NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

UMMAH: Pindaan Akta 164 menghakis hak Umat Islam



Putrajaya: Gabungan Pembela Ummah (UMMAH) tidak bersetuju dengan pindaan kepada Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 atau Akta 164 kerana dikatakan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Menurut Tuan Haji Aminudin Yahya, Pengerusi UMMAH, pindaan ini dilihat menghakis hak-hak yang diberikan kepada orang Islam melalui Perlembagaan Persekutuan Perkara 3(1) yang menjamin kebebasan beragama dan juga 121(1A) yang memisahkan antara bidang kuasa Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah. 

 “Seksyen 3(3) Akta 164 memberi hak eksklusif berkenaan isu ini kepada Mahkamah Sivil.”  

“Seksyen 51A pula memberikan hak perwarisan harta pusaka kepada yang bukan Islam tanpa melibatkan mana-mana pihak yang berkepentingan daripada pihak Islam. Baitulmal pun tidak terlibat dalam urusan perwarisan harta pusaka.”  

Haji Aminudin Yahya menegaskan bahawa UMMAH akan berterusan memberi cadangan demi mencapai keadilan kepada semua pihak.    

“Antara cadangannya ialah jalan mediasi atau tribunal untuk mewujudkan perbincangan antara pihak Islam dan bukan Islam. Pada masa yang sama cadangan ini tidak menjejaskan hak orang Islam untuk mengamalkan Islam.”  

UMMAH meminta supaya Senator dalam Dewan Negara untuk menolak pindaan ini.    Pandangan UMMAH mengambil kira konteks negara supaya tidak timbul polemik yang boleh memecahbelahkan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum ini. 

“Sekiranya pindaan ini diluluskan di Dewan Negara, kita akan menghantar memorandum kepada Majlis Raja-Raja dan akan memberikan penyelesaian yang kita rasa lebih baik daripada pindaan ini,” tegas Haji Aminudin Yahya.   

UMMAH akan mengambil nasihat daripada panel pakar perundangan dalam memberi cadangan penyelesaian kepada isu ini demi keadilan semua pihak. 

Sumber: https://www.menara.my/pindaan-akta-164-menghakis-hak-umat-islam-ummah/

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo