NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Jemputan ke FASTAQIM 2.0 di TOK JEMBAL dari Ahli Parlimen Kuala Nerus



1. Himpunan FASTAQIM 2.0 di pantai Tok Jembal, Dun Seberang Takir,  Parlimen Kuala Nerus pada 29 & 30 september 2017 merupakan himpunan terbesar ahli dan pimpinan PAS seluruh negara dengan sasaran 200k peserta diambang PRU ke 14. Tujuannya ialah sebagai pecutan akhir untuk menggembleng seluruh tenaga gerak kerja pilihanraya PAS bagi menuju kemenangan pada PRU ke 14.

2. Sebagai Ahli Parlimen Kuala Nerus, saya mengalu-alukan kehadiran seluruh rakyat Malaysia ke Kuala Nerus. Moga himpunan ini bakal menyemarakkan kerja jihad dakwah dan politik Islam yang dipacu oleh PAS. 

3. Rakyat Kuala Nerus khasnya dan Terengganu umumnya insyallah bakal menyambut kehadiran semua dengan sebaik-baik layanan sebagai tuan rumah buat tetamu mereka. 

4. Saya juga mengalu-alukan semua peserta untuk turut menikmati pelbagai makanan tradisi dan popular terengganu seperti nasi dagang, nasi minyak,  pulut sambal, laksa, laksam dan bihun sop yang boleh didapati di pelbagai kedai makan dan restoren di Kuala Nerus.

5. Keropok lekor dan keropok keping juga boleh didapati dengan mudah di seluruh parlimen, di sepanjang jalan dari jambatan Sultan Mahmud ke Lapangan Terbang bermula dari Bukit Tumboh, Banggul Pauh, Kg Alor Kuda, Bukit Tok Beng dan Kg Duyong. Juga boleh diperolehi di sekitar Stadium, kg Seberang Takir, Telaga Daeng, Teluk Ketapang, Tok Jembal, Mengabang Telipot dan Kg Padang Air. Rasailah kenikmatan keropok yang mengandungi isi ikan sehingga mencecah 95%.

6. Restoren ikan celup tepung, sotong celup tepung dan udang celup tepung boleh di dapati di sepanjang pantai Teluk Ketapang, Tok Jembal dan Mengabang Telipot dengan hidangan minuman air kelapa dan ABC disamping sate ikan, jagung bakar, goreng pisang dan lain-lain. 

7. Kueh-mueh tradisi Terengganu juga boleh dinikmati dari pelbagai gerai tepi jalan seperti akok, batang buruk, rojak betik, rojak kateh, apam berkuah, pukat buruk, tepung talam, laksa berkuah putih dan berkuah merah, pulut panggang khususnya di Pasar Batu Enam. 

8. Para peserta juga boleh meninjau pusat proses ikan kering, bilis dan belacan di hujung tanjung kg Seberang Takir dan menaiki bot penambang bagi menikmati perjalanan di Sg Terengganu menuju ke bandar Kuala Terengganu.

9. Kuala Nerus juga mempunyai beberapa hotel mewah, puluhan hotel bajet serta ratusan homestay dengan harga berpatutan untuk didiami oleh para peserta. 

10. Semoga kehadiran para peserta semua meninggalkan kenangan manis persinggahan jihad dakwah dan politik di Kuala Nerus. 

Wassalam. 

Dato' Dr Khairuddin bin Aman Razali at-Takiri
Ahli Parlimen Kuala Nerus

Khamis 28 september 2017
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1644453675573596&id=100000269374994

Saman individu berseluar pendek bersifat mendidik



Sebelum ini pun memang ada individu yang dikenakan tindakan sama (saman) tetapi selepas menghadiri sesi kaunseling mereka faham dan tidak dikenakan denda - (Mohd Fadzuli Mohd Zain, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan JAHEAIK)

KOTA BHARU - Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) menegaskan tindakan saman terhadap lelaki dan wanita Islam yang berpakaian tidak sopan lebih bersifat mendidik berbanding hukuman denda.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan JAHEAIK, Mohd Fadzuli Mohd Zain berkata individu yang menerima notis saman daripada pihaknya hanya diminta menghadiri sesi kaunseling tetapi jika ingkar boleh dikenakan denda RM1,000.

“Sebelum ini pun memang ada individu yang dikenakan tindakan sama (saman) tetapi selepas menghadiri sesi kaunseling mereka faham dan tidak dikenakan denda,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau mengulas seorang lelaki berusia 30 tahun menularkan dalam media sosial tindakan Jaheaik mengeluarkan notis saman kepadanya kerana memakai seluar pendek baru-baru ini.

Lelaki terbabit mendakwa dia hanya berhenti di sebuah gerai menjual burger dengan memakai seluar pendek kerana baru selesai bermain futsal.

Mohd Fadzuli berkata tindakan jabatannya adalah amalan biasa kerana sebelum ini seramai 85 individu menghadiri sesi kaunseling yang diadakan dalam tempoh Januari hingga Mei lepas manakala 72 orang lagi akan mengikuti sesi kedua kaunseling bulan depan.

Beliau berkata tindakan terhadap individu Islam yang berpakaian tidak sopan dilakukan mengikut  Seksyen 5(1) Enakmen Kanun Jenayah Syariah 1985 Negeri Kelantan.

JAHEAIK sentiasa menyertai operasi bersepadu bersama agensi penguat kuasa seperti Polis Diraja Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan, katanya.

Beliau berkata dalam operasi bersepadu bersama beberapa agensi penguat kuasa pada Isnin lepas (25 Sept) di Jalan Kuala Krai di sini, pihaknya telah membuat pemeriksaan di lokasi tersebut dan mengeluarkan 11 saman dalam kategori tidak sopan ke atas tujuh lelaki Islam berseluar pendek dan empat wanita Islam tidak bertudung dan berpakaian ketat.

Katanya kesemua yang diserahkan notis saman diarahkan untuk hadir sesi kaunseling yang bertujuan bagi mendidik umat Islam supaya berpakaian sopan menutup aurat khususnya di tempat awam. - Bernama

Agenda jahat dengan perubatan moden?



Saya diminta mengulas satu artikel dari blog yang bertajuk AGENDA JAHAT DALAM INDUSTRI PERUBATAN MODEN. Awalnya saya berbincang dengan rakan-rakan, agar tidak perlulah melayan blog picisan tersebut.[1] Tetapi semakin ramai para netizen dan pengguna media sosial lain share. Mereka share demi untuk dapatkan kepastian dari pihak berwibawa, adakah benar tulisan tersebut?

Pendahuluan

Setiap bahan/ubat atau produk yang ingin kita gunakan wajib dipastikan ianya diambil bersumberkan kefahaman yang sahih atau hampir mendekati keyakinan. Allah menjadikan ilmu syariat untuk diikuti, dan ilmu alat untuk dikaji. Di sini terjelmanya syariatullah dan sunnatullah. Sesuatu bahan/ubat atau produk yang diambil sebagai kaedah untuk berubat, jika ianya sahih melalui syariatullah seperti yang terdapat dalam Al Quran dan Hadis, wajib kita patuhi tanpa ingkar. Manakala sesuatu bahan yang tiada dalil, ianya perlu melalui proses kajian agar terbukti secara akal.

Contohnya air itu hukum akalnya menghilangkan dahaga, api itu hukum akalnya memanaskan maka, terimalah kita bahawa perkara itu termaktub dalam sunnatullah atau ketetapan asbab dan akibat yang telah menjadi peraturan alam. Semunya ini di bawah takluk ilmu Allah jua yang Maha Luas. Jika pucuk jambu (contoh amalan orang tua-tua), boleh mengubati cirit-birit, maka pengalaman orang terdahulu perlu dipadukan dalam bentuk kajian di masa kini bagi membuktikan bahawa pucuk jambu itu boleh mengubati cirit-birit. Tidak salah untuk kita menggunakannya selagi tidak mendatangkan mudarat, dengan syarat ianya lebih mendekatkan kita kepada keyakinan pada sesuatu.

Namun kajian mendapati ubat cirit-birit bernama hyoscine itu lebih cepat kesembuhannya menghilangkan perut memulas berbanding dengan pucuk jambu. Justeru apa salah kita menggunakan bahan yang sudah tersedia dikaji kerana ianya telah dibuktikan lebih berkesan?

Displin Ilmu Perubatan Moden

Jika saya menjawab isu ini sekalipun, pihak yang menentang perubatan moden akan menuduh saya berat sebelah sebab saya lahir dari disiplin perubatan moden itu sendiri. Pun begitu, tulisan mereka itupun juga berat sebelah kerana mengagungkan perubatan herba yang tidak sahih dan tiada bukti. Lebih dari itu, tujuan berkenaan ditulis bagi melariskan jualan produk dengan kaedah memburukkan displin perubatan lain terutamanya perubatan moden.

Perubatan saintifik kajian yang diistilahkan sebagai perubatan moden bukanlah sesuatu yang terpesong dari disiplin ilmu dalam Islam.[2] Malah Islam sendiri mengiktiraf kaedah perubatan menggunakan bahan-bahan yang disahihkan dari ujikaji (emperikal). Lihat sahaja sejarah perkembangan ilmu perubatan di zaman kegemilangan Islam. Nama-nama mashyur seperti Ibnu Al Haitham, Al Khawarizmi, Ibnu Sina dan ramai lagi telah mempelopori kaedah perubatan emperikal ini. Sebagai contohnya Muhammad ibn Zakariyyā al-Rāzī (meninggal dunia 925) adalah pemula kepada penemuan penyakit cacar dan campak sehinggakan beliau digelar pakar imuninologi. Disiplin ilmu perubatan moden ini sebenarnya mengambil asas sebab akibat sesuatu kejadian itu berlaku dan semuanya dicatat hasil dari ujikaji yang dijalankan. Jika bersesuaian dengan ubat bagi penyakit itu, maka ia dikira berjaya dan digunakpakai. Jika sebaliknya para pakar perubatan mencuba lagi dengan kaedah kajian lain sehingga lah kini banyak penemuan demi penemuan baharu dalam dunia perubatan. Justeru, kajian dan pembangunan dalam bidang ini sudah tentu memerlukan dana yang banyak. Ianya bukan dibancuh belakang rumah dan terus mendakwa bagai. Tidak hairanlah jika dunia habis bertrilion ringgit bagi membangunkan disiplin perubatan melalui ujikaji dan pengurusan pesakit ini.

Kita sebenarnya tidak terikat dengan permainan istilah samada sembuh (cure) atau rawat (treat). Kesemua kaedah yang digunakan adalah untuk memberi manfaat kesihatan kepada pesakit. Ia bergantung kepada jenis penyakit, kaedah perebakan, dan bagaimana pengurusan secara individu. Jika ada yang mendakwa kencing manis boleh disembuhkan dengan ubatan herba, sila buktikan! Bagi ilmu perubatan moden, kencing manis adalah sejenis penyakit kronik dan progresif (keterukan berdasarkan tahap sakit dalam garis-masa). Merawat kencing manis adalah dengan mengawal kandungan gula dalam badan. Malah merawatnya juga perlu menjangkaui paras gula: kandungan kolesterol, fungsi jantung, fungsi buah pinggang dan pelbagai lagi perlu diambil kira bagi perawatan optima dan elakkan komplikasi. Bukan semudah yang disangkakan. Bukan hanya cukup sekali bacaan gula dipagi yang tenang! Pemantauan perlu sepanjang hayat. Adakah ini dikira sebagai memaksa pesakit untuk terikat dengan perubatan moden?

Memang benar terdapat penyakit yang hanya boleh dikawal, bukan disembuhkan pada masa ini. Ilmu yang luas ini perlu dikaji lagi, kemungkinan melalui kajian, penyumbuhan akan terjelma dalam merawat penyakit-penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi dan seumpamanya. Ini bermakna kajian demi kajian dari pengkaji perlu diteruskan.

Antibiotik dan Kemoterapi

Dua ubatan ini selalu dikambing hitamkan oleh orang yang paranoid dengan perubatan moden. Hujah mereka pun lemah dan tidak mengerti apa itu fungsi antibiotik dan kemoterapi. Hatta mereka cuba mengaitkan antibiotik dengan kanser. Ke laut terus hujahnya! Kemudian cuba mempromosi herba seperti bawang putih yang kononnya didakwa sebagai antibiotik! Sadis jika ramai yang mempercayainya. Seingat saya, bawang sedap jadi rempah dalam tomyam, tak nafikan.
.
Kajian ke atas bawang merah dan bawang putih boleh merawat kanser, kencing manis dan sebagainya lagi pernah dilakukan.[3] Pengkaji dari China menemui secara ujikaji makmal, bawang membantu merencat sel kanser (tetapi terdapat limitasi penggunaanya), tetapi kajian dari US sebaliknya. Malah bawang boleh membawa risiko kanser dalam jumlah tertentu. Begitu juga dengan rawatan lain oleh bawang. Kajian tidak konklusif samada ianya sama taraf dengan antibiotik atau ubat kencing manis perubatan moden.[4] Kita lihat sahaja, mana ada hospital seluruh dunia memasukkan cairan bawang putih secara intravena sebagai gantian antibiotik? Tak masuk akal....

Konspirasi Vaksin dan GcMaf

Saya telah memberikan jawapan ini dalam beberapa penulisan saya.[5] Pendek kata penulis artikel berkenaan hanya membawa teori karut. Akhirnya merugikan ummat sendiri.
Saya petik tulisan dari Pakar Perubatan: "Ubat anti kanser GcMaf yang disebut dalam artikel ini masih di peringkat kajian pre-klinikal (ujikaji haiwan dlm makmal, tidak dibuktikan lagi atas manusia)"
~Dr Hjh Sinari Salleh, Haematologist HRPZII

Akhir sekali tulisan berkenaan menyalahkan doktor perubatan moden sebagai doktor jahat. Kesian sungguh saya baca tulisan yang penuh dengan prejudis dan paranoid sedemikian. Seolah-olah seluruh doktor moden ini sudah tiada nilai dan etika kedoktoran yang dipegang. Yang betul adalah mereka sahaja.

Bagi saya, tidak akan menafikan mana-mana disiplin perubatan atas muka bumi ini. Cumanya bawakan bukti atas setiap dakwaan bahawa kaedah berubat itu berkesan, selamat dan berkualiti. Jika tiada, minta tolong diam aje la...

Semoga bermanfaat

Dr Suhazeli Abdullah
insan dhaif
#MedTweetMY
#MedicalMythBustersMalaysia

Pertanyaan lanjut: Fb.com/drsuhazeli
Banyak lagi artikel di www.suhazeli.com

8.10.2016
Kuala Berang

Link rujukan
[1] Artikel Agenda Jahat dalam Industri Perubatan Moden. http://bumiyangtercinta2.blogspot.my/2016/04/agenda-hitam-di-sebalik-industri.html?m=1
[3] Bawang ubat kencing manis. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/9354029
[5] Vaksin melemahkan bayi? http://suhazeli.com/wp/?p=1187

Liberalisme: Di Antara Kebebasan Dan Kebabasan


Allah S.W.T yang menciptakan seluruh alam dan makhluk manusia adalah Tuhan yang Maha Mengetahui, lagi bersifat Rahmat, Bijaksana dan Adil terhadap hamba-Nya. Walaupun Allah itu Maha Kuasa, namun Allah menetapkan sempadan kepada makhluk manusia yang baligh (berusia matang) dan berakal dengan menetapkan Hukum Syariat yang menjadi sempadan bagi kebaikan mereka semua. Adapun mereka yang tidak matang dan tidak berakal yang disebut sebagai tidak mukallaf dikecualikan daripada hukuman apabila melakukan kesalahan. Kewajipan mereka dibebankan kepada penjaga di kalangan keluarga dan masyarakat. 


oleh: Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

Akhir-akhir ini kalangan anti Islam atau nama glamornya kumpulan liberal, menunjukkan kesombongan mereka menentang Syariat Allah, sehingga dalam urusan perkara wajib, halal dan haram dengan menolaknya bagi memuaskan nafsu semata-mata, berpandukan slogan kebebasan atau liberalisme tanpa perhitungan akal manusia yang waras. Namun merasakan diri mereka sangat bijak. 

Segala bahasa daripada semua bangsa yang berakal waras dalam dunia menafsirkan kebebasan itu adalah boleh melakukan apa sahaja mengikut sempadan naluri masing-masing dengan selamat. Apabila terkeluar daripadanya menjadikan tidak selamat yang disebut sebagai terbabas dan terjerumus kepada kemusnahan, bukan lagi kebebasan yang asalnya bermaksud positif.

Kita lihat binatang tanpa akal melakukan aktiviti kehidupan secara fitrah (naluri) mengikut kebebasan dalam had sempadan naluri dan sifat kebinatangannya. Haiwan air hidup di atas konsep kebebasan dengan tidak melompat ke daratan untuk hidup, begitu juga haiwan daratan tidak terjun untuk hidup di dalam air. 

Apabila boleh hidup di dua alam, maka sifatnya sangat jelek. Binatang yang hidup dalam air terlompat ke darat dan mati atau yang di darat terhumbam ke dalam air dan mati, ini disebut binatang itu sudah terbabas daripada kawasannya. Oleh kerana makhluk itu tidak berakal, maka peraturan pilihan secara akal tidak diwajibkan kepadanya.

Adapun manusia yang berakal, ada undang-undang naluri yang sama tanpa mengira bangsa dan agamanya. Namun ditambah dengan peraturan agama dan undang-undang serta hukum yang berkait dengan akal dan fitrah serta naluri bagi mengawal supaya tidak terkeluar daripada sempadan naluri dan merosakkan sifat kemanusiaannya dari segi individu dan bermasyarakat. 

Dalam fitrah yang sama di antara lelaki dan wanita, ada hukum dan undang-undangnya sama seperti hukum halal dan haram dalam perkara makan dan minum. Tetapi dalam naluri dan peranannya yang berbeza, maka hukumnya juga berbeza, seperti hukum yang berkait dengan pusaka dan aurat yang berbeza di antara lelaki dan wanita. 

Selain itu, perkara urusan penjagaan anak di antara ibu dan bapa, ada perkara yang sama dan ada peranan yang berbeza. Ini menunjukkan ada hukum yang sama dan ada hukum yang berbeza. 

