Header Ads

Bolehkah Dr. Mahathir dipercayai?




Hari ni berlaku perdebatan kecil dengan seorang sahabat. 

Dia tanya aku kenapa puak aku tidak percaya Mahathir? 

Aku jawab awak kena tengok sejarah, sewaktu krisis umno diharamkan Mahathir pecat ketua Hakim negara, Tun Salleh Abas. Mahathir tubuh Umno baru, Lawannya tubuh Semangat 46, S46 bergabung dengan Pas atas tiket Angkatan Perpaduan Ummah APU.

Selepas itu berlaku lagi krisis dalam umno. Dia pecat Anwar kerana menuduh Anwar kaki peliwat dan tidak boleh dijadikan Perdana Menteri. Berlaku refomasi dan Umno mengucup teruk.

Bila waktu mahathir hilang kuasa 2/3 parlimen, Mahathir menangis di PWTC dan Wanita Umno waktu itu Rafidah Aziz, memujuknya...why....why...

Dia serah kuasa pada Tun Abdullah Badawi. Dia juga yang jatuhkan Pak Lah untuk selamatkan Umno. Dia keluar dari umno sebagai protes...tapi dia masuk semula umno bila reda dan Pak Lah hilang jawatan Perdana Menteri. Dia pilih Najib Razak sebagai ganti Pak Lah meneruskan kesinambungan umno.

Sekarang dia gagal guna kaedah yang sama untuk jatuhkan Najib. Dia keluar dari umno sekali lagi, kali ini dia bergabung dengan dengan DAP, sedangkan Mahathir anti DAP. Dia berjaya pecah dan hura harakan PKR sekarang ini.

Mahathir timbulkan semula isu kafir mengkafir dan hina Islam seperti zaman dia jadi Perdana Menteri selama 22 tahun. Mahathir sendiri sudah diketahui sebagai anti cina Dap, selain orang melayu Islam akan menjauhkan diri dari Pakatan Harapan yang diketuainya, cina DAP juga akan lari dari beliau.

Dap juga akan menerima kesan dari dia mengetuai Pakatan Harapan. Memang orang tahu Mahathir sudah acap kali tidak mampu menguasai Pas. Pas kebal dari unsur pemikiran penjajah yang ada pada Mahathir. Sehingga dia berperanan supaya Pas tidak bersama Pakatan Harapan. 

PAN pula menyokong penuh Pas tidak bersama Pakatan Harapan. Namun begitu DAP perlu ingat. Sentimen kebencian terhadap Mahathir sangat tinggi dan tidak boleh disembunyikan lagi. Ramai pemimpin Dap masih anti Mahathir. Jadi Pulau Pinang belum tentu selamat selepas PRU 14. Sekarang pun satu persatu YB Dap sudah meninggalkan parti sebelum PRU.

Inilah penangan Mahathir. Dia gagal jatuhkan Najib, dia hilangkan jawatan Timbalan Perdana Menteri Muhyidin, dia juga hilangkan jawatan Menteri Besar anaknya sendiri kerana percaya pelan politiknya.

PKR juga berjaya Mahathir krisisikan dan bakal pecah tidak lama lagi. Dalam masa sama Mahathir hidupkan sentimen agama agar Pas dilihat parti jumud. Ini semua Mahathir menjadi puncanya. Sedangkan Najib masih kekal Perdana Menteri.

Jadi memang aku tidak percaya kepada Mahathir. Jika teamnya kuat selepas PRU nanti tidak mustahil Mahathir kembali kepada umno. Jadi umno juga yang berkuasa. Pkr hilang kuasa, Dap hilang kuasa. Yang kekal ialah umno baru bersama Mahathir sekali lagi.... jadi siapa sekarang bantu umno? Mahathir!!

Kawan aku tadi tanpa bersalam terus meninggalkan majlis debat.....

Catatan Noja 
Puchong 19:00
05 Sept 2017