Roslan SMS: Apa sudah jadi pada DAP Pulau Pinang? - 1Media.My

Header Ads

Roslan SMS: Apa sudah jadi pada DAP Pulau Pinang?


Mengikut laporan mukadepan Sunday Star pihak SPRM telah menemui dua pucuk surat mengarahkan Majlis Perbandaran Seberang Prai MPSP agar tidak bertindak ke atas kilang haram pemerosesan penapis karbon di Kg Sg Lembu, Bukit Mertajam.

Kedua surat yang diutus pada tahun 2015 dan 2016 itu mengarahkan MPSP jangan menutup kilang haram yang telah beroperasi lebih 10 tahun itu dan ianya diutus oleh tertuduh EXCO DAP Phee Boon Poh.

SPRM dilaporkan akan memanggil seorang lagi ADUN DAP untuk siasatan.

Apa sudah jadi DAP P.Pinang?

Apa pun biarlah proses pengadilan mengambil tempat tetapi apa kena dengan DAP?

Menurut akhbar yang sama pemimpin terkanan DAP Lim Kit Siang telah menuduh SPRM sebagai menggunakan kes ini untuk menutup kemungkaran rasuah yang lebih besar dalam negara.

Kit Siang tidak percaya Phee berasal dari keturunan pemimpin politik yang korup.

Apa yang Tuan Lim percaya tidak penting. Yang penting segala bukti perlu dikemukakan di mahkamah dan diadili melalui proses keadilan.

Kita tunggu dan lihat.

Moga P.Pinang selamat dan bersih dari pemimpin yang korup dan tidak bermoral.

Kreadit Roslan Sms