Kadang-kadang terdapat kemampuan yang berbeza, maka hukumnya juga berbeza, kerana haram membebankan seorang itu dengan sesuatu yang di luar kemampuan sifat nalurinya atau kemampuan lahiriahnya. Ini kerana setiap individu mempunyai tahap tenaga yang berbeza, maka tidak seharusnya di atas konsep persamaan diletakkan bebanan yang sama berat kepada yang tidak berkemampuan. 

Allah S.W.T yang menciptakan seluruh alam dan makhluk manusia adalah Tuhan yang Maha Mengetahui, lagi bersifat Rahmat, Bijaksana dan Adil terhadap hamba-Nya. Walaupun Allah itu Maha Kuasa, namun Allah menetapkan sempadan kepada makhluk manusia yang baligh (berusia matang) dan berakal dengan menetapkan Hukum Syariat yang menjadi sempadan bagi kebaikan mereka semua. Adapun mereka yang tidak matang dan tidak berakal yang disebut sebagai tidak mukallaf dikecualikan daripada hukuman apabila melakukan kesalahan. Kewajipan mereka dibebankan kepada penjaga di kalangan keluarga dan masyarakat. 

Dalam undang-undang ciptaan manusia yang bijak juga ada sempadan bagi perjalanan hidup individu dan bermasyarakat yang boleh menggunakan akal mengikut kemampuan kebijaksanaannya. 

Contohnya undang-undang jalanraya bagi mengawal keselamatan, pemandu yang berlesen bebas memandu tetapi mengikut undang-undang yang telah ditetapkan. Oleh itu, jika berlaku kemalangan disebabkan terbabas, maka bukannya kerana memandu dengan bebas. 

Begitu juga ada had kadar muatan dan tanggungan yang berbeza yang tidak boleh disamakan, maka ada undang-undang bertindak ke atas muatan yang lebih daripada kadarnya. Kalau diizinkan di atas nama kebebasan dan persamaan, maka banyak jalan dan kenderaan yang rosak, bahkan menempah kemalangan bagi manusia. 

Arak diharamkan oleh semua agama yang ada kitab petunjuk, khususnya Al-Quran. Pengharaman ini merupakan sempadan bagi memelihara kemuliaan akal dan kesihatan jasad. Semua kajian yang matang menunjukkan itulah hikmahnya. Walaupun tidak boleh menganggu penganut agama lain yang menghalalkan arak, tetapi sempadan hidup bermasyarakat hendaklah dihormati, kerana boleh menimbulkan mudarat yang lebih besar kepada masyarakat umum. 

Konsep kebebasan beragama bukan bermaksud bebas mengamalkan apa sahaja yang dibenarkan tanpa mengira sensitiviti pihak lain sehingga menyebabkan ketegangan yang menghilangkan keharmonian dalam masyarakat majmuk. Menjaga kepentingan umum hendaklah diutamakan, maka wajib dilarang pesta arak supaya tidak terbabas sehingga merosakkan hubungan bermasyarakat majmuk yang lebih besar mudaratnya kalau dibiarkan. Syariat Islam menamakannya Feqah Muwazanat.

Ada perkara yang dikawal dengan lesen seperti arak bagi menetapkan sempadan kepada penagihnya sahaja mengikut agama dalam konsep kebebasan beragama. Tetapi apabila mahu disebarkan kepada umum dengan menganjurkan pesta yang terbuka dan untuk mengheret pihak lain kepadanya, maka sudah terbabas daripada sempadan.

Ada perkara haram wajib ditutup rapat, sehingga tidak boleh dilesenkan sekali-kali, yang bertepatan dengan hukum agama dan fitrah, seperti mencuri, merompak dan menyamun. Maka tidak ada negara dalam dunia mengeluarkan lesen mencuri, merompak dan menyamun di atas konsep kebebasan yang salah. 

Di sana banyak maksiat yang diharamkan oleh semua agama dan hukum akal, seperti berjudi, bebas berzina, berliwat dan sebagainya. Maka kita tidak boleh mengikut dan terikut dengan negara-negara yang sudah terbabas daripada hukum semua agama, naluri dan akal, sehingga melesenkannya.

Ternyata dengan terang lagi bersuluh bahawa tidak boleh melampaui batas dalam semua perkara, termasuk dalam urusan agama dan perkara lain dalam segala urusan kehidupan manusia, kerana boleh menyebabkan kemusnahan diri dan masyarakat. Maka tidak boleh diizinkan kalangan pelampau yang memainkan slogan di atas nama kebebasan, kerana pengertiannya salah dari segi bahasa, agama dan budaya. Tegasnya adalah kerana mereka terbabas daripada sempadan kehidupan manusia dan itu bukan kebebasan yang sebenarnya. 

Islam bukan sahaja mengharamkan pelampau individu, bahkan juga mengharamkan negara yang menggunakan senjata pemusnah terhadap manusia dan alam sekitar. Walaupun di atas nama jihad, ianya diluar takrif jihad yang sebenarnya sangat murni dan mulia. 

Apabila sudah membunuh orang awam yang tidak berdosa, atau pun menyasarkan serangan di tempat maksiat yang diharamkan oleh agama Islam, tindakan itu sebenarnya melampaui sempadan agama yang berkonsepkan wasatiyah (kesederhanaan), keadilan dan hikmah. Tegasnya, mencegah kemungkaran juga diharamkan sekiranya mencetuskan kemungkaran yang lebih besar dan lebih parah mudaratnya. 

Kita wajib memahami dengan akal yang betul terhadap perbezaan di antara hak kebebasan manusia dan makhluk yang bermasyakat madani dengan kebebasan binatang di rimba belantara dan tidak bermasyarakat madani. Namun, malangnya ada manusia yang berkonsepkan haiwan yang tidak berakal, seperti dinyatakan oleh firman Allah:

ŁˆَŁ„َŁ‚َŲÆۡ Ų°َŲ±َŲ£ۡŁ†َŲ§ Ł„ِŲ¬َŁ‡َŁ†َّŁ…َ ŁƒَŲ«ِŁŠŲ±ٗŲ§ Ł…ِّŁ†َ Ł±Ł„ۡŲ¬ِŁ†ِّ ŁˆَŁ±Ł„ۡŲ„ِŁ†Ų³ِۖ Ł„َŁ‡ُŁ…ۡ Ł‚ُŁ„ُŁˆŲØٞ Ł„َّŲ§ ŁŠَŁۡŁ‚َŁ‡ُŁˆŁ†َ ŲØِŁ‡َŲ§ ŁˆَŁ„َŁ‡ُŁ…ۡ Ų£َŲ¹ۡŁŠُŁ†ٞ Ł„َّŲ§ ŁŠُŲØۡŲµِŲ±ُŁˆŁ†َ ŲØِŁ‡َŲ§ ŁˆَŁ„َŁ‡ُŁ…ۡ Ų”َŲ§Ų°َŲ§Ł†ٞ Ł„َّŲ§ ŁŠَŲ³ۡŁ…َŲ¹ُŁˆŁ†َ ŲØِŁ‡َŲ§ٓۚ Ų£ُŁˆْŁ„َٰٓŲ¦ِŁƒَ ŁƒَŁ±Ł„ۡŲ£َŁ†ۡŲ¹َٰŁ…ِ ŲØَŁ„ۡ Ł‡ُŁ…ۡ Ų£َŲ¶َŁ„ُّۚ Ų£ُŁˆْŁ„َٰٓŲ¦ِŁƒَ Ł‡ُŁ…ُ Ł±Ł„ۡŲŗَٰŁِŁ„ُŁˆŁ†َ Ł”Ł§Ł© Ų§Ł„Ų£Ų¹Ų±Ų§Ł.

“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk Neraka Jahannam banyak dari kalangan jin dan manusia yang mempunyai hati (akal) tetapi tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.” (Surah Al-Aaraf: 179)

Terpulang kepada masing-masing, sama ada memilih kebebasan tanpa sempadan, atau mengikut sempadan kejadiannya yang ditetapkan oleh Tuhan Pencipta alam, masyarakat dan alam sekitar. Adalah salah berdasarkan perhitungan agama dan akal yang waras menganggap bahawa yang terbabas melanggar sempadan itu adalah kebebasan mengikut tafsirannya. 

Lebih malang kalau sehingga tidak percaya pula adanya keputusan bagi manusia selepas kematian kerana tidak percaya kepada Allah dan melawan Tuhan yang menciptakannya dan alam seluruhnya. 

Binatang juga ada sempadan tabiinya. Maka tidak ada undang-undang yang adil boleh mengizinkan binatang dan manusia yang berlagak seperti binatang itu melakukan sebebasnya di atas nama kebebasan sehingga merosakkan makhluk yang lain di sekelilingnya. Tuhan Pencipta berhak menghukum sesiapa sahaja yang melawan ciptaannya. 

Allah Pencipta Alam yang Maha Bijaksana dan Maha Adil terhadap makhluknya, terus membuka pintu taubat seluas-luasnya, dengan sifat Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Hanya kalangan manusia yang tidak sayang kepada dirinya sendiri sehingga terbabas dalam cara hidup yang menyebabkan kecelakaan di dunia dan menderita di akhirat.

