam Dokumen Hijau serta kawalan kos melalui strategi mensifarkan ketirisan, rasuah dan pembaziran. Ini termasuk menyemak kembali agensi yang bertindan tugas dan fungsi.

Penghapusan tol

Tindakan menghapuskan tol di empat lokasi adalah tindakan yang wajar, namun beberapa tol yang terlalu lama seperti tol Gombak dan Karak juga perlu dihapuskan.

Sebagaimana yang diumum bahawa bajet kali ini ialah tawaran kerajaan bagi menghadapi PRU ke 14. PAS khuatir ianya hanyalah 'umpan' yang akan menambah bebanan rakyat sekiranya BN terus kekal memerintah.

Insha-Allah semua Ahli Parlimen PAS akan mengambil bahagian secara aktif dalam membahas bajet ini agar ia benar-benar memberi manfaat kepada seluruh rakyat.

Tuan Ibrahim Tuan Man adalah Timbalan Presiden PAS

Bajet 2018 : Jangan hanya indah pada hari pembentangan saja



Oleh : Nasrudin bin Hassan

1. Sememangnya tanggungjawab sebuah kerajaan menyediakan bajet untuk negara. Bajet adalah anggaran perbelanjaan negara yang mesti dikemukakan oleh kerajaan yang memerintah. *Agihan dan perbelanjaan mestilah dilakukan secara seimbang dan berhemah.*

2. Bukanlah perkara yang luar biasa pelbagai insentif atau peruntukan demi peruntukan diumumkan oleh kerajaan melalui Bajet 2018 ini selama mana ia kembali kepada rakyat. Malah itulah sewajibnya dilakukan. Tambahan pula diperakui secara tidak langsung oleh YAB Perdana Menteri bahawa bajet ini untuk mendepani pilihanraya yang bakal menjelma.

3. Namapun kerajaan, tanpa agihan dan peruntukan tersebut, bagaimanalah sebuah kerajaan itu mahu membangun-makmurkan negara. Cuma malang jika bajet itu hanya bersifat *gali lubang di sana dan tutup lubang di sini. Beri di sini, minta di sana. Bagi hari ini, kutip hari esok*. Akhirnya *Pi Mai Pi Mai Tang Tu*.

4. Persoalan besar juga yang sering menjadi hambatan kepada kita, negara dan seluruh rakyat ialah *bagaimana perlaksanaannya ?* *Bagaimana kerajaan melunaskan jumlah angka yang telah diumumkan* melalui pembentangan bajet agar ia sampai kepada sasaran dan mencapai objektif.

5. Justeru, saban tahun *Ketua Audit Negara melaporkan pelbagai bentuk rupa ketirisan, kerugian, pembaziran, perbelanjaan yang tidak bijak* dan sebagainya. Belum lagi kita menghitung *laporan dari SPRM. Ada sahaja kes penyalahgunaan dana, rasuah* dan sebagainya melibatkan pemimpin negara, pegawai kerajaan dan pihak berkepentingan.

6. Situasi ini belum ada sudahnya malah semakin menjadi-jadi. *Negara kita masih cedera parah dan belum sembuh* sehingga ke saat ini. Akhirnya, Bajet yang dibentang hanya *indah dihari pembentangan. Gegak disebalik sorak sorai aneka slogan. Senyum lebar rakyat setelah mendengar pelbagai angka yang bakal dinikmati hanya bertahan seketika, kemudian kembali bermuramdurja bagai menanti bulan jatuh ke riba.

7. Saya bukan bersikap prejudis terhadap bajet yang dibentang, tetapi dalam masa yang sama, bajet juga janganlah sekadar menjadi alunan muzik klasik untuk menghibur dan mendodoi pendengar sahaja, tetapi tidak pernah memberi nilai kepuasan yang sebenar dan kekal lama.

8. Insyaallah, kami akan mengambil bahagian secara aktif, kritis dan konstruktif dalam perbahasan bajet sepanjang sidang parlimen kali ini. Untuk menilai secara terperinci mengikut sektor-sektornya. Pasti sahaja nanti ia terbuka kepada pro dan kontra.

9. Sikap kita mudah, yang baik untuk negara dan rakyat kita sokong. Sementara yang tidak memulangkan manafaat kepada negara dan rakyat, kita bantah, kritik dan tegur kerajaan melalui perbahasan di parlimen kelak.

10. Seperti biasa, terlebih dahulu kita akan mendengar pandangan dan berbincang dengan pakar-pakar ekonomi untuk melihat secara lebih mendalam mengenai bajet 2018 sebelum kami menentukan sikap.

Sejahtera Bersama Islam

Sekian.

BN: Bajet Realistik dan Komprehensif?

Pakar ekonomi: Angka bajet terbesar dalam sejarah Malaysia.



KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Bajet kali ini disifatkan sebagai belanjawan paling lengkap berikutan perinciannya bagi memacu prospek pertumbuhan Malaysia serta dapat melonjakkan keyakinan domestik dan antarabangsa terhadap negara ini, khususnya dalam persediaan memasuki tahun 2018.

Pakar Ekonomi OCBC Bank, Barnabas Gan berkata peruntukan bajet sebanyak RM280.25 bilion merupakan angka terbesar dalam sejarah, malah melepasi Bajet 2013 sebelum pilihan raya umum, sebanyak RM252 bilion.

"Menerusi pelbagai insentif disalurkan ke dalam ekonomi, bajet itu dilihat sebagai pengembangan ekonomi Malaysia, baik dari segi galakan pelaburan dan perdagangan serta aspek perancangan perbelanjaan fiskal dalam infrastruktur.

"Tambahan pula dengan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) antara 5.2 peratus dan 5.7 peratus pada 2017 dan unjuran 5.0 peratus dan 5.5 peratus pada 2018, kami percaya prospek pertumbuhan lebih baik akan melonjakkan tahap keyakinan terhadap Malaysia (sebagai persiapan) untuk memasuki tahun depan," katanya dalam satu kenyataan.

Ia sebagai mengulas pembentangan Bajet 2018 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, hari ini.....

Bajet 2018: Cuepacs kata sudah cukup memadai buat masa ini 



KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berpuas hati insentif yang diberi kepada penjawat awam seperti yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam pembentangan Bajet 2018 semalam.

Presidennya Datuk Azih Muda berkata keseluruhan insentif itu adalah permulaan yang baik bagi penjawat awam yang berkeluarga dan mempunyai kesan jangka panjang bagi pembangunan sesebuah keluarga.

“Walaupun kami meminta lebih daripada itu, namun ini sudah cukup memadai buat masa ini,” katanya kepada Bernama.

Azih juga memuji kesediaan kerajaan untuk melanjutkan faedah persaraan bagi mereka yang bersara kerana masalah kesihatan dan pemanjangan kemudahan perubatan untuk ibu dan bapa kepada pesara kerajaan.

Dalam ucapan bajet itu, Najib yang juga menteri kewangan mengumumkan bayaran khas sebanyak RM1,500 kepada penjawat awam, bayaran akan diberikan 2 kali iaitu RM1,000 pada awal Januari 2018 dan RM500 dibayar menjelang Hari Raya Aidilfitri tahun depan.

