NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ketua Polis Negara: Pengarah SB ganti Khalid



Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun dilantik sebagai ketua polis negara (KPN) menggantikan Tan Sri Khalid Abu Bakar yang bersara wajib.

Fuzi menandatangani dokumen serah terima tugas sebagai KPN disaksikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Khalid.

Majlis serah terima tugas yang berlangsung pada jam 10.20 pagi ini turut menyaksikan Khalid menyerahkan tongkat kuasa kepada Fuzi.



Sebelum dilantik sebagai KPN, Fuzi dilantik sebagai pengarah Cawangan Khas Bukit Aman pada 2015.

Fuzi juga pernah bertugas sebagai timbalan KPN selepas Tan Sri Mohd Bakri Zinin bersara pada 5 September 2014.

Beliau kemudiannya menjadi pengarah pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) apabila Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim dilantik sebagai Timbalan KPN pada Disember tahun lepas.

Manakala Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff dilantik sebagai pengarah Cawangan Khas Bukit Aman yang baharu.

Khalid berkata, persaraannya pada hari ini atas kehendaknya sendiri. Khalid sebelum ini berkata, beliau berhasrat untuk mengikui kelas masakan di Institut Bakeri Malaysia di Petaling Jaya.

Pada 1976, Khalid memulakan kerjayanya dengan pasukan polis ketika berusia 19 tahun dan pernah menyandang pelbagai jawatan sebelum dilantik sebagai ketua polis Negeri Sembilan pada 2005.

Selepas itu, beliau dilantik sebagai timbalan pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, sebelum menjadi ketua polis Selangor pada Jun 2007.
© all rights reserved
made with by templateszoo