“Sejahtera Bersama Islam”

ABDUL HADI AWANG adalah Presiden PAS

Bertarikh: 6 Muharram 1439 / 27 September 2017


Stesyen LRT Pandan Jaya : Duit Dipungut Tetapi Kawasan Tidak Diselenggara.


KENYATAAN AKHBAR 27 SEPTEMBER 2017.

STESYEN LRT PANDAN JAYA : DUIT DIPUNGUT TETAPI KAWASAN TIDAK DISELENGGARA.



Mereka yang meletakkan kereta di Stesyen LRT Pandan Jaya perlu membayar caj untuk meletakkan kereta mereka tetapi kawasan tersebut tidak diselenggara.

Saya telah meninjau kawasan stesyen tersebut pagi tadi yang berada di dalam  kawasan Dewan Negeri Chempaka.




Saya mendapati rumput tidak dipotong dan kawasan tersebut dipenuhi dengan semak-samun dan lalang.

Air boleh bertakung di dalam semak-samun itu dan akan menyebabkan nyamuk aedes membiak yang membahayakan orang ramai.




Selain dari itu, serangga dan binatang berbisa seperti ular boleh berselindung di dalam semak samun dan akan mengancam pengunjung stesyen tersebut.

Penjaga tempat letak kereta stesyen itu memungut RM3 bagi setiap kenderaan yang diletakkan.



Oleh yang demikian, Rapid KL digesa menjalankan penyelenggaraan sekeliling stesyen LRT dengan segera.

Sekiranya mereka gagal, Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) perlu mengambil alih penyelenggaraan kawasan itu dan mengemukakan tuntutan kepada Rapid KL.

Stesyen tersebut menjadi tumpuan kepada orang ramai kerana ia merupakan stesyen yang penting bagi laluan Ampang-Kuala Lumpur.

YB Dato' Iskandar Abdul Samad
Ahli Dewan Negeri Chempaka /
Exco Kerajaan Negeri Selangor
27 September 2017                        
                                                                                                                                          

Fastaqim 2.0: KRT Seru Pemimpin NGO Turut Bersama


Kongres Rakyat Terengganu (KRT) menyeru semua pemimpin dan ahli-ahli NGO’s seluruh negara untuk berhimpun di Pantai Tok Jembal, Kuala Nerus, Terengganu pada 29 dan 30 September 2017 dalam program FASTAQIM 2.0.

KRT adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menjadi badan induk kepada banyak NGO’s yang bernaung dibawahnya dalam negeri Terengganu.

Perhimpunan aman ini penting sebagai himpunan kesatuan umat Islam yang ingin melihat perubahan kepimpinan masyarakat yang lebih baik.

Walau pun NGO bukan pertubuhan politik atau ‘non partisan’ tetapi mereka tentu mengharapkan perjuangan NGO masing-masing mendapat dokongan dari kepimpinan yang lebih baik yang boleh mencapai objektif mereka selepas PRU 14 nanti.

NGO’s tidak boleh hanya menjadi golongan pemerhati sahaja dalam suasana terlalu banyak isu yang mengancam kepentingan ummah sekarang ini.

 
Apa yang penting, jika umat Islam mahu masa depan mereka lebih terjamin, mereka perlu bersama dan memainkan peranan mereka dalam gerakan blok ketiga iaitu ‘Gagasan Sejahtera’ yang dipimpin oleh PAS.

Oleh itu, bersempena dengan himpunan FASTAQIM 2.0, satu persidangan meja bulat NGO’s seluruh negara akan diadakan pada sebelah petang 29 September 2017 di sebuah resort dalam Daerah Kuala Nerus.

Pada sebelah malamnya turut diadakan majlis dialog NGO’s dengan Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berhubung dengan peranan setiap NGO.

Justeru, selaku orang yang diamanahkan, saya amat berharap ia akan menjadi momentum NGO bagi mengubah lanskap politik negara menjelang PRU 14 akan datang.

Selamat Berhimpun!


Haji Yahaya Ali
Pengerusi Kongres Rakyat Terengganu (KRT)

Sumber: http://buletinonline.net/v7/index.php/krt-seru-pemimpin-ahli-ngo-bersama-fastaqim-2-0/

Geng Ustaz Bantah "Better Beer Festival 2017"

GENG USTAZ tidak menolak hak orang bukan Islam untuk mengamalkan cara hidup mereka, namun meminum arak dan pesta arak adalah dua perkara yang perlu dibezakan. Minum arak kalau dianggap tidak dilarang oleh agama bukan Islam sekalipun, tetapi penganjuran pesta arak mampu memudaratkan cara hidup masyarakat dan budaya ketimuran di negara ini apatahlagi pesta ini langsung tidak mengambil kira sensitiviti umat Islam dan kedudukan Islam dalam negara. 


Pertubuhan Pendokong dan Pencinta Ulamak atau GENG USTAZ amat kesal dan menegur sikap biadab Datuk Teng Chang Kim iaitu Ahli Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor yang berkeras untuk mempertahankan  penganjuran pesta arak " Better Beer Festival 2017 " yang bakal berlangsung pada 5 dan 6 Oktober depan. 

Alasan yang diberikan beliau ialah rasionalnya penganjuran ini kerana ia bersesuaian dengan amalan demokrasi di negara ini sebagaimana yang dilaporkan oleh Oriental Daily. 

GENG USTAZ tidak menolak hak orang bukan Islam untuk mengamalkan cara hidup mereka, namun meminum arak dan pesta arak adalah dua perkara yang perlu dibezakan. Minum arak kalau dianggap tidak dilarang oleh agama bukan Islam sekalipun, tetapi penganjuran pesta arak mampu memudaratkan cara hidup masyarakat dan budaya ketimuran di negara ini apatahlagi pesta ini langsung tidak mengambil kira sensitiviti umat Islam dan kedudukan Islam dalam negara.  

Kontrak sosial yang telah membina negara ini sebagai sebuah negara aman dan makmur sejak merdeka adalah antara lain menghormati agama Islam dan Umat Islam selaku masyarakat terbesar dan Rukun Negara iaitu Kesopanan dan Ketatasusilaan perlulah difahami dan difikirkan oleh mana-mana penganjur acara seumpama ini. 

Arak adalah minuman yang mampu memudaratkan manusia tidak kira apa alasan sekalipun, kerana ia tetap tidak membawa kebaikan kepada manusia melainkan keburukan dan keruntuhan moral serta sosial. Pelbagai masalah dikhuatiri akan timbul kesan daripada pesta sebegini seperti, seks bebas, suasana tidak terkawal, kemalangan jalanraya, pergaduhan, jenayah dan berbagai lagi. 

Maka GENG USTAZ  menyeru pihak berwajib agar tidak membenarkan dan meluluskan penganjuran pesta "Better Beer Festival 2017" ini demi menjaga kemaslahatan rakyat dan negara ini daripada unsur tidak bermoral.

GENG USTAZ juga ingin mengingatkan bahawa, bantahan secara besar-besaran umat Islam akan dianjurkan sekiranya pesta "Better Beer Festival 2017" ini diteruskan.


"Sejahtera Bersama Islam"


Ustaz Norazli Musa
Presiden Pertubuhan Pendokong dan Pencinta Ulamak@GENG USTAZ
16 September 2017 

PH: DAP dominan, parti lain akur dengan kehendak 'big brother'?




Tertarik membaca pengesahan Penyelaras Perhubungan Organisasi DAP Kelantan dan Terengganu, Lee Chin Chen, dan pemimpin DAP Kelantan, Chua Chin Hui, di dalam portal berita Malaysia Kini hari ini mengenai hasrat DAP untuk bertanding di kerusi-kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N9 Kota Lama dan N45 Galas dalam Pilihan Raya Umum Ke-14.

Dalam Pilihan Raya Umum Ke-13, N9 Kota Lama ditandingi, dan dimenangi dengan majoriti 6,618 undi, oleh calon PAS, Datuk Anuar Tan Abdullah, begitu juga N45 Galas yang ditandingi, tetapi tewas dengan majoriti 1,301 undi, oleh calon PAS, Abdullah Hussein. Jadi, secara logiknya, AMANAH berhak meletakkan calon di kedua-dua kerusi ini menggantikan tempat PAS.

Saya hairan mengapa asyik DAP sahaja yang kedengaran beria-ia sekali mahu mengambil-alih kerusi-kerusi yang menjadi milik parti-parti politik lain, khususnya PKR dan AMANAH, baik di Sabah, Selangor, Kedah, Johor mahupun Kelantan, sedangkan parti-parti politik lain ini tidak pula kedengaran mahu mengambil-alih kerusi-kerusi yang menjadi milik DAP.

Jika hasrat DAP untuk bertanding di kerusi-kerusi ini, khususnya kerusi-kerusi majoriti Melayu, adalah bertujuan untuk menepis tanggapan negatif rakyat terhadapnya bahawa ia adalah sebuah parti cauvinis, maka adalah lebih utama bagi DAP untuk turut memberikan sesetengah kerusi majoriti bukan Melayu miliknya kepada PKR, AMANAH atau PPBM.