Najib turut mengumumkan kelayakan cuti bersalin ditambah daripada 300 hari kepada 360 hari sepanjang perkhidmatan, tertakluk kepada maksimum 90 hari setahun.

Beliau turut mengumumkan Gantian Cuti Rehat melebihi 150 hari akan dibenar digunakan sebagai cuti rehat pada tahun persaraan dan kadar Cuti Rehat Khas bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan dinaikkan daripada 7 hari kepada 10 hari setahun.

Perdana menteri turut mengumumkan bahawa kerajaan buat julung kali bersetuju memberikan kemudahan 7 hari cuti tanpa rekod sepanjang tempoh perkhidmatan bagi menunaikan umrah dan pakar perubatan Gred UD54 dan ke atas, yang telah diwartakan sekurang-kurangnya 4 tahun serta memenuhi syarat tertentu, akan diberi kelonggaran 1 hari seminggu untuk melaksanakan Waktu Kerja Fleksi. -BERNAMA

PAS: Bajet, Jangan buka peluang untuk penyelewengan dan rasuah!



PAS bersetuju dengan segala inisiatif baik dalam Bajet 2018 yang memberi manfaat kepada rakyat termasuklah pemansuhan kutipan tol di empat kawasan yang diumumkan.

Demikian komen Naib Presiden PAS YB Ust Idris Ahmad yang juga AP Bukit Gantang sebagaimana dilapor NST hati ini.

Politik matang dan sejahtera menuntut pimpinan PAS untuk bersikap berlapang dada dan bijak dalam kerangka amar makruf nahi mungkar.

Menjadi pembangkang bukan bermakna membangkang apa sahaja yang melintas di hadapan mata sebagaimana pemahaman sesetengah pihak.

Sikap sebegitulah akan melahirkan politik ketegangan, caci- mencaci yang akhirnya merugikan rakyat dan negara.

Perkara yang memberi kebaikan dan manfaat langsung pada rakyat dan negara perlu disokong dan digalak manakala sebarang kekurangan dan kelompongan perlu ditegur dengan cadangan penambahbaikan atau idea alternatif yang lebih baik.

Ust Idris dalam kenyataannya turut menuntut pihak kerajaan agar memberi perhatian pada trend kenaikkan harga minyak yang menyumbang pada kenaikkan kos hidup dan keperluan lain.

Satu mekanisma dan inisiatif baru perlu diperkenalkan agar rakyat tidak terus terkesan akibat naik turun harga minyak yang tidak menentu ini.

Dalam pada itu Ust Idris turut menekankan agar pihak kerajaan memastikan pemantauan ketat dilakukan terhadap semua projek dan rancangan yang dicadangkan agar ia benar-benar memberi manfaat kepada golongan sasaran.

Projek dan rancangan mesti dilaksanakan ikut jadual dan dielakkan sebaik mungkin campurtangan politik yang hanya akan merencatkan usaha-usaha berkenaan.

PAS saya yakin akan menyokong Bajet 2018 ini demi menyalurkan manfaat buat rakyat namun akan tegur dan beri idea penambahbaikan.

Yang penting kewangan dan hasil negara dapat dibelanjakan dengan penuh berhikmah dan memenuhi hasrat sebenar.

Jangan sekali-kali membuka peluang untuk sebarang penyelewengan dan rasuah.

PRU ke 14 nanti rakyat perlu posisikan PAS di pentas yang lebih tinggi agar negara nanti dapat diurus dengan lebih cekap dan bersih ke arah keredhaan Allah swt.

Istiqamah hingga kemenangan.

Rujukan: https://www.nst.com.my/news/nation/2017/10/296059/monitor-2018-budget-projects-closely-pas-tells-govt

MTUC: Bajet 2018 mengecewakan?




BAJET 2018 yang diumumkan hari ini mengecewakan bagi sektor swasta, sama seperti bajet tahunan sebelum ini, kata Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC).

Setiausaha agungnya J. Soloman berkata yang paling teruk ialah kerajaan gagal menangani isu besar dalam kumpulan B40 dan M40.

“Setiap tahun, bajet mengecewakan pekerja sektor swasta dan Bajet 2018 tidak ada beza pun.

“Kerajaan perlu ingat dalam ekonomi dunia sekarang, sesebuah bajet sepatutnya memberi manfaat kepada semua dan bukan pilih tertentu saja; dengan cara itu barulah ia benar-benar bajet inklusif,” katanya dalam satu kenyataan.

Soloman berkata walaupun ramai yang suka dengan sesetengah cadangan dalam Bajet 2018, mereka hanya berharap pelaksanaannya efektif, dilakukan dengan adil dan sampai kepada kumpulan sasaran.

MTUC menyentuh lapan perkara dalam bajet itu yang berkait dengan pekerja, termasuk perumahan, kebajikan dan pemerkasaan wanita, perubatan, pengangkutan, penjagaan anak dan pendidikan.

Perumahan

Soloman berkata bajet kerajaan memperuntukkan RM2.2 bilion untuk rumah mampu milik dan kos rendah tidak cukup untuk membina 385,900 unit yang diumumkan Perdana Menteri Najib Razak di Parlimen hari ini.

“Jangka waktu untuk menyiapkan unit yang diumumkan itu juga tidak diperincikan.

“Mampu milik kekal menjadi isu dan aspek pembiayaan juga tidak ditangani.”

Kebajikan dan pemerkasaan wanita

Soloman memuji kerajaan dalam menangani isu wanita yang dipinggirkan selama bertahun-tahun ini dengan meningkatkan sehingga 30% jumlah penyertaan mereka dalam lembaga pengarah GLC, GLIC dan badan berkanun.

“Ini langkah yang baik dengan memberi tempoh masa yang akan dilaksanakan pada penghujung 2018. Ini selaras dengan syor Organisasi Buruh Antarabangsa.”

Soloman juga mengalu-alukan cadangan kerajaan mewajibkan syarikat swasta untuk menambah cuti bersalin dari 60 hari kepada 90 hari.

“Memandangkan ini hanya satu cadangan, kami harap syarikat swasta akan ambil maklum perkara ini dan menjadikan ia satu polisi.

“Amat bagus kerajaan mengambil langkah membenarkan ibu hamil lima bulan ke atas pulang awal,” katanya.

Penjagaan kesihatan

Berhubung isu penjagaan kesihatan, Soloman berkata peruntukan RM27 bilion amat menggalakkan kerana rakyat kini boleh menggunakan hospital kerajaan, dan tidak perlu berbelanja besar di hospital swasta.

Pengangkutan

Soloman berkata walaupun mereka bersetuju dengan pemansuhan empat tol, tetapi tidak bersetuju dengan kawasan yang dipilih.

“Contohnya, di tol Bukit Kayu Hitam, iaitu sempadan di utara tidak menyelesaikan beban kos ditanggung orang ramai yang berulang-alik ke tempat kerja.

