Header Ads

Siapa Rohingya ni?





Hantar Rohingya Balik?
Banyak pula komen-komen sebegini yang saya jumpa di media sosial lewat mutakhir ini selepas demo MAPIM di kedutaan Myanmar tempoh hari. Saya tidak pasti sama ada yang marah-marah ini betul faham apa yang mereka marah. Jadi saya kumpulkan beberapa persoalan pokok yang mungkin boleh memberi pencerahan kepada rakyat Malaysia mengenai isu ini :

Siapa Rohingya ini?
Etnik Rohingya merupakan suku kaum yang tinggal di wilayah Arakan, Utara Myanmar bersempadan dengan Bangladesh.


Daripada mana mereka datang?
Mereka datang daripada wilayah Arakan, Myanmar. Kerajaan Islam Arakan telah lama wujud sejak tahun 1400an sehingga ditakluk oleh kerajaan  Dinasti Konbaung pada 1700an sebelum diserah kepada British pada 1826 melalui perjanjian Anglo-Burma 1826. Pada 1948 apabila Burma merdeka, wilayah Arakan diserah pula kepada mereka oleh British. Ingat tak pasal wilayah Pattani Darussalam ? Lebih kurang sama lah kes nya dengan tanah Arakan ni.



Kenapa pihak Junta Myanmar tidak terima mereka?
Pembersihan etnik terancang. Dendam Junta Myanmar . Ada yang bertanya kenapa muslim lain di Myanmar ok, tetapi Rohingya kena bantai? Betul ke ok ni bro. Tapi untuk menjawab soalan, ini kerana dendam mereka yang tak berkesudah  terhadap etnik Rohingya. Semasa Perang Dunia ke 2,  ada satu ketumbukan Arakan Defense Forces(ADF) yang bekerjasama dengan British dan Nasionalis Burma untuk menghalau keluar Jepun dengan syarat menjadikan wilayah Arakan sebagai Wilayah Autonomi.  Dikatakan ADF  ada menggunakan kekerasan terhadap etnik Rakhine semasa tempoh tersebut tetapi tidak ada bukti kukuh yang boleh menguatkan hujah tersebut. Kemudian pada 1962, apabila Jeneral Ne Win mengambil alih tampuk pemerintahan , Etnik Rohingya terus diserang. Pada 1978, Pemerintah Bangladesh dan Burma pada masa itu telah bersetuju untuk mengakui bahawa Etnik Rohingya adalah penduduk asal Myanmar, namun pada 1982 perkara berubah lagi.
Kenapa mereka tidak berunding sahaja? Kan senang ?
Isunya bukan tak berunding. Pihak Junta Myanmar sendiri secara terancang memang tidak mahu etnik Rohingya ini ada di bumi Myanmar. Akta Kerakyatan Burma pada 1982 secara efektifnya menjadikan etnik Rohingya sebagai “stateless”. NEGOTIATION WAS NEVER ON THE TABLE ! Thein Sein, bekas Jeneral Tentera Myanmar dan Presiden 2011-2016 sendiri dalam temubualnya dengan majalah TIME menyatakan bahawa penyelesaian isu ini ialah dengan menghalau keluar mereka keluar daripada Myanmar.

Kalau dah tak boleh berunding, angkatlah senjata! Tak kan nak kena buli?
Ya, ada sekumpulan kecil yang sudah angkat senjata sebab mereka dah putus harapan terhadap proses rundingan PBB dan OIC, dan juga terhadap saudara Islam mereka yang lain yang konon mengucap 1 kalimah yang sama tapi hipokrit. Ya, siapa lagi, kita yang tengah baca ni la. Harakah al-Yaqin (HaY) merupakan kumpulan bersenjata yang dibentuk bagi mempertahankan nasib orang Rohingya yang ditekan sami-sami ektremis (yang juga mengetuai Revolusi Saffron pada 2007).

Tapi, maklumat daripada kerajaan Myanmar kata mereka ni yang tak nak terima syarat kerakyatan ?

Bro, kau rasa kenapa kerajaan Myanmar tak benarkan media masuk ke dalam wilayah Arakan ni? Kalau betul Rohingya ni salah , kasi lah media antarabangsa masuk dan lihat sendiri. Jangankan media, pasukan bantuan Palang Merah yang terkenal  tu pun tak boleh ! Misi utama mereka ialah untuk menjadikan keadaan sangat kritikal sehingga baki yang tinggal akan lari menyertai diaspora Rohingya di luar negara. Akta Kerakyatan Burma 1982 memang sengaja mengeluarkan etnik Rohingya daripada senarai etnik Myanmar.

Mereka ni pengotor, takde adab?
Kali terakhir saya periksa, yang selalu buat iklan lucah di tandas awam bukanlah bangsa Rohingya, tapi suku kaum lain yang menjadi majoriti di Malaysia. Jangan kita berasa terlalu bagus dengan keadaan kita sekarang sehingga menidakkan peluang  orang lain untuk mencari kehidupan di bumi Allah yang luas ini.

Tak kan itu je, takde sebab lain ke konflik berlaku?
Untuk itu, kita boleh kaji pengaruh “Soft Power” China dalam menentukan polisi Myanmar. Syarikat-syarikat China telah melabur berbillion wang di Myanmar dalam sektor gas asli. Di wilayah Kyaukpyu Arakan,  satu pelabuhan laut dalam sedang dibina dan ditaja oleh China National Petroleum Corporation. Jadi apa kaitan? China pastinya mahukan keadaan yang stabil di Myanmar Kyauk Pyu merupakan pintu masuk untuk laluan paip gas dan petroleum  ke China di mana ia akan memberikan laluan alternatif untuk import sumber asli dari timur tengah yang dapat mengelakkan laluan Selat Melaka. China tidak akan menyokong untuk mempertahankan hak asasi Rohingya, tetapi ia akan berminat untuk menghalang pertumbuhan kumpulan bersenjata seperti yang mereka hadapi di wilayah Xinjiang sekarang. Dapat tak?
Apa yang kita boleh buat untuk bantu ?
Kita kena sebarkan maklumat yang sebenar mengenai isu ini. Bantu mereka dapatkan pendidikan. Ada beberapa sekolah Myanmar yang dibuka di sekitar Lembah Klang dan dijalankan oleh sukarelawan. Ya, anda boleh bantu dengan jadi sukarelawan di sekolah-sekolah ini supaya boleh didik anak-anak Rohingya ini tak buat kotor lagi, dan satu hari nanti mampu bina bangsa mereka untuk pulang ke tanah air mereka.
Semoga dengan semangat Hari Arafah yang baru sahaja berlalu, di mana semua manusia berkumpul tanpa mengira ras dan warna kaum untuk menyembah Tuhan yang satu, kita dapat betul-betul menyelamai erti sebenar ibadah haji dan korban. Bukan sekadar ritual yang dibuat untuk mencukupkan rukun.

Rujukan :
1. "Burma Citizenship Law". Government of Burma. UNHCR. 15 October 1982. Retrieved 15 March 2012.
2.    https://intpolicydigest.org/2017/02/06/burma-hypocrisy-clashes-morality/
3. http://www.reuters.com/article/us-china-silkroad-myanmar-port-exclusive/exclusive-china-seeks-up-to-85-percent-stake-in-strategic-port-in-myanmar-idUSKBN1811DF

Photo credit : NY Times