Header Ads

Rohingya: The Twist Begins?



Oleh: Dr Tanaka Mustafa

1) Saya pernah post pasal twisted fikrah, yang mana pemikiran kontra yang sedang berkembang dan berjaya merekrut ramai followers.

2) Antaranya, fikrah yang menjustifikasi tindakan Israel membantai Palestin, dan meletakkan Hamas sebagai pihak bersalah. Walhal berpuluh tahun sebelumnya menganggap Hamas adalah hero, Israel ganas.

3) Antaranya, umat Islam sendiri menaikkan nama Mustafa Kamal Ataturk sebagai hero bapa pemodenan Turki, setelah berpuluh tahun melaknatinya sebagai peruntuh Sistem Khalifah Ottoman Empire.

4) Islamisasi yang dipopular pada tahun 80an, kini ditwist sebagai propaganda Arabisasi. Taktikal ini semakin berkembang dan pendakwah yang leka pasti akan dibaham.

5) Banyak lagi isu twisted fikrah yang berlaku. Dan hari ini, isu Rohingya - sudah mula kedengaran bahawa orang Rohingya akan diletak dalam kandang pesalah. Sudah ada ramai followers yang mula sinis terhadap Rohingya, walaupun dalam hati masih tidak dapat menerima keganasan Rakhine.

6) Ini baru permulaan twist. Babak akhir, pastilah Rakhine akhirnya dijulang sebagai bangsa bermaruah mempertahankan tanah air daripada bangsa Rohingya yang pengotor, tak sedar diri dan keras kepala.

7) Hati-hati semua. Study lah dulu sebelum membabibutatuli menyokong mana mana penulisan termasuk tulisan saya. Dah terlalu banyak isu kita menghukum secara salah.

Sekian