Katanya, rakyat Malaysia terutama isi rumah B40 dan M40 membayar jumlah besar dalam cukai langsung dan tidak langsung.

“Oleh itu, sistem jalan dan pengangkutan perlu menjadi tanggungjawab negeri dan tidak membebankan bayaran tol kepada rakyat.”

Taska

Soloman berkata ia langkah yang baik untuk mengarahkan penubuhan pusat jagaan kanak-kanak di semua bangunan baharu.

“Diharapkan ia akan memberi dorongan kepada majikan untuk menjadikan ia tanggungjawab moral terhadap kakitangan.”

Pendidikan

Soloman berkata peningkatan peruntukan untuk PTPTN tidak menangani isu semasa dihadapi sejumlah besar belia terutama daripada isi rumah B40 dan M40 yang masih berhutang.

“Bajet 2018 hanya melihat kepada diskaun bagi pembayaran balik. Itu cara untuk dapat semula hutang dan bukannya menyelesaikan masalah mereka.”

Pekerjaan

Soloman berkata mereka mengalu-alukan langkah untuk rakyat Malaysia mengambil pembantu rumah terus dari negara luar, dan tidak perlu melalui ejen.

“Cara pengambilan kerja langsung itu patut diperluaskan kepada semua pekerja asing.

“Tetapi kerajaan perlu menangani isu kebergantungan kepada pekerja asing.” – 27 Oktober, 2017.

Sumber : https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/20371/

Bajet 2018: kata REDHA, tiada apa untuk dihebohkan- Robin Augustin


PETALING JAYA: Persatuan pemaju terbesar di Malaysia berkata tiada apa untuk dihebohkan Bajet 2018 bagi ahlinya, kerana seruan untuk melonggarkan garis panduan pinjaman bank tidak terjawab. 
Penaung Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda), Datuk Ng Seing Liong berkata, belanjawan negara itu juga tidak menyelesaikan harga tinggi bahan binaan. 

Menuju pembentangan belanjawan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini, Ng berharap Putrajaya akan memberi pengecualian kepada pemaju daripada membayar GST 6% untuk bahan binaan bagi membolehkan projek perumahan mampu milik, atau menurunkan kadar itu, serta mengurangkan kadar GST untuk bahan binaan secara menyeluruh. 

“Walaupun langkah kerajaan memperuntukkan dana untuk 2,000 unit di bawah program MyDeposit untuk membantu pembeli rumah membuat bayaran pendahualuan, kami berharap Bank Negara akan melonggarkan garis panduan pinjaman.” 

Melalui program myDeposit yang diperkenalkan tahun lepas, kerajaan memperuntukkan dana untuk membantu pembeli rumah pertama membuat bayaran pendahuluan 10% untuk membeli rumah atau RM30,000, yang mana saja lebih rendah. 

Sebelum ini, Renda berulangi kali membangkitkan isu mengenai pembiayaan akhir, terutamanya syarat pinjaman yang ketat sebagai batu penghalang dalam jualan hartanah. 

Pihak lain, seperti Persatuan Pembeli-pembeli Rumah Kebangsaan (HBA) berkata pemaju meletakkan harga rumah melebihi capaian kebanyakan orang. 

Longgar garis panduan akan tambah hutang Sementara, agensi hartanah Henry Butcher Malaysia berkata kerajaan mempunyai sebab untuk tidak melonggarkan garis panduan pinjaman yang dilobi sesetengah pemaju. 

“Walaupun ada seruan menggesa garis panduan pinjaman dilonggarkan atau memperkenalkan semula skim sama seperti Skim Pemaju Tanggung Faedah (DIBS) yang boleh merangsang pasaran hartanah, langkah seperti itu juga boleh menambah paras hutang isi rumah,” kata Ketua Pegawai Operasi Henry Butcher Malaysia Tang Chee Meng. 

Beliau memberitahu FMT insentif lain yang diumumkan perdana menteri hari ini, seperti pengeculian 50% cukai ke atas pendapatan sewa bawah RM2,000 sebulan akan mengalakkan orang ramai membeli rumah sebagai pelaburan. 

“Perluasan skim pembiayaan berperingkat yang diperkenalkan Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) untuk pemaju perumahan swasta akan mengalakkan pembinaan dan pemilikan perumahan mampu milik.” 

Di bawah skim berperingkat PR1MA itu, pembeli rumah membayar harga yang rendah pada tahun-tahun awal dan hanya membayar ansuran yang semakin meninggi mengikut kenaikan paras gaji. 

“Manakala pengecualian GST untuk hartanah yang diuruskan pemaju, langkah itu boleh membantu pemaju, tetapi secara keseluruhan bajet ini tidak menarik buat para pemaju. Namun begitu, bajet kali ini lebih baik berbanding tahun lepas yang tidak menawarkan apa-apa kepada mereka.” 

Persatuan bantah pengecualian cukai Sementara iitu, Setiausaha Agung Kehormat HBA, Chang Kim Loong berkata, pengecualian cukai ke atas sewa hanya akan mengalakkan pembelian spekulatif yang akan melonjakkan harga hartanah perumahan. 

Beliau berkata HBA bersyukur Putrajaya komited membina lebih banyak rumah mampu milik, namun projek perumahan seperti itu harus dilaksanakan dengan betul bagi memanfaatkan sasaran pasaran yang betul. 

“Mereka mesti bina produk yang betul di tempat yang betul pada harga yang betul dan pada jumlah yang betul.” 

Chang turut mengulas perluasan skim pembiayaan berperingkat PR1MA kepada pemaju perumahan swasta, dan berkata langkah itu mungkin membawa kesan buruk dalam jangka masa panjang. 

“Pemaju perumahan akan terdorong untuk menaikkan harga rumah kerana tahu pembeli mampu mengambil pembiayaan akhir yang lebih tinggi. Keadaan itu juga akan menaikkan harga hartanah yang sudah siap dibina.” 

Putrajaya sepatutnya mengambil langkah memperlahankan harga hartanah yang semakin meningkat dengan menaikkan kos masuk dan keluar pemilik yang memiliki banyak hartanah seperti menaikkan duti setem dan cukai keuntungan harta tanah. 

Dalam masa yang sama, beliau menggesa kerajaan persekutuan memberikan lebih banyak insentif kepada pemaju perumahan untuk membina perumahan mampu milik seperti mengasingkan tanah pada kos yang lebih rendah, memberi kelulusan secara pantas dan pengecualian cukai.

Bajet Pilihan Raya - Muhyiddin



BANGI, Sabtu – Bajet 2018 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, semalam, tidak realistik, selain bertujuan politik bagi meraih sokongan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU), kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Malah, beliau percaya rakyat yang mendengar pembentangan belanjawan itu menyedari bahawa ianya adalah bajet pilihan raya.