Malangnya tawaran sebegini tidak pernah kedengaran dibuat oleh DAP kepada mana-mana parti politik lain manakala parti-parti politik lain pula bukan sahaja tidak pernah kedengaran menyatakan hasrat mahu mengambil-alih kerusi-kerusi yang menjadi milik DAP, malah tidak pernah kedengaran sekadar menyatakan hasrat mahu menukar kerusi dengan DAP sekalipun.

Oleh itu, jika ada yang beranggapan bahawa DAP adalah sebuah parti politik yang tamak manakala PKR, AMANAH dan PPBM pula adalah parti-parti politik yang penakut, maka maafkanlah mereka.

fb Dr Kamarul Yusof                        

Mahathir fikir rakyat Sarawak bodoh?



Tulisan asal oleh:
Raja Petra Kamarudin, Malaysia Today, 25 September 2017


(Malaysiakini, 24 September 2017) – Bercakap pada orang ramai semasa ucapannya yang berdurasi hampir sejam itu, Mahathir memfokuskan pada Akta Pembangunan Petroleum 1974, yang dilihat sebagai Malaysia Timur menyerahkan hak petroleumnya kepada kerajaan persekutuan sebagai pertukaran untuk pembayaran sedikit royalti iaitu sebanyak lima peratus.


"Pada tahun 1974, apabila Akta Pembangunan Petroleum diluluskan, saya bukan Perdana Menteri. Kononnya dikatakan bahawa saya yang bertanggungjawab tetapi itu tidak betul. Rekodnya ada dalam hansard. Siapa perdana menteri pada masa itu? Abdul Razak Hussein, bukan saya," katanya kepada orang ramai.


"Saya adalah perdana menteri selama 22 tahun, saya tidak mengubah perjanjian dengan Sabah dan Sarawak. Saya berpendapat perjanjian ini perlu dirundingkan semula antara Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak untuk menjadikannya lebih adil. Bukannya kerajaan persekutuan yang merampas hak anda tetapi kerajaan Sarawak yang menyerahkan hak anda itu."


Itulah yang Tun Dr Mahathir Mohamad beritahu pengundi Sarawak semalam. Mahathir mungkin berfikir bahawa rakyat Sarawak seperti Dayak, Iban, Bidayuh, Orang Ulu, Penan, Melanau, Kelabit, dan lain-lain, semuanya bodoh.


Akta Pembangunan Petroleum itu mungkin telah diluluskan oleh Parlimen pada tahun 1974, tetapi orang di sebalik Akta itu ialah Tengku Razaleigh Hamzah sementara Tun Salleh Abas yang merangka Akta itu, yang merupakan yang pertama seumpamanya di dunia (dan yang mana telah diikuti oleh banyak negara lain selepas itu). Itu menjadikan Ku Li dan Salleh Abas ‘genius’.


Dan ia bukanlah keputusan Perdana Menteri Tun Razak Hussein seorang diri. Ia adalah keputusan Kabinet, dan Mahathir adalah ahli Kabinet ini. Jadi Mahathir bukanlah tidak terlibat langsung seperti yang cuba diberitahunya kepada rakyat Sarawak semalam. Dan dua tahun kemudian, Mahathir menjadi Timbalan Perdana Menteri.


Sekiranya Mahathir merasakan bahawa ianya tidak adil untuk Sarawak, beliau boleh bersuara dalam mesyuarat Kabinet pada tahun 1974. Beliau juga boleh bersuara di Parlimen sebelum Akta Pembangunan Petroleum 1974 itu diluluskan. Tetapi Akta Pembangunan Petroleum 1974 bukanlah satu-satunya perkara yang mengikat Sarawak kepada klausa royalti 5%. Sarawak (termasuk semua 12 negeri di Malaysia, termasuk Terengganu) telah menandatangani perjanjian dengan Petronas yang secara khusus menyatakan bahawa setiap negeri akan menerima royalti 5%.


Mahathir menjadi Perdana Menteri pada tahun 1981 dan pada tahun 1982 mereka mengadakan pilihan raya umum di mana Barisan Nasional memenangi 85.71% daripada kerusi, memberikan mereka lebih daripada dua pertiga majoriti di Parlimen. Pada tahun 1982 Mahathir boleh sahaja meminda Akta Pembangunan Petroleum 1974 untuk memberikan Sarawak, katakanlah, 20% royalti. Tetapi beliau tidak melakukannya. Dan beliau juga tidak melakukannya selama 21 tahun seterusnya beliau menjadi Perdana Menteri walaupun untuk beberapa pilihan raya seterusnya sehingga 1999 Barisan Nasional terus menguasai lebih daripada dua pertiga Parlimen.


Walaupun mereka tidak meminda Akta Pembangunan Petroleum 1974, Mahathir, sebagai Pengerusi Petronas, masih boleh bertindak kerana di bawah Akta Petroleum 1974, Petronas tidak perlu melaporkan kepada Parlimen tetapi hanya kepada Perdana Menteri. Dalam erti kata lain, Mahathir mempunyai kuasa mutlak terhadap Petronas dan juga Parlimen tidak boleh campur tangan dalam apa yang beliau lakukan.


Ini terbukti pada tahun 2000 apabila Mahathir menamatkan royalti minyak 5% untuk Terengganu walaupun Akta Pembangunan Petroleum 1974 dan perjanjian antara Petronas dan Terengganu wujud. Terengganu membaawa kes ini ke mahkamah tetapi tiada apa yang berlaku. Mahkamah juga nampaknya tidak boleh menolak keputusan Mahathir.


Oleh itu, pada 2000, Mahathir menamatkan royalti minyak 5% daripada Terengganu. Itu bermakna jika Mahathir boleh menamatkan royalti minyak 5%, beliau juga boleh menggandakan atau menaikkannya kepada 20%. Maka beliau sememangnya mempunyai kuasa untuk meningkatkan royalti Sarawak kepada 20% atau lebih jika beliau mahu, bertentangan dengan apa yang dikatakannya semalam di Sarawak.


Hari ini, Mahathir menyalahkan Tun Razak kerana Sarawak mendapatkan hanya 5% royalti minyak. Hari ini, Mahathir berkata Sarawak dilayan dengan tidak adil. Kenapa Mahathir tidak meminta satu-satunya Ahli Parlimen PPBM beliau, Muhyiddin Yassin, untuk membuat Rang Undang-undang Ahli Persendirian di Parlimen (seperti yang dilakukan oleh Abdul Hadi Awang) dan meminta Parlimen untuk meningkatkan royalti minyak Sarawak kepada 50% atau apa sahaja yang dimahukannya? Lakukan ini sebelum pilihan raya umum akan datang dan kita akan dapat melihat sama ada Mahathir hanya tok kok atau sama ada beliau benar-benar maksudnya. 


Link asal artikel: 

GPMS Menyokong Penuh Tindakan JAWI dan Pihak Berkuasa Menahan Mustafa Akyol




PULAU PINANG: “Kita sangat menyokong penuh dan mengalu-alukan tindakan pihak JAWI dan pihak berkuasa negara yang telah menahan Mustafa Akyol di KLIA semalam. 

Syabas diucapkan ke atas tindakan tegas dan drastik yang diambil bagi memastikan Mustafa Akyol tidak diberikan ruang untuk menyampaikan ucapannya di negara ini,” demikian menurut Azdy Mohd Arshad, Ketua Penerangan GPMS Pulau Pinang. 

Selain daripada itu Azdy juga menambah bahawa pandangan dan pemikiran yang dibawa oleh Mustafa Akyol mampu mengancam akidah umat Islam dan bertentangan dengan fahaman Islam yang sebenar. 

“Seperti kita sedia maklum, Mustafa Akyol adalah merupakan seorang wartawan Turki yang mempunyai pemikiran yang sangat merbahaya dan mampu mengancam akidah dan pemikiran umat Islam. 

Kenyataan-kenyataan beliau seperti “Tiada hukumun untuk pembuat dosa di dalam Al-Quran”, “Hukuman pembuat dosa diperkenalkan oleh ulama” dan sebagainya adalah sangat bertentangan dengan fahaman Islam sebenar yang dibawa oleh baginda Rasulullah SAW.” 

“Kita juga berharap agar pihak berkuasa agama dapat menggunakan peruntukan-peruntukan undang-undang sedia ada bagi menyekat dan membanteras habis-habisan gerakan mempromosi dan memperkembangkan fahaman Islam liberal di negara ini. 

Sekiranya peruntukan undang-undang sedia ada longgar atau masih terdapat “loop holes”, maka sewajarnya ia dikaji, disemak semula dan diperkasakan dengan kadar segera.” 

“Kita berharap tindakan tegas dan drastik yang diambil ke atas Mustafa Akyol ini akan diteruskan terhadap mana-mana individu atau kumpulan yang cuba mempromosikan fahaman liberal di negara ini baik yang datang dari luar negara mahupun mereka-mereka yang sedia ada di negara ini. 

Kita bimbang sekiranya tidak diambil tindakan tegas, ia akan mendatangkan kecelaruan pemikiran di kalangan umat Islam di negara ini dan yang lebih membimbangkan menghancurkan akidah umat Islam,” ujarnya lagi. 

Kenapa beri wifi percuma hingga hujung tahun je?




