Header Ads

PRU14: PAS lancar Gelombang Hijau akhir September



PAS lancar Gelombang Hijau pada 29-30 September di Terengganu. Seramai 200,000 peserta disasarkan akan hadir pada himpunan itu nanti. Himpunan yang diberi nama Fastaqim 2.0 itu akan diadakan di Pantai Tok Jembal, Terengganu.

Ketua Penerangan PAS Pusat, YB Ust Nasrudin Hassan ketika mengadakan sidang media di Pejabat Agung PAS menegaskan himpunan kali ini bakal menyaksikan ledakan dan gelombang kebangkitan ummah yang luar biasa.

"Keadaan ini seperti yang pernah diadakan di Kelantan pada tahun 2015 dengan lebih 100,000 kehadiran peserta," katanya dilaporkan dalam portal berita online, Harakahdaily.

Perhimpunan itu merupakan isyarat bahawa Parti Islam itu sudah bersiap sedia dengan 'gelombang hijau' bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

“Mesej utama memastikan PRU ini milik gelombang ketiga, ia adalah apa yang kita sebut gelombang hijau, sebelum dari ini menyaksikan pelbagai kebangkitan, seperti tsunami Cina, tapi kali ini gelombang hijau