NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Warga China bakal jadi CEO Proton?



Menteri Kewangan II Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata beliau tidak tahu-menahu berhubung khabar angin Zhejiang Geely Holding bakal melantik warga China sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) Proton.

"Saya perlu periksa dulu, tetapi ini syarikat persendirian dan tiada kaitan lagi dengan kerajaan.

"Terpulang kepada rakan niaga mereka untuk melantik sesiapa sahaja sebagai CEO," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

China Press yang memetik agensi berita China Xinhua, melaporkan bekas timbalan pengurus besar Dongfeng Honda Engine Co, Li Chunrong yang menyertai Geely pada 22 Ogos lalu bakal dilantik memegang jawatan itu.

Geely Proton tidak mengesahkan khabar angin itu.

Pada Mei lalu, DRB-Hicom menjual 49.9 peratus sahamnya kepada Geely.

Sebelum urus niaga itu, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata kerajaan tidak akan campur tangan dalam setiap keputusan Proton.

Beliau bagaimanapun menyifatkan usahasama dengan Geely adalah positif memandangkan syarikat itu berjaya memulihkan Volvo.
© all rights reserved
made with by templateszoo