KUALA LUMPUR 25 Sept. - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan rakyat Malaysia 
bakal menikmati kemudahan WiFi percuma sehingga hujung tahun ini.

Jelas beliau, bayaran WiFi hanya akan dikenakan semula terhadap pengguna pada tahun hadapan pada kadar yang lebih rendah.

Dalam masa sama, Najib turut mengumumkan tujuh insentif lain khusus untuk warga Telekom Malaysia (TM) yang meliputi pelbagai manfaat menyeluruh termasuk waktu bekerja dan faedah perubatan.

“Insentif tersebut adalah waktu bekerja yang lebih anjal kepada warga TM wanita yang mengandung iaitu dibenarkan pulang sejam lebih awal dan cuti ehsan kelahiran cucu dengan penambahan selama tujuh hari.

“Manfaat lain termasuk cuti ehsan untuk ibu bapa dan anak menjalani rawatan di hospital, faedah perubatan dan pergigian bagi pekerja eksekutif antara RM500 hingga RM700 sekeluarga dan RM250 hingga RM500 sekeluarga bagi yang bukan eksekutif,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kunjungannya ke Sesi Jom Bersama TM di Pusat Konvensyen TM, di sini hari ini.

Selain itu, kata beliau, biasiswa juga ditawarkan kepada semua warga TM yang sebelumnya terhad, diskaun 35 peratys kepada anak-anak warta TM yang melanjutkan pengajian di Universiti Multimedia Malaysia (MMU) dan pengajian percuma bagi mereka yang mendapat kepujian pertama. - UTUSAN ONLINE


Sumber: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/wifi-percuma-hingga-hujung-tahun-ini-1.530678

Siapa 'sampah' dalam BERSATU?



ULASAN | Ketika berceramah di Bukit Merah, Perak Tun Dr Mahathir Mohamad dengan sinis menyindir mereka yang meninggalkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) sebagai "sampah".

Mungkin di Malaysia hanya Dr Mahathir sahaja yang layak menggelar orang lain sampah kerana beliau beranggapan bahawa beliau adalah insan terpilih dan tidak pernah berbuat salah.

Sebaik berita itu tersebar di alam maya, saya telah dihubungi oleh beberapa bekas pejuang dan pemimpin BERSATU yang telah meninggalkan parti yang terkandas di stesen yang salah itu.

Sudah pasti mereka berasa terhina oleh kenyataan seorang yang dianggap negarawan itu.

Namun saya tidak terkejut dengan kenyataan itu kerana pasti ketika seseorang itu mencecah usia 92 tahun, kewarasan bukanlah menjadi teman 24 jam sehari.

Banyak kali saya mendapati bahawa Dr Mahathir sudah mula lupa. Sebagai contohnya beliau mendapati sukar untuk menyebut nama Parti Pribumi Bersatu Malaysia dan perlu dibantu oleh mereka di sekelilingnya.

Letak anak emas

Dr Mahathir juga selalu lupa beberapa perkara penting yang dibincangkan mengenai parti. Kenyataan beliau sentiasa berubah dan ini amat menyusahkan. Beiau juga kini amat mudah dipengaruhi.

Apa yang saya perhatikan ialah 'kekurangan' Dr Mahathir ini sudahpun dihidu oleh beberapa pihak yang sedia untuk menyambar peluang ketika beliau tidak lagi dapat membezakan antara kawan dan lawan.

Saya juga tidak pasti siapa atau apakah sebenarnya sampah di dalam BERSATU itu sendiri.

Benarkah yang keluar itu sampah, atau yang tinggal itu sampah?

Atau adakah perjuangan itu adalah sampah sebenarnya. Mana tidaknya, perjuangan sebenar BERSATU ialah untuk menjatuhkan sebuah kerajaan yang sah mengikut perlembangaan dan ini banyak memecah belahkan bangsa.

Bukankah perjuangan BERSATU mempunyai muslihat meletakkan seorang 'anak emas' yang tidak mempunyai kebolehan di 'takhta impian' ketika matahari semakin hampir melabuhkan tirainya?

Atau adakah 'anak emas' itu sampah sebenar BERSATU? Ia hadiah daripada sang bapa yang menyedari bahawa anakanda tersayang tidak mempunyai kebolehan walau dihujani wang ringgit yang melimpah ruah ketika sang bapa berada di 'singgahsana' untuk sekian lama.

Ketika itu sang bapa sering mengatakan bahawa dia tidak tahu bagaimana anaknya menjadi kaya raya. Namun sudah agak terlewat untuk bapanya bertanya dan mendapatkan jawapan kerana faktor usia dan kewarasan.

Melayu dan pelupa

Atau adakah Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU itu sampah sebenarnya kerana mengizinkan diri mereka diperkudakan individu tertentu untuk mencapai nafsu mereka?

Di mana perginya suara panglima-panglima BERSATU yang sering memainkan lagu kononnya pemimpin Umno dicucuk hidung? Mereka hanya berbangga dapat duduk semeja dengan bekas pemimpin-pemimpin negara yang kempunan dan tidak lebih daripada itu.

Atau adakah budak-budak di keliling presiden itu sampah sebenarnya kerana menjadi tukang atur dan tukang karut hingga menyebabkan parti ini condong menanti rebah untuk menghempap rumah rumah usang kampung Melayu?

Sedang bangunan parti yang dulu dianggap musuh tegar kini semakin berdiri gah dan benderanya berkibar paling tinggi kerana permusuhan sesama bangsa yang tiada penghujungnya?

Atau adakah presiden itu sampah sebenarnya kerana memegang jawatan tetapi tidak punya kuasa kerana takut dinyahkan oleh pemimpin senja?

Ternyata bekas pemimpin Melayu mudah lupa.

KAMARULAZMAN HABUBUR RAHMAN ialah bekas Setiausaha Kerja BERSATU.

Sumber: https://www.malaysiakini.com/news/396120#gXGE2Iik8QYGAsdb.99

SPR Dibenar Rayu Keputusan Pindaan Sempadan



PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) boleh meneruskan rayuannya terhadap keputusan mahkamah rayuan yang menyebelahi tiga pengundi Hulu Selangor berhubung perubahan sempadan kawasan pilihan raya Kuala Kubu Bahru (KKB) dan Batang Kali.

Ini berikutan kebenaran diberikan oleh panel tiga anggota Mahkamah Persekutuan kepada SPR dan Ketua Penolong Setiausahanya.

Pada 3 Julai tahun ini, Mahkamah Rayuan memberi kebenaran kepada tiga pengundi itu – P.Maradeveran, Zahar Rusuli dan Yong Chan Hee, memulakan cabaran perundangan menerusi semakan kehakiman terhadap keputusan SPR mengubah sempadan kedua-dua kawasan pilihan raya itu.

Hakim Besar Malaya Tan Sri Ahmad Maarop yang mempengerusikan panel disertai hakim-hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Abu Samah Nordin dan Tan Sri Azahar Mohamed, berpendapat wujud persoalan undang-undang yang memerlukan hujah seterusnya.


Hakim Ahmad memberi kebenaran kepada SPR untuk merayu terhadap permohonan berhubung persoalan undang-undang yang mana Mahkamah Persekutuan akan menetapkan hari lain untuk mendengar rayuan itu.

Mahkamah Persekutuan akan memutuskan tentang isu termasuk sama ada pengundi boleh mencabar di mahkamah mengenai daftar pengundi yang telah diwartakan.

Mahkamah itu juga akan menentukan sama ada permohonan pengundi itu mendapatkan kebenaran bagi semakan kehakiman telah difailkan dalam tempoh ditetapkan.

Pada 25 Januari tahun ini, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan pengundi atas alasan semakan kehakiman mereka difailkan di luar tempoh ditetapkan.

Mahkamah itu membuat keputusan tersebut setelah membenarkan bantahan awal SPR.Mahkamah rayuan mengubah keputusuan itu selepas membenarkan rayuan pengundi.

Dalam permohonan itu, tiga pengundi itu berkata pada 29 April, 2016, SPR telah menerbitkan notis merujuk Warta Persekutuan untuk memberitahu tentang perubahan daerah mengundi dalam kawasan pilihan raya dijalankan di bawah Seksyen 7(2) Akta Petisyen Pilihan Raya 1958.

Maradeveran dan Zahar yang merupakan pengundi bagi kawasan Batang Kali menulis kepada SPR dengan menyatakan bahawa hak mereka telah terganggu dengan teruk selepas mereka dapati pada 24 Julai tahun lepas yang kawasan pilihan raya mereka telah ditukar dari Batang Kali kepada KKB.

Yong, seorang pengundi di kawasan KKB mendakwa beliau terjejas teruk akibat perubahan kawasan pilihan raya KKB dan Batang Kali.

Peguam kanan persekutuan Datuk Amarjeet Singh mewakili SPR, sementara peguam Gobind Singh Deo mewakili pengundi berkenaan. - BERNAMA 

Sabah: Ketua Pemuda PBS umum letak jawatan


23rd September, 2017

KENINGAU: Ketua Pemuda Parti Bersatu Sabah (PBS) pusat Datuk Jake Jikulin Nointin meninggalkan PBS dan meletak semua jawatan termasuk keahlian dalam parti.