Beliau berkata, komitmen Bajet 2018 itu terlalu besar, sedangkan sumber pendapatan tidak meningkat, kecuali melalui cukai barangan dan perkhidmatan (GST)

“Tapi, kerana dia mempunyai suatu tujuan politik meraih sokongan untuk menentukan Barisan Nasional (BN) terus kekal berkuasa, maka dia buatlah secara begitu supaya mereka yang tergolong dalam golongan yang disebut dalam bajet itu akan berasa amat sukacita dan lupa sebentar bahawa ini adalah gula-gula, dan selepas itu mereka akan balik seperti keadaan biasa yang dihadapi hari ini,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Mengulas lanjut, bekas Timbalan Perdana Menteri itu berpendapat apa yang dimaksudkan dengan ‘ibu segala bajet’ mungkin menggambarkan bahawa Najib menyedari beliau, kerajaan BN dan UMNO menghadapi banyak tekanan, termasuk isu 1MDB dan skandal lain.

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu berkata, Najib berasa kedudukan kerajaan BN sudah begitu tergugat dan membuat tawaran kepada rakyat melalui ibu bagi segala bajet.

“Nak menunjukkan bahawa dia ini bersikap bermurah hati, bertimbang rasa.. tapi saya percaya rakyat tidak akan terpedaya kerana masalah pokok yang besar masih belum terjawab…isu-isu yang berterusan berlaku tiada kesudahan, tiada tindakan penyalahgunaan kuasa, penyelewengan yang membawa kesan jauh lebih besar bukan saja kepada rakyat tapi juga kerajaan.

“Sebab itu dia menggambarkan this is the besar bajet ever… bahawa dia cukup berlapang dada berjiwa besar untuk membantu rakyat menghadapi masalah.. Sebenarnya, ini satu cara untuk mengaburi rakyat tentang isu pokok masalah negara, kepincangan dalam negara.. maka dengan itu dia membentangkan satu bajet paling baik dalam sejarah,” katanya.

Muhyiddin berkata, menerusi bajet itu Najib membuat pelbagai tawaran, pemberian dan sumbangan, semuanya dalam bentuk gula-gula untuk menarik hati sebahagian besar rakyat baik dalam sektor swasta, maupun kerajaan atau rakyat biasa.

Katanya, isu pokok iaitu masalah bebanan kos sara hidup rakyat, isu kenaikan harga barang, malah isu GST, walaupun ada disentuh sedikit, tetapi pengurangan GST terhadap satu dua perkara yang difikirkan tidak begitu penting.

“Tetapi yang pokoknya, rakyat masih tertanggung dengan bayaran yang begitu tinggi dan bagi saya dengan bajet yang dibentang tadi tentu harga barang akan meningkat lebih tinggi dan rakyat akan menanggung beban,” katanya.--ISMAWEB

Bajet 2018: Rakyat terus diperbodohkan



BANGI – Sekali lagi tahun ini, rakyat diperbodohkan dengan Bajet 2018 yang hanya untuk memancing undi, kata Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh.

Meluahkan rasa kecewanya, beliau berkata, bajet 2018 yang dibentangkan Datuk Seri Najib Razak petang tadi adalah ‘gula-gula pilihan raya’ yang menjadi tradisi kerajaan, memandangkan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan diadakan tidak lama lagi.

Sepatutnya, bajet tahun depan lebih mengutamakan rakyat, dari aspek cara meningkatkan sumber pendapatan rakyat.

“Misalnya dengan meningkatkan prasarana penambahan peluang pekerjaan dan memberi peluang pekerjaan kepada penganggur.

“Tambahan pula, dengan kegawatan ekonomi sekarang, ia menyebabkan rakyat susah nak cari kerja sehingga terpaksa menanggung kos kehidupan seharian.

“Bahkan, dari sudut keselesaan rakyat sendiri pun memang amat rendah kerana masih ada lagi GST, kos hidup yang tinggi, belanjawan rumah, pinjaman, PTPTN, bayaran kesihatan dan lain-lain,” katanya ketika dihubungi Ismaweb, hari ini.

Antara sogokan saban tahun untuk rakyat katanya, adalah Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang dilaksanakan sejak Bajet 2013.

“Memberi duit secara tunai kepada rakyat adalah satu tindakan yang hanya memperbodohkan rakyat. Kalau beri kepada warga emas, saya boleh terima tetapi saya tidak setuju jika diberikan kepada belia atau orang muda.

“Inflasi ini perlu dikikis dengan mengikut cara negara luar bagaimana mereka mentadbir kerajaan tanpa sogokan duit. Rakyat perlu bijak menilai perkara yang biasa atau luar biasa yang dilakukan oleh kerajaan agar tidak terpengaruh,” katanya.

Bajet 2018 juga adalah yang terakhir sebelum tempoh Kerajaan Persekutuan pimpinan Najib sekarang ini akan berakhir Jun tahun depan, bagi membolehkan PRU14 diadakan.--ismaweb

PAS Konsisten Hapuskan GST



KUALA TERENGGANU – PAS konsisten menentang pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sejak ia diperkenalkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) dua tahun lalu

Bahkan, PAS mengharamkan penggunaan cukai tersebut kerana ia dikenakan kepada semua rakyat termasuk golongan fakir miskin di negara ini.

Perkara tersebut adalah antara fokus utama Dewan Pemuda PAS Malaysia dalam Dokumen Cadangan Bajet Malaysia 2018 yang meletakkan sasaran memansuhkan GST dalam tempoh tiga tahun.

Ketuanya, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi Awang menegaskan penghapusan cukai GST itu terdapat dalam cadangan pendapatan kerajaan 2018.

Namun, katanya GST hanya akan dihapuskan dalam tempoh tiga tahun atas sebab implikasi undang-undang, tetapi tidak ada kutipan dibuat sehingga ia dimansuhkan.

“Kita sasarkan untuk mansuh GST dalam tempoh tiga tahun (selepas memerintah), namun sepanjang tempoh itu tiada kutipan dibuat, tetapi akta (GST) tetap ada.

“Setiap cadangan atau manifesto yang PAS ingin laksanakan adalah perlu realistik dan kita (Pemuda) perlu sedar bahawa kita masih lagi terikat dengan undang-undang negara yang perlu dipatuhi.

“Namun, jelas di sini (cadangan), fokus kita adalah ingin hapuskan GST dan dalam masa yang sama kita cadangkan alternatif lain seperti menaikkan cukai simpanan korporat, cukai keuntungan perniagaan saham dan cukai mewah bagi golongan kaya,” jelasnya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas membentangkan Cadangan Bajet Malaysia 2018 oleh Dewan Pemuda PAS di sebuah Hotel Tdi sini pada Khamis 26 Oktober.

Ustaz Khalil menegaskan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) terus berperanan bagi memastikan keberkesanan pembayaran cukai melalui penguatkuasaan.

Menurutnya, cukai barangan mewah kepada golongan kaya akan diperkenalkan bagi menggantikan GST yang dimansuhkan itu.

Sumber: http://buletinonline.net/v7/index.php/pas-konsisten-hapuskan-gst/

Hutang negara RM685b



KUALA LUMPUR – Hutang Kerajaan Persekutuan daripada pinjaman terkumpul berjumlah RM685 bilion pada akhir Jun 2017.

Walaupun akaun semasa mencatatkan lebihan, peningkatan hutang adalah untuk membiayai perbelanjaan pembangunan.

