Header Ads

Hospital Terbakar Kenapa Tidak Bising?



Sejak tahun 1990 hingga 2016 sebanyak 19 hospital terbakar di negara ini. Tidak ada pula suara Tan Sri Zainudin Maidin dan rakan-rakan yang seotak dengannya marah kepada hospital. Sudah pasti hospital mempunyai kelengkapan dan piawai yang hebat untuk membolehkan ia beroperasi. Alat pencegahan dan pemantauan  secara regular. Itu pun terbakar juga.  Kebakaran  di wad ICU Hospital  Sultanah Aminah Johor  pada  25 Oktober 2016  sehingga mengorbankan 6 orang.

Apabila berlaku kebakaran di Maahad Tahfiz Darul Quran Ittifaqiah  di Keramat Ujung yang meragut 24 nyawa,  macam-macam cercaan yang diberikan oleh manusia yang hatinya busuk. Siapa yang hendak kejadian ini berlaku?. Siapa yang hendak hospital terbakar?. Pihak sekolah cuba berusaha untuk yang terbaik. Apa yang berlaku di luar kemampuan manusia.

Memanglah sekolah seperti ini tidak mempunyai kelengkapan yang lengkap kerana masalah kewangan. Ia lebih bersifat tanggungjawab sosial sahaja. Bukan bersifat komersial. Yuran rendah, kalau mahal ada pula tuduhan mengatakan ustaz jual agama pula.

Sepatut kerajaan perlu bangga kerana ada lagi masyarakat yang prihatin  untuk membangunkan tahfiz seperti ini. Jangan apabila berlaku seperti ini ada segelintir masyarakat seperti Zainudin Maidin naik meroyan marah kepada pihak sekolah.  Otak seperti Zainudin Maidin ini tidak banyak sangat di dalam masyarakat. Ini spesis yang makan dedak terlalu banyak sehingga terlekat di hati.

Kerajaan perlu pantau dan cakna terhadap sekolah seperti ini terutama aspek keselamatan pelajar. Periksa secara berkala. Ambil tindakan segera. Perlu bersifat pro aktif, bukan apabila sudah berlaku baru bunyi macam-macam. Alfatehah untuk mereka yang terkorban semoga bersama orang yang soleh. Amin.                        

Hj Idris Hj Ahmad
Naib Presiden PAS
15/9/17