Jake yang juga Ketua Bahagian PBS N.34 Liawan mengumumkan keputusan meninggalkan parti itu dalam sidang media bagi mengumumkan hala tuju politik beliau di kediamannya di sini kelmarin.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat setelah merujuk kepada barisan Ahli Jawatankuasa dan ahli-ahli di peringkat cawangan.

Katanya, dengan keputusan ini PBS Bahagian Liawan bubar bersama dengan 22 cawaangan yang telah membuat keputusan bersama.

Walau bagaimanapun beliau belum membuat keputusan menyertai parti-parti pembangkang. “Saya bersama ahli jawatankuasa bahagian dan ahli-ahli hanya keluar parti dan tetapi masih menyokong dasar-dasar kerajaan yang ada,” katanya.

Jelasnya, walaupun bukan lagi ahli PBS, beliau akan meneruskan perkhidmatan kepada masyarakat melalui medium yang lain dan terus menyokong kerajaan.

Beliau juga menawar akan bertanding pada pilihan raya akan datang jika dikehendaki oleh penyokong. Majlis dihadiri lebih 1,000 penyokong itu turut dihadiri oleh Timbalannya Obren Sulom, barisan AJK Bahagian dan barisan kepimpinan Wanita dan Pemuda Bahagian.

Turut kelihatan beberapa pemimpin parti pembangkang Warisan, STAR dan DAP yang dipercayai melamar Jake. Namun Jake belum membayang menyertai mana-mana parti pembangkang.

Jake pernah menjawat Naib Ketua Pemuda SAPP selepas PBS keluar Barisan Nasional (BN) sebelum pilihanraya umum 1994.

Apabila PBS menyertai semula BN, Jake kembali dalam PBS pada tahun 2007 dan menjadi Ketua Bahagian PBS N.34 Liawan dan pada tahun 2013 menjadi Ketua PBS pusat selepas menewaskan penyandang pada ketika itu Datuk Jahid Jahim. -OLEH MARUTIN ANSIUNG

Sumber: http://www.newsabahtimes.com.my/nstweb/fullstory/18605

Takiyuddin: PAS sasar tanding lebih 100 kerusi Parlimen


Pada pilihan raya umum akan datang kita mungkin akan bertanding di lebih 100 kerusi Parlimen dengan sasaran minimum menang 40 kerusi Parlimen - Takiyuddin Hassan, Setiausaha Agung PAS

KOTA BHARU, 23 Sept (Bernama) -- Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan berkata parti itu berpeluang bertanding lebih banyak kerusi pada pilihan raya umum ke-14 kerana kini tidak lagi terikat dengan mana-mana pihak atau pakatan kecuali Gagasan Sejahtera.

Beliau juga yakin peluang PAS kini lebih cerah di kawasan bandar berdasar penerimaan masyarakat terhadap parti itu yang semakin baik di lokaliti berkenaan.

"Pada pilihan raya umum akan datang kita mungkin akan bertanding di lebih 100 kerusi Parlimen dengan sasaran minimum menang 40 kerusi Parlimen," katanya kepada pemberita pada Sambutan Jubli Emas 50 tahun PAS Kawasan Kota Bharu di Medan ilmu di sini, malam tadi.

Takiyuddin turut membayangkan hasrat parti itu untuk bertanding di Parlimen Kuantan, Pahang, kerana melihat ada peluang di kawasan berkenaan memandangkan parti itu kini menguasai Dewan Undangan Negeri Beserah dan Tanjung Lumpur yang berada dalam Parlimen berkenaan.

-- BERNAMA

PAS tawar pasaraya wakaf





"PASARAYA WAKAF PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS)"

JOM WAKAF ; Satu Peluang Meraih Pahala Yang Panjang Menerusi Wakaf Komersial Yang Memberi Pulangan Ekonomi Jangka Panjang Untuk Amal Islami

šŸ’µ Kami Menawarkan FASA 1 Sumbangan Wakaf Tanah bagi Projek Pasaraya Wakaf PAS Sebanyak 100,000 Lot Dengan Nilai Sumbangan RM30 per lot.

Boleh Terus Salurkan Sumbangan Wakaf ke
Akaun Maybank
"DANA SANABIL"
No 5640 2540 4697

Atau Hubungi Segera
www.wasap.my/601137063667 Ustaz Amin (SUK)
www.wasap.my/60199183333 Ustaz Asyraf (Pengarah)

Selangor
www.wasap.my/60137041605 Mahazmi (Subang)

Terengganu
www.wasap.my/60195902729 Muazzam (KT)
www.wasap.my/60193228486 Wan Yusrizal (KN)
www.wasap.my/60105707539 Hakimi (Marang)

Johor
www.wasap.my/60167712708 Fakhrurrazi (JB)

#kami mengalu-alukan para petugas yang ingin membantu memasarkan Dana Wakaf ini, moga berkongsi pahala dan amal lebajikan

šŸ”Š INFO PROJEK

✅ Pasaraya Wakaf PAS (PWP) adalah Projek Wakaf Komersial Dengan Kos RM12 juta kendalian Lajnah Ekonomi dan Pembangunan Usahawan PAS Pusat bertempat di bandar Dungun, Terengganu.

✅ PWP bakal mencipta hartanah milik PAS bernilai hampir RM20 juta yang mendatangkan pendapatan bulanan melebihi RM60k.

✅ PWP telah mendapat Kelulusan Kebenaran Merancang, Kelulusan Pelan Bangunan daripada Pihak Berkuasa Tempatan dan Kelulusan daripada Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) bagi membuka Pasaraya di premis tersebut.

✅ Pembangunan Pasaraya Wakaf dijangka akan dimulakan pada awal 2018 dan dijangka siap pada pertengahan tahun 2019

Ayuh bersama kami merealisasikan IMPIAN ini!!!

#sebarkan untuk kebaikan Islam

London tamatkan operasi Uber



ISU keselamatan awam dan ancaman menjadi sebab pihak berkuasa pengangkutan London untuk tidak membenarkan Uber terus beroperasi di bandar raya itu selepas lesen syarikat berkenaan tamat pada 30 September ini.

Transport for London (TfL) hari ini, mengeluarkan kenyataan ia tidak menyambung lesen operasi syarikat berkenaan namun Uber mempunyai masa 21 hari untuk mengemukakan rayuan.

Menurut TfL, cara Uber beroperasi menimbulkan kebimbangan dan memutuskan Uber London Limited tidak layak dan tidak sesuai diberi lesen perniagaan sewa persendirian.


Uber mempunyai kira-kira 40,000 pemandu di London, dengan 3.5 juta pelanggan.


Menurut kenyataan TfL, pendekatan dan cara operasi Uber menunjukkan kurang tanggungjawab korporat berikutan sejumlah isu yang berpotensi menjejaskan keselamatan awam dan masalah keselamatan lain.

Antaranya, menurut TfL, cara Uber melaporkan jenayah serius dan keperluan memeriksa rekod jenayah pemandunya.

London mengikuti bandar raya lain, termasuk New Delhi, Mumbai dan Cape Town tidak memberi lesen kepada Uber.

Uber dalam kenyataan balasnya berkata, keputusan itu menunjukkan London yang sepatutnya matang dan terbuka, sebenarnya ‘tertutup’ untuk syarikat yang mempunyai inovasi serta menyekat pilihan pelanggan.

Pelbagai isu menjejaskan imej Uber di London, termasuk ramai pemandunya melakukan jenayah rogol serta serangan seksual dan seorang pemandunya menggunakan kenderaan berdaftar dengan Uber dalam serangan terhadap Istana Buckingham.



















Pihak Berkuasa Perlu Ambil Tindakan Ke Atas Penganjur Pesta Gay



Pihak berkuasa perlu mengambil tindakan tegas dan keras ke atas penganjur pesta tarian gay besar-besaran 'White Party Bangkok' yang akan dikatakan akan diadakan di Kuala Lumpur, hujung bulan ini.

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, aktiviti seperti ini perlu dihentikan dan diharamkan daripada diadakan di ibu negara kerana ia bakal membawa  lebih banyak keburukan daripada kebaikan.

Dalam satu kenyataan media hari ini, beliau berkata pihak penganjur program berkenaan tidak menghormati suasana dan persekitaran negara ini yang mementingkan keharmonian dan tatasusila yang baik bukannya melibatkan diri dengan pesta-pesta sebegini.

"Islam adalah Agama bagi Persekutuan Malaysia dan lain-lain agama boleh diamalkan di mana-mana bahagian Persekutuan. Ini menunjukkan penduduk di negara ini majoritinya adalah Islam.

"Kewujudan gerakan politik yang agak ekstrem sejak akhir-akhir ini membawa bersama tabiat buruk merosakkan akhlak seperti seks golongan sejenis dan perlakuan seks bebas sehingga mereka sudah berani mengadakannya di dalam negara secara terbuka," katanya dalam kenyataan itu.

Beliau kesal pihak berkenaan yang mempunyai agenda menjadikan negara huru-hara turut menyokong pelakuan songsang dan tidak sihat seperti ini termasuk melindungi mereka yang mengamalkan gaya hidup sedemikian. 