Laporan Ekonomi 2017/2018 berkata, komposisi hutang kekal berhemat dengan 96.7 peratus kertas hutang berdenominasi ringgit manakala baki adalah pinjaman luar pesisir yang menggambar pendedahan minimum terhadap risiko pertukaran mata wang asing.

Sebahagian besar pinjaman luar pesisir berdenominasi dolar Amerika Syarikat.

Hutang dalam negeri terdiri daripada Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS) dan Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia (MGII) berjumlah RM662.3 bilion pada akhir tahun 2017.

MGS kekal sebagai instrumen hutang utama berjumlah RM362.9 bilion daripada jumlah hutang Kerajaan Persejutuan.

MGII pula berjumlah RM261.5 bilion yang menggambarkan sokongan berterusan kerajaan dalam mempromosikan pasaran kewangan Islam, selain merancakkan pasaran modal domestik.

Sehingga akhir Jun lalu, bil perbendaharaan terkumpul berjumlah RM9.5 bilion mencakupi 1.4 peratus daripada jumlah hutang Kerajaan Persekutuan.

Jumlah Sukuk Perumahan Kerajaan di bawah hutang Kerajaan Persekutuan kekal pada RM28.4 bilion.

Laporan itu menambah, pinjaman luar pesisir terdiri daripada pinjaman pasaran dan pinjaman projek berjumlah RM22.7 bilion.

Pinjaman pasaran diperoleh daripada terbitan sukuk global pada tahun 2011, 2015 dan 2016, menyumbang kepada 72.6 peratus daripada jumlah pinjaman luar pesisir.

Pegangan hutang Kerajaan Persekutuan adalah sejumla RM496.2 bilion dan sukuk kerajaan dipegang oleh pelabur domestik yang terdiri daripada Bank Negara Malaysia, institusi perbankan (29.7 peratus), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (27.2 peratus), syarikat insurans (4.5 peratus) dan Kumpulan Wang Persaraan (3.5 peratus).

Baki RM188.8 bilion dipegang oleh bukan pemastautin dengan 55.5 peratus terdiri daripada pelabur institusi dan berjangka panjang iaitu bank pusat, supranasional dan kerajaan (30.7 peratus), dana persaraan (17.2 peratus), syarikat insurans (3.1 peratus) serta institusi dua hala dan pelbagai hala dan lain-lain (4.5 peratus).

Pegangan sukuk global semasa terbitan meliputi 69.8 peratus bukan pemastautin dengan pegangan 25.8 peratus dari Asia, Eropah (15.5 peratus), Timur Tengah (14.4 peratus), Amerika Syarikat (14.1 peratus) dan selebihnya adalah pemastautin.

Kedudukan ini menunjukkan permintaan global terhadap instruman hutang Malaysia serta keyakinan kepada asas ekonomi negara. – MalaysiaGazette

Bajet 2018 : Bajet PRU Ke-14?


1. Pelaburan berimpak tinggi 
  • Menekankan pelaburan berimpak tinggi: industri berkaitan petroleum, logistik, aeroangkasa, rel dan robotik 
  • Meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan mewujudkan peluang pekerjaan di 5 koridor termasuk: projek Wilayah Selatan Perak, Zon Bebas Cukai Bukit Kayu Hitam, 
  • Perindustrian Tok Bali dan Empangan Baleh, Sarawak: (RM1b) 
  • Dana strategik berimpak tinggi di bawah MIDA: (RM200j) 
  • Melanjutkan tempoh galakan cukai Principal Hub sehingga 31 Disember 2020 


2. Mengukuh Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) 
  • Skim Jaminan Pembiayaan Perniagaan untuk modal kerja dan sektor perkhidmatan: (RM7b) 
  • Pinjaman di bawah SJPP membolehkan PKS mengautomasikan pengeluaran: (RM1b) 
  • Skim Pembiayaan PKS Patuh Syariah dengan subsidi kadar keuntungan 2%: (RM1b) 
  • Latihan, geran dan pinjaman mudah PKS di bawah SME Corp: (RM200j) 
  • Pembangunan industri dan produk halal di pelbagai agensi: (RM82j) 


3. Pembiayaan Mikro
  • Pinjaman dana Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (TEKUN: RM500j) 
  • Amanah Ikhtiar Malaysia, (AIM: RM200j)
  • Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED) bagi usahawan bumiputera desa: (RM80j) 


4. Meningkatkan Eksport
  • Promosi dan peluasan pasaran eksport: (RM150j) 
  • Kemudahan kredit perlindungan insurans pengeksport PKS: (RM1b)
  • Pinjaman mengautomasi pengeluaran perabot tempatan tujuan eksport: (RM100j) 


5. Mempergiatkan Sektor Pertanian
  • Bantuan dan insentif pesawah, pekebun kecil getah dan nelayan: (RM2.3b)
  • Infrastruktur pengairan dan menaik taraf jalan ladang: (RM500j)
  • Program pembangunan dan penanaman semula kelapa sawit: (RM140j)
  • Program pertanian sebagai sumber kekayaan baharu: (RM200j)
  • Penanaman semula kelapa (CARECA dan MATAG) secara berkelompok: (RM50j)
  • Bantuan pesawah RM200 untuk 3 bulan sementara menunggu tuaian padi: (RM150j)
  • Program penanaman semula getah dan kemudahan infrastruktur pengeluaran latex: (RM200j) 

6. Mempergiatkan Industri Pelancongan
  • Mengisytihar tahun 2020 sebagai Tahun Melawat Malaysia
  • Tabung Pelancongan PKS dengan subsidi kadar faedah 2%: (RM2b)
  •  Tabung Pembangunan Infrastruktur Pelancongan: (RM1b)
  • Program pembangunan dan promosi pelancongan: (RM500j)
  • Memperluas hab serantau eVisa
  • Galakan cukai bagi pelaburan hotel baharu 4 & 5 bintang dilanjutkan 2 tahun
  • Galakan pengecualian cukai pendapatan dilanjutkan kepada 31 Disember 2020 


7. Industri pelancongan kesihatan : Malaysian Healthcare Travel Council (MHTC: RM30j) 
  • Hab Rawatan Kesuburan dan Kardiologi Asia perkhidmatan kesihatan bernilai tinggi 
  • Program Flagship Medical Tourism Hospital khusus kepada hospital swasta
  • Galakan elaun cukai pelaburan pelancongan kesihatan dilanjut 31 Disember 2020
  • Potongan cukai 2 kali bagi perkhidmatan pergigian dan ambulatori 
  • Pengecualian cukai 50% nilai peningkatan eksport dinaikkan 100% 

8. Memacu Sektor Logistik
  • Projek ECRL menghubungkan Pelabuhan Klang-Pengkalan Kubor 
  • Projek MRT2 Sungai Buluh-Serdang-Putrajaya (52km): Kos RM32b
  • Projek High Speed Rail menghubungkan Kuala Lumpur - Singapura (350km)
  • Projek Central Spine Road: (RM230j)
  • Pulau Pangkor diisytiharkan sebagai pulau bebas cukai
  • Special Border Economic Zone di Bukit Kayu Hitam
  • Dana Pembangunan Pengangkutan: (RM3b)
  • Tabung Pengangkutan Awam bagi modal kerja dan pembelian bas dan teksi: (RM1b)
  • Sistem kawalan biometric untuk memantau pemanduan bas ekspres: (RM45j)
  • Subsidi perkhidmatan keretapi luar bandar (Tumpat-Gua Musang): (RM55j)
  • Menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan Langkawi
  • Bina baru Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Mukah dan Sandakan 


9. Mengukuhkan Pasaran Kewangan 
  • Pinjaman perniagaan gunakan harta intelek sebagai instrumen cagaran: (RM1.5b) 
  • Pengecualian duti setem atas nota kontrak Exchange-Traded Fund dan Structured Warrants bagi 3 tahun 
  • Potongan cukai bersamaan amaun pelaburan yang dibuat di dalam syarikat teroka 
  • Potongan cukai oleh pelabur budiman (angel investor) dalam syarikat teroka
  • Pengecualian cukai pendapatan ke atas penerima geran khas Sukuk Hijau SRI 
  • Pengecualian cukai pendapatan ke atas pendapatan fi pengurusan diperluas kepada dana SRI konvensional mulai 2018-2020 
  • Mewajibkan majikan membuat pembayaran gaji pekerja asing melalui akaun bank 

10. Kemudahan Pusat Jagaan Kanak-Kanak dan Kebajikan OKU 
  • Mewajibkan semua bangunan pejabat yang baharu menyediakan pusat jagaan kanak-kanak bermula di Kuala Lumpur 
  • Potongan tambahan bagi majikan menggaji OKU diperluas kepada majikan menggaji pekerja yang disahkan oleh PERKESO 

11. Memupuk Budaya Menyimpan Wang Generasi TN50
  • Amanah Dana Anak Malaysia 2050 (ADAM50) Dana Tabungan Permulaan bernilai 
  • RM200 (unit amanah saham) PNB untuk anak dilahirkan 1 Januari 2018-2022 

12. Pendidikan untuk Generasi TN50 – RM250j 
  • Menubuhkan Pusat Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) 
  • Mempertingkatkan modul Computer Science yang termasuk program Coding 
  • Menaik taraf 2,000 kelas menjadi Bilik Darjah Pintar Pembelajaran Abad ke-21 bagi meningkatkan pembelajaran berasaskan pemikiran kreatif dan inovatif: (RM190j) 


13. Memartabat pendidikan tinggi
  • Biasiswa- RM2.2b;
  • Geran penyelidikan dan pembangunan kepada IPTA: (RM400j)
  • Bantuan baucar buku bernilai RM250
  • MyBrain untuk melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana dan kedoktoran: (RM90j) 
14. Kerjaya dan Bakat TN50
  • Program perantis dan temuduga terbuka di bawah SL1M: (RM40j)
  • Syarikat swasta yang berjaya mendapat kontrak Kerajaan diwajibkan memperuntukkan 1% daripada nilai projek bagi Program SL1M 
  • Pusat sehenti menggabungkan agensi seperti JobsMalaysia, SL1M, PERKESO, HRDF dan TERAJU di UTC.
  • Program National Leaders Circle untuk pengisian jawatan penting dan tertinggi 

15. Social Enterprise
  • Geran sepadan bagi pembiayaan social enterprise: (RM50j) 
16. Pembangunan Sukan 

  • Program FitMalaysia, Hari Sukan Negara, latihan atlit, program akar umbi dan program pembangunan bola sepak negara melalui KBS: (RM1b) 
  • Membina 14 kompleks sukan baharu di seluruh negara: (Kos RM112j)  Sekolah Sukan Bukit Jalil: (RM20j) 

17. Penambah baikan dan Penyelenggaraan Sekolah 
  • Pembinaan pra sekolah, pusat PERMATA, sekolah rendah & menengah dan kolej vokasional serta matrikulasi: (RM654j) 
  • Tabung Khas Penambahbaikan dan Penyelenggaraan Sekolah: (RM550j) 
  • Membina semula dan menaik taraf 2,000 sekolah daif menggunakan IBS: (RM2.5b) 

18. Bantuan Persekolahan 
  • Bantuan makanan, buku teks, geran kapita dan biasiswa kecil persekutuan: (RM2.9b) 
  • Bantuan persekolahan RM100 seorang: (RM328j) 

19. Pembiayaan Pengajian Tinggi PTPTN 
  • Diskaun 20% untuk penyelesaian penuh pinjaman
  • Diskaun 10% untuk bayaran 50 % daripada baki hutang sekali bayaran 
  • Diskaun 10% untuk bayaran balik melalui potongan gaji
  • Menaikkan jumlah pinjaman maksimum pelajar keluarga B40: (RM200j)
  • Grace period pembayaran balik dilanjutkan daripada 6 kepada 12 bulan 

20. Skim Simpanan Pendidikan 1Malaysia (SSP1M) 
  • Geran sepadan sehingga RM500 kepada pencarum: (RM250j)
  • Pelepasan cukai pendapatan individu bagi SSP1M selama 3 tahun 

21. Memartabat Latihan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET) 
  • Institusi TVET di bawah 7 Kementerian dijenamakan TVET Malaysia 
  • Pelan Induk TVET Malaysia: (RM4.9b)
  • Biasiswa Pelajar Cemerlang TVET: (RM4.5j) 

22. Menubuhkan National Rail Centre of Excellence (NRCOE) 
  • Bertujuan menyelia dan menyelaras jaminan kualiti serta akreditasi pendidikan dan latihan rel negara 
  • Syarikat MRL dengan kerjasama IPTA akan melatih 3,000 profesional industri rel

23. Menyedia Infra-Rakyat yang Berkualiti
  • Lebuhraya Pan Borneo: (RM2b)
  • Projek mesra rakyat: (RM1.1b)
  • Membangunkan infrastruktur komunikasi: (RM1b) 
  • Projek jalan luar bandar: (RM934j) 
  • Bekalan elektrik luar bandar dan air bersih: (RM672j)
  • Bekalan air bersih di Sabah dan Sarawak: (RM420j)
  • PIA & PIAS: (RM500j)
  • Pemetaan dan pengukuran tanah-tanah adat di Sabah dan Sarawak: (RM50j) 

24. National Blue Ocean Shift (NBOS)
  • Pembinaan UTC baharu, Blue Ocean Entrepreneur Township, Mobile CTC, program keusahawanan, Global Entrepreneurship Community serta Usahawan Sosial inklusif dan vibrant: (RM300j) 
25. Kebajikan Peneroka FELDA
  • Bayaran Insentif Khas Peneroka bernilai RM5,000;
  • Mengembalikan wang ses bagi tanaman semula getah kepada kelapa sawit: (RM43j) 
  • Penanaman semula Kelada sawit: (RM60)
  • Membina 5,000 unit Rumah Generasi Kedua FELDA: (RM164j)
  • Menaik taraf jalan, sistem bekalan air dan lampu jalan di FELDA: (RM200j) 
26. Keselamatan dan Ketenteraman Awam
  • Pembelian dan penyelenggaraan aset pertahanan: (RM3b) 
  • Pembinaan ibu pejabat dan balai polis serta pembelian senjata api: (RM720j) 
  • Menaik taraf sistem ICT dan 1PDRMnet serta sistem komunikasi: (RM270j) 
  • Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia-PDRM (PPA1M PDRM)-10,000 unit; 
  •  Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM): (RM490j) 
  • Mempertingkatkan kawalan keselamatan di kawasan ESSCOM: (RM250j) 
  • Meningkatkan keupayaan aset pesenjataan bagi menangani kegiatan anti- keganasan: (RM50j)
  • Memperkukuh peranan RELA dan kelengkapan pakaian seragam: (RM250j) 
  • Blueprint Perumahan Keluarga Angkatan Tentera (RKAT)- 6,000 unit 
  • Menaik taraf hospital, poliklinik dan hospital veteran angkatan tentera: (RM40j) 

27. Dasar Transformasi Kesejahteraan Bumiputera 
  • Biasiswa pengajian tinggi dan latihan Majlis Amanah Rakyat (MARA): (RM2.5b)  Program Peneraju Profesional, Skil dan Tunas: (RM90j)
  • MARA Graduate Employability Training Scheme (GETS): (RM200j)
  • Program peningkatan keusahawanan Bumiputera: 
  • Keusahawanan dan Premis Perniagaan PUNB: (RM200j) 
  • Pembangunan vendor, TUBE, SUPERB, dan Anjakan Usahawan: (RM155j) 
  • Skim Pembiayaan Kontrak Ekspres dan Pembiayaan Mudah Jaya: (RM200j) 

28. Kesejahteraan Masyarakat Cina dan India
  • Pinjaman PKS melalui Koperasi Jayadiri Malaysia Berhad (KOJADI): (RM50j) 
  • Yayasan Peniaga dan Penjaja Kecil 1Malaysia untuk komuniti Cina: (RM30j) 
  • Pembangunan Kampung-kampung Baru Cina dan pembaikan rumah: (RM75j) 
  • Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India melalui TEKUN: (RM50j) 
  • Pengagihan khas unit tambahan Amanah Saham 1Malaysia untuk masyarakat India: 
  • Mengambilan kaum india ke IPTA dan Penjawat Awam baharu ditingkatkan 7%

29. Orang Asli 
  • Program bantuan makanan komuniti kepada 5,000 pelajar Orang Asli: (RM50j) 
  • Bantuan pengajian RM3,000 kepada ibu bapa bagi perbelanjaan persediaan anak- anak ke IPTA 
  • Program Pembangunan Bersepadu Perkampungan Orang Asli: (RM60j) 

30. Wanita dan Kesejahteraan Keluarga
  • 2018 sebagai Tahun Memperkasa Wanita 
  • Mewajibkan 30% wanita dalam keahlian Lembaga Pengarah GLC dan GLIC serta Badan Berkanun
  • Cuti bersalin mandatori sektor swasta dinaikkan daripada 60 ke 90 hari
  • PEAK Entrepreneur Programme di bawah MyWin Academy: (RM20j)
  • Pengecualian cukai pendapatan individu ke atas pendapatan yang diperolehi dalam tempoh 12 bulan, kepada wanita yang kembali bekerja sekurangnya 2 tahun berhenti bekerja 

31. Menjana Pendapatan Rakyat 
  • Program eRezeki, eUsahawan dan eLadang di bawah MDEC: (RM100j) 
  • Pinjaman mudah Food Truck 1Malaysia (FT1M) melalui Bank Rakyat dengan subsidi kadar faedah 4%: (RM120j) 
  • Program 1AZAM bagi meningkatkan pendapatan: (RM60j) 
  • Program Motosikal Tiga Roda, mobilepreneur dan program MyAGROSIS: (RM25j) 
  • Penggunaan aplikasi e-hailing oleh pemandu teksi berdaftar sedia untuk membeli kereta baharu- geran RM5,000; 
  • Program BR1M: (RM6.8b) 
  • Subsidi barangan, pengangkutan, elektrik dan tol: (RM3.9b) 
  • Menyediakan 50 Kedai Rakyat 1Malaysia 2.0 (KR1M 2.0) dengan menjual 5 barang keperluan asas dengan harga rendah: beras, gula, minyak, tepung & gas memasak serta 50 SKU 
  • Penyeragaman harga barang keperluan asas di Sabah dan Sarawak: (RM80j) 
  • Agrobazaar Malaysia dengan harga jualan agro lebih rendah: (RM20j) 
  • Program FAMA dan LKIM bagi memastikan stok makanan berpatutan: (RM50j) 
  • Memansuhkan kutipan tol mulai 1 Januari 2018 bagi Batu Tiga dan Sungai Rasau, Selangor, Bukit Kayu Hitam, Kedah dan Eastern Dispersal Link, Johor. 

32. Pengurangan Kadar Cukai Pendapatan 
  • Pengurangan kadar cukai pendapatan individu: 
  • RM20,001-35,000: 5% ke 3% 
  • RM35,001-50,000: 10% ke 8% 
  • RM50,001-70,000: 16% ke 14% 
  • Meningkat pendapatan boleh guna antara RM300-RM1,000. Pelaksanaan langkah ini lebih 261 ribu tidak perlu membayar cukai 
33. Skim Persaraan 1Malaysia
  • Meningkatkan Skim Persaraan 1Malaysia kepada 15% maksimum RM250 setahun untuk 5 tahun dari 2018-2022 
34. Pembantu Rumah Asing 
  • Kebenaran untuk pengambilan pembantu rumah asing secara terus tanpa melalui ejen 

35. Perumahan
Projek Perumahan Rakyat - 17300 unit (JPN)
Rumah Rakyat Mesra - 3000 unit(SPNB)
PRIMA - 210000 (PR1MA)
MyBNHome - 600 (NSU)
MyDeposit & MyHomes - 2000 (JPN)

  • Penyelenggaraan dan pembaikan rumah termasuk Tabung Penyelenggaraan 1Malaysia: (RM200j)
  • Pengecualian duti setem ke atas perjanjian pinjaman dan surat cara pindahmilik 
  • Pengecualian cukai ke atas sewaan sebanyak 50% bagi sewaan sehingga RM2,000 

36. Kesihatan 

  • Bekalan ubatan dan barangan consumable serta sokongan perubatan: (RM4.1b) 
  • Menaiktaraf dan menyelenggara fasiliti, peralatan perubatan, ambulan dan dewan bedah hospital Muar, Banting dan Balik Pulau: (RM1.4b) 
  • Perkhidmatan kardiologi & kardiotorasik di Hospital Kuala Terengganu dan Alor Setar; 
  • Menaik taraf hospital dan klinik termasuk sistem pendawaian: (RM100j) 
  • Bantuan haemodialisis dan Tabung Bantuan Perubatan: (RM90j) 
  • Menampung kos perubatan bagi rawatan rare diseases dan program Komuniti Sihat 
  • Pembina Negara: (RM40j) 
  • Membina wad wanita dan kanak-kanak di Hospital Tengku Ampuan Afzan dan 
  • Hospital Putrajaya: kos RM1b Membina Pusat Kanser di Sungai Petani kapasiti 200 buah katil: kos RM500j 
  • Membina klinik pakar dan wad baharu di Hospital Pulau Pinang: kos RM500j 
  • Membina pusat perubatan forensik di Hospital Kuala Lumpur: kos RM380j 
  • Skim Voluntary Health Insurance (VHIS): (RM50j) 

