Header Ads

Gaza: Bantuan perubatan diperlukan...



Antara ujian yang paling besar dihadapi rakyat Gaza ialah dari sudut kekurangan di sektor perubatan.

Pernah dikongsikan sebelum ini, bahawa penduduk Gaza, apabila sakit di pertengahan bulan, maka mereka sangat sukar mendapatkan ubatan dari hospital dan klinik kerajaan kerana kehabisan stok, lalu terpaksa menunggu stok bulan hadapan sampai.

Percaya atau tidak, anda seolah dilarang sakit kecuali pada awal bulan!

Lebih dahsyat, adalah masalah sempadan yang tidak dibuka sehingga melibatkan larangan keluar-masuk untuk pesakit mendapatkan rawatan di luar.

Disebabkan kekurangan inkubator & kesesakan pesakit, maka 4 bayi baru lahir di Hospital Shifa, Gaza berkongsi sebuah inkubator.

Bayangkan, ibu atau anak kalian yang sakit kanser, mati perlahan-lahan di depan mata, dan tidak dapat dirawat, hanya berserah kepada takdir di penjara terbuka paling besar di dunia.

Lalu setiap hari ada sahaja yang mengetuk pintu rumah kami, memohon sedikit bantuan perubatan untuk si anak yang menghidap leukimia, atau si isteri yang mengandung tetapi berkali-kali gugur dan terpaksa menelan pil Clexane yang tidak mampu dibeli dengan harapan beroleh zuriat.

Saya teringat kisah seorang pemuda, yang datang mengetuk pintu setiap hari memohon bantuan untuk anak yang kanser, sehingga kami sekeluarga hampir gila dan mengamuk. Akhirnya pemuda tersebut dibantu, tetapi beberapa bulan selepasnya beliau menyapa saya di masjid - katanya anak beliau telah meninggal dunia kerana tidak mendapat rawatan yang sepatutnya.

Ya Allah, betapa ketika itu hati luluh dan sesal, tetapi apakan daya, yang menghalang kes-kes seperti ini dibantu ialah dana NGO yang tidak mampu menampung permintaan kos rawatan perubatan yang tinggi.

Justeru pada Hari Arafah yang mulia ini, kami mengambil peluang melancarkan Tabung Bantuan Perubatan Gaza, dengan sasaran sekurang-kurangnya RM50,000 dapat dikumpulkan pada hari ini.

Ikutkan hati, mahu berusaha sehingga ke akhir usia agar cita-cita membuka Hospital Kanser di Gaza dapat dicapai. Manalah tahu ada dermawan yang sudi berkongsi harta.

Mankan tidak, tontonlah video wajah anak-anak ini yang telah meninggalkan kita, dan terbang ke syurga, dan tanyakan pada diri sendiri, andai mereka anak kita, sanggupkah kita membiarkan mereka terus menjadi mangsa tak berdosa?

Dalam mengejar ibadah puasa, berselawat, membaca al-Quran dan berkorban esok lusa, sempurnakanlah dengan tuntutan peduli umat seagama. Kami yakin, kalau setiap yang membaca menyumbangkan seadanya, lalu berkongsi berita, pasti banyak nyawa akan dapat diselamatkan.

Sumbangkan ke akaun rasmi NGO Persatuan Cinta Gaza Malaysia, Maybank 5648 1050 7826, dan whatsapp kepada saya +60197095092 (Nadir Al-Nuri) di Gaza, yang dukacitanya, menjadi saksi mata kepada kematian anak-anak ini.

Selamat beribadah, wahai kalian yang celik mata hati. Jangan lupa, SUMBANG dan SHARE ;(