Musa berkata pihak berkuasa perlu mengambil tindakan tegas ke atas penganjuran program ini yang jika tidak dibendung ia dibimbangi akan menyebabkan perkara-perkara buruk lain dan mungkin berlakunya jenayah.

"Jika aspek keselamatan ketika pesta gay itu tidak dikawal dan sesuatu berlaku, ada potensi berlaku kekecohan dan jenayah lain juga akan berlaku seperti pergaduhan. 

"Perbuatan menagih dadah dan mengedar dadah juga mungkin akan berlaku dengan berleluasa pada program itu nanti," kata Musa.

Difahamkan bahawa pesta ini dicetuskan oleh golongan veteran industri hiburan, Blue & Bond Satittammanoon dari Cloud 9 Inc., juga satu syarikat penganjuran konsert dan festival terkemuka Thailand serta turut bekerjasama dengan Jeffrey Sanker, CEO White Party Entertainment Inc.

Lihatlah, betapa beraninya golongan ini mengadakan acara terbuka seperti ini. Sasaran tetamu mereka ialah lelaki yang berumur 21 tahun ke atas sahaja.

Mengikut maklumat, satu acara parti gay pernah dilancarkan di Bangkok, Thailand pada sambutan tahun baru lalu.

Acara yang berlangsung selama tiga hari berturut itu juga dihadiri oleh ribuan orang yang meraikan festival tahun baru itu sekali gus menjadikan ia sebagai parti gay terbesar di Asia.

Tan Sri Musa Hassan
21 September 2017

Dr Khairuddin: Bagaimana pemerintah hadapi tahfiz di bakar?



Isu sekarang bukannya pusat TAHFIZ TERBAKAR tetapi TAHFIZ DIBAKAR oleh segelintir remaja yang gagal terdidik oleh persekitaran masyarakat yang soleh. Fokus masyarakat dan pemerintah sekarang disamping isu memperkasakan sistem keselamatan pusat Tahfiz hendaklah pada memperkasakan sistem pendidikan masyarakat bagi mengelakkan lahirnya anggota masyarakat yang mengancam KESELAMATAN MASYARAKAT. 

Pusat Tahfiz menyumbang pada melahirkan manusia yang tidak mengancam keselamatan masyarakat malah memberi nilai tambah dan aset bagi negara melahirkan insan yang soleh. 

Selepas 9 hari berlalu tragedi ini pemerintah dan masyarakat belum benar-benar berbicara tentang memperkasakan sistem pendidikan masyarakat ini. Semua masih menjurus pada isu keselamatan pusat Tahfiz. Sistem pendidikan masyarakat tidak hanya merujuk kepada pusat pendidikan rasmi tetapi merangkumi semua entiti masyarakat termasuk institusi kekeluargaan dan kejiranan serta institusi media sebagai ejen pendidik. 

Warga media perlu membantu agar perkara ini dibuat liputan meluas dan menjadi bahan bicara semua pihak. 

Dr Khairuddin at-Takiri

Maal Hijrah: Perutusan Presiden PAS

Hijrah Rasulullah SAW dari Makkah ke Madinah bukanlah untuk melepaskan diri daripada menghadapi tekanan, penindasan dan ejekan semata-mata, tetapi ia bertujuan untuk membina masyarakat dan negara di negeri yang diizinkan. Oleh sebab itu, hijrah menjadi satu tuntutan fardu ain bagi tiap-tiap yang mampu dan mestilah mengembelingkan tenaga bagi mencapai matlamat yang telah digariskan.  



PERUTUSAN PRESIDEN PAS SEMPENA MAAL HIJRAH 1439H 

Pertama kali perlulah difahami bahawa matlamat hijrah Rasulullah SAW dari Makkah ke Madinah bukanlah untuk melepaskan diri daripada menghadapi tekanan, penindasan dan ejekan semata-mata, tetapi ia bertujuan untuk membina masyarakat dan negara di negeri yang diizinkan. Oleh sebab itu, hijrah menjadi satu tuntutan fardu ain bagi tiap-tiap yang mampu dan mestilah mengembelingkan tenaga bagi mencapai matlamat yang telah digariskan.  

Meninggalkan kampung halaman, tanah tumpah darah yang terikat sebati dengan jiwa raga sejak dilahirkan ke dunia adalah satu tekanan jiwa yang besar kepada kalangan Muhajirin. Adapun kalangan Ansar yang menerima saudara-saudara Muhajirin memikul bebanan dengan janji-janji kelebihan dari Allah. Hijrah menjadi satu ujian kepada mereka bagi memperteguhkan keimanan dan keyakinan kepada janji-janji Allah dan Rasul-Nya, walaupun tidak dilihat dengan mata dan pancaindera. 

Penghijrahan Rasulullah SAW dan para sahabat ke Madinah mempunyai matlamat yang besar untuk menegakkan negara Islam. Seandainya tugas mereka menegakkan Islam tidak ada dalam ajaran Islam, umat Islam tidak perlu berhijrah ke Madinah. Dan seandainya ajaran Islam hanya untuk melahirkan penganut-penganut sekadar melakukan syiar ibadah tanpa mengira siapa yang memerintah dan bentuk negara yang menaungi mereka, sudah tentu Rasulullah SAW telah diizinkan oleh Allah SWT untuk menerima jawatan menjadi raja atau pemerintah di Makkah sewaktu ditawarkan oleh pemimpin-pemimpin musyrik Makkah. 

Tuntutan matlamat ini bersesuaian dengan Islam itu sendiri yang maha sempurna dan suci dari segala bentuk kekurangan dan Allah tidak mengizinkan dunia ini diperintah sewenang-wenangnya oleh masyarakat dan negara yang mengikut selera manusia yang lemah serta dinaungi oleh sifat-sifat jahiliah. 

Peranan menegakkan Islam adalah tugas bersama, tidak mengira sama ada raja-raja, ulama, pemerintah, ahli politik, kumpulan Islam, institusi agama, penjawat awam, ahli akademik bahkan seluruh umat Islam bertanggungjawab menegakkan Islam mengikut keadaan masing-masing.  Setelah negara ini ditinggalkan penjajah dan digubal Perlembagaan oleh Suruhanjaya Reid yang meninggalkan tafsiran yang sebenar bagi Islam sebagai Agama Persekutuan, maka tanggungjawab generasi hari ini untuk menafsirkan Islam sebagai Ad-din berpandukan ajaran Al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW. Tonggak Islam sebagai Agama Persekutuan wajib dipertahankan, di samping memberi keadilan kepada masyarakat bukan Islam berkonsepkan masyarakat madani.  

Oleh itu, bersempena Sambutan Maal Hijrah 1439H, marilah kita bermuhasabah untuk memikul tanggungjawab menegakkan Islam sebagaimana qudwah yang ditonjolkan oleh Baginda Nabi Muhammad SAW yang mulia dan para sahabat yang bersabar dan teguh dengan keimanan demi mencapai matlamat meninggikan kalimah Allah dalam masyarakat dan negara. 

Saya mengambil kesempatan ini juga bagi pihak Parti Islam Se-Malaysia (PAS), untuk mengucapkan Selamat menyambut Maal Hijrah bagi tahun 1439H kepada seluruh umat Islam tidak kira di mana berada. Mudah-mudahan tahun baru ini diberkati dan dirahmati oleh Allah SWT bagi diri kita, umat Islam dan tanah air. 

“Sejahtera Bersama Islam”

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Maghi Sining Nok Royak: Siapa Kata PAS Itu Agama?



Bank Islam, Sekolah Islam, Universiti Islam, Pusat Islam, Tadika Islam, Pajak Gadai Islam, Restoran Islam, Pusat Rawatan Islam, Hospital Islam dan apa sahaja sewaktu dengannya yang diletakkan nama Islam, ia bukan agama. Termasuk juga Parti Islam juga bukan agama. Malah orang Islam pun bukan agama.

Perkara ini semua orang dah faham. Sebut nama Bank Islam, orang faham bahawa inilah bank yang menggunakan sistem perbankan Islam dalam urusniaga. Hospital Islam atau Pusat Rawatan Islam difahami oleh masyarakat sebagai tempat rawatan yang menitik beratkan pematuhan syariat dalam operasi. Begitulah juga yang lain. Mereka memperjuangkan pematuhan syariat Islam di bidang masing-masing.

PAS sebuah Parti Islam yang turut berperanan sebagai sebuah gerakan Islam. Bidang PAS ialah 3 komponen penting iaitu siyasah, tarbiyah dan dakwah. Walaupun berjuang di medan siyasah Islam, tarbiyah Islam dan dakwah Islam, ia tetap tak menjadikan PAS satu agama tapi PAS adalah parti yang berjuang untuk meninggikan agama. Ini perkara dasar yang sangat mudah untuk difahami. Kenapa masih ada yang mengulang-ulang perkara lapuk, "PAS bukan agama". Siapa pula yang kata PAS adalah agama?

Yang membezakan PAS dengan parti lain ialah Islam yang diletakkan sebagai dasar perjuangan. Neraca pertimbangan PAS dalam bertindak dan membuat keputusan ialah Islam dengan Quran, Hadith, Ijma' dan Qias sebagai rujukan. Inilah PAS!

Dr Azman Ibrahim
AJK PAS Pusat
20 September 2017
© all rights reserved
made with by templateszoo