37. GST 

  • Tiada GST ke atas pembekalan perkhidmatan oleh PBT 
  • Layanan GST berkadar sifar ke atas bahan bacaan termasuk majalah dan komik 
  • Pelepasan GST ke atas operator kapal persiaran (cruise) 
  • Pelepasan GST sepenuhnya diberi ke atas perkhidmatan pembinaan bangunan sekolah dan rumah ibadat yang dibiayai melalui sumbangan derma 
  • Pelepasan GST pengimportan peralatan berkaitan industri minyak dan gas di bawah 
  • satu perjanjian pajakan (lease agreement) 
  • Pelepasan GST diberi ke atas pengimportan big ticket items seperti kapal terbang dan 
  • kapal oleh syarikat penerbangan dan perkapalan 
  • Tiada GST bagi Perkhidmatan pengurusan & penyelenggaraan kediaman berstrata 

38. Geran Sepadan
  • Geran sepadan di bawah Dana Strategik Pelaburan Domestik bagi menaik taraf kemudahan Smart Manufacturing: (RM245j) 
39. Futurise Centre 
  • Memperkukuh futurise centre di Cyberjaya sebagai pusat sehenti bagi syarikat korporat dan universiti, membangunkan prototype produk 

40. Galakan Cukai
  • Melanjutkan tempoh insentif Elaun Modal Dipercepatkan sebanyak 200% ke atas kelengkapan automasi 2018-2020 

  • Galakan Elaun Modal Dipercepatkan sebanyak 200% untuk sektor pengilangan dan sektor perkhidmatan 

  • Elaun Modal bagi peralatan ICT mulai 2018-2020 


41. Pembangunan Lestari 
  • Skim Pembiayaan Teknologi Hijau untuk menggalakkan pelaburan industri teknologi 
  • hijau: (RM5b) 
  • Program Non-Revenue Water untuk mengurangkan kehilangan air: (kos RM1.4b) 
  • Membina Off-River Storage sebagai sumber n air alternatif: (kos RM1.3b) 
  • Rancangan tebatan banjir seluruh negara: (RM517j) 


42. Digital Free Trade Zone (DFTZ)
  • Penyediaan infrastruktur fasa satu DFTZ di Aeropolis, KLIA: (RM83.5j)
  • Nilai de minimis bagi import dinaikkan dari RM500 ke RM800 

43.Regulatory Sandbox
  • Mewujudkan ekosistem kondusif bagi pengkormersilan inovasi disemua suruhanjay 
44. Warga GLC 
  • Meningkatkan pengagihan keuntungan kepada pekerja 
  • Memperkenal Flexible benefits – menukar kelayakan cuti kepada ganjaran tunai 
  • Menambahkan fleksibel work arrangement 
  • Memperkenalkan kemudahan lepasan cuti menunaikan umrah 
  • Taska di pejabat utama dan kemudahan pengurangan waktu bekerja wanita mengandung 
  • Meningkatkan pelaburan latihan dan bantuan pendidikan untuk anak pekerja 

45. Mengutama Kebajikan Warga Emas, OKU dan Kanak-Kanak 

  • Menaikkan elaun warga emas kepada RM350 sebulan: (RM603j) 
  • Menaikkan elaun OKU bekerja, tidak bekerja dan penjaga OKU sebanyak RM50 sebulan: (RM100j) 
  • Bantuan Kanak-Kanak Keluarga Miskin: (RM245j) 

46. Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) 
  • Pembiayaan LPPSA ke atas hartanah yang dibangunkan di atas tanah wakaf 
  • Yuran guaman pembelian rumah sebagai sebahagian skop pembiayaan LPPSA 
  • Anak dan ibu bapa membuat pembiayaan bersama daripada LPPSA (keduanya 
  • anggota perkhidmatan awam) 
  • Pembiayaan bersama (joint-loan) di antara suami/isteri/anak yang salah seorang bukan penjawat awam 

47. SERI dan KITA-UKM
  • Mewujudkan Institut Penyelidikan Sosio-Ekonomi (SERI) di bawah JPM dan menaik taraf Institut Kajian Etnik, KITA-UKM 


48. Meningkatkan Kecekapan Perkhidmatan Awam 

  • Kenaikan pangkat time-based kali 2 bagi kump. pelaksana untuk tempoh 13 tahun 
  • Memberi faedah persaraan (bersara atas sebab kesihatan) 
  • Membenarkan GCR melebihi 150 hari sebagai cuti rehat pada tahun persaraan 
  • Menaikkan CRK bagi Peg. Perkhidmatan Pendidikan daripada 7hari kepada 10 hari setahun 
  • Kemudahan 7 hari CTR sepanjang perkhidmatan bagi menunaikan umrah 
  • Menambah waktu kerja berperingkatiaitu bermula 9.00 pagi-6.00 petang 
  • Pakar Perubatan Gred UD54 dan ke atas (telah diwartakan 4 tahun) diberi kelonggaran 1 hari seminggu melaksanakan Waktu Kerja Fleksi 
  • Pegawai wanita mengandung 5 bulan ke atas dan suami dibenarkan balik awal sejam (bekerja di lokasi sama) 
  • Meningkatkan cuti bersalin daripada 300 kepada 360hari (max 90 hari setahun); 
  • Kursus Sarjana & PhD secara in-house 
  • Menetapkan kadar pencen terendah sebanyak RM1,000 
  • Perluas kemudahan perubatan untuk ibu dan bapa pesara 
  • Bayaran Khas RM1,500 kepada penjawat awam 
49. Komuniti dan Kejiranan 
  • Bayaran khas one-off RM1,500 kepada ketua kampung dan tok batin 
  • Geran Komuniti Penduduk 1Malaysia (KP1M) sehingga RM10,000 kepada persatuan penduduk berdaftar: (RM40j) 
  • Program latihan dalam komuniti di 50 kawasan PPR: (RM40j) 


50. Memartabat Syiar Islam dan Pengutuhan Jati Insan
  • Membaik pulih dan menyelenggara sistem pendawaian di semua sekolah tahfiz yang berdaftar dikendalikan oleh GiatMara: (RM50j)
  • Skim latihan kemahiran GiatMara terpilih akan diperkenalkan kepada sekolah tahfiz;  Bayaran elaun bulanan imam, bilal, guru KAFA dan guru takmir: (RM588j) Bayaran khas one-off RM1,500 kepada imam, bilal, guru KAFA dan guru takmir termasuk ‘tok siak’: (RM100j) 



© all rights reserved
made with by templateszoo