NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Terowong: Mahkamah Benar Permohonan Syarikat Halang Huan Keluarkan Kenyataan




GEORGE TOWN, 14 Sept (Bernama) -- Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonan injunksi syarikat Consortium Zenith BUCG Sdn Bhd bagi melarang Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM) Datuk Huan Cheng Guan daripada mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung projek terowong dasar laut.

Hakim Datuk Rosilah Yop membuat keputusan itu di dalam kamar di hadapan peguam Datuk Baljit Singh yang mewakili Huan dan peguam Tengku Haris Tengku Rostam, mewakili Consortium Zenith BUCG.

Baljit ketika di luar mahkamah memberitahu pemberita bahawa mahkamah membenarkan permohonan syarikat berkenan selaku plaintif selepas mendapati ia bersesuaian dengan permohonan syarikat Consortium Zenith BUCG.

"Mahkamah benarkan permohonan plaintif, tetapi dalam klarifikasi yang diberikan oleh mahkamah beliau menyatakan ini hanyalah terhadap plaintif , Consortium Zenith BUCG Sdn Bhd, injunksi terhadap Datuk (Huan) tidak ada kena mengena dengan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd.

"Oleh itu injunksi ini mengikut pandangan kami terhadap satu syarikat yang tidak wujud lagi dan mejar (Huan) akan terus berbincang mengenai isu terhadap Consortium Construction Sdn Bhd, tetapi bukan terhadap Consortium Zenith BUCG Sdn Bhd," katanya.....
© all rights reserved
made with by templateszoo