NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ramai ahli Amanah rujuk semula dengan PAS?



KOTA BHARU, 26 Zulkaedah 1438H, Sabtu – Sejarah politik negara membuktikan bahawa parti serpihan tidak mungkin boleh mendapat sambutan berterusan dan bertahan dalam meraih sokongan pengundi Malaysia.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, mungkin pada awal penubuhan sesuatu parti serpihan itu, mendapat sambutan namun ianya tidak bertahan lama.

“Akhirnya sejarah menunjukkan pengundi memilih parti-parti yang dominan, parti-parti yang mempunyai dasar perjuangan yang jelas.

“Itu yang akan menjadi pilihan rakyat,” katanya kepada Ismaweb.net ketika ditemui dalam program Kayuhan Basikal Sihat Tanpa Tembakau dan Vape (S2TV) di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas satu kaji selidik yang dijalankan oleh Institut Darul Ehsan (IDE) secara konsisten mendapati PAN hanya mendapat sokongan 1 peratus daripada rakyat.

Kajian itu didedahkan sendiri oleh Naib Presiden merangkap Timbalan Naib Canselor (Pentadbiran, Perancangan & Jaringan Global) Unisel, Prof Dr Mohd Nor Nawawi, kelmarin.

Diminta mengulas lanjut berhubung kajian itu, Takiyuddin berkata, ia terpulang kepada PAN untuk membuat sebarang keputusan berdasarkan dapatan itu.

“Saya tak boleh beri pandangan, terpulang kalau mereka boleh terima dapatan itu, mereka sepatutnya mengambil tindakan sewajarnya,” katanya.

Beliau turut mengesahkan bahawa ramai di kalangan ahli PAN telah membuat ‘pusingan U’ dengan berpatah balik kepada PAS.

“Sebahagian mereka bukan menjadi ahli PAN, cuma mesra PAN, tetapi apabila meneliti perjuangan parti itu, mereka dah berpatah balik kepada PAS.

“Kalau dibubarkan saya jangka lebih ramai. Saya terbuka kalau mereka menyertai PAS dengan menerima perjuangan PAS maka kita menerima, tiada masalah,” katanya.

http://www.ismaweb.net/2017/08/ramai-ahli-pan-rujuk-semula-dengan-pas/

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo