NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pindaan kepada RUU 164, membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Penceraian 1976) tidak sah & dan bukan kaedah penyelesaian permasalahan isu tindanan bidangkuasa Mahkhamah Syariah & Sivil?



Wahai Rakyat Malaysia yang prihatin,
AsSalaamualaikum dan Salaam Sejahtera :

1. Pada pagi Rabu, 16.08.2017, saya telah menyertai satu persidangan "MEJA BULAT", atas jemputan Gabungan Pembela Ummah (UMMAH) bagi tujuan perbincangan dan cadangan berkaitan RUU 164, MEMBAHARUI UNDANG-UNDANG (PERKAHWINAN DAN PENCERAIAN) 1976, yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat pada jam 12.45 pagi, 10.08.2017 yang lalu.

2. Seperti yang telah diulas dalam Siri-siri saya terdahulu berkenaan permasalahan isu bidangkuasa Mahkamah Syariah vs Mahkamah Sivil, dalam pertikaian yang melibatkan tindanan hak orang Islam dan bukan Islam, rumusan ringkas yang boleh dibuat tentang RUU 164 ini adalah :

(a) Pada dasarnya, RUU 164, sememangnya bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan, dan menggugat serta mencabar hak-hak yang diberikan kepada orang Islam melalui PERKARA 3(1) Perlembagaan Persekutuan dan juga kedudukan Mahkamah Syariah menurut PERKARA 121(1A) Perlembagaan sama, justeru mana RUU 164 adalah TIDAK SAH dan hendaklah dihentikan kelulusannya oleh Dewan Negara, dan seterusnya tidak dipersembahkan oleh Kerajaan untuk peroleh perkenan YDP Agong.

(b) Satu-satunya JALAN ALTERNATIF untuk RUU 164 diSAH TARAF di sisi Perlembagaan adalah, sekiranya PINDAAN LANJUT dilakukan kepada Section 3(3) di sana, untuk menambah frasa "tertakluk kepada Mahkamah Sivil MESTI mengambilkira kesemua dan/atau mana-mana Hukum Syatak yang terlibat dalam mana-mana isu yang berbangkit dalam mana-mana pertikaian yang melibatkan Petisyen di bawah Seksyen 51(1)", di sana.

(c) Namun, sekiranya Kerajaan masih meneruskan dengan proses untuk mengunapakai dan meluluskan RUU 164 seadanya kini, maka ianya WAJIB mengundang mana-mana pihak yang berkenaan dari golongan individu Muallaf, ataupun NGO Islam, mahupun Majlis-majlis Agama Islam di kesemua negeri, untuk mempelopori satu pemfailan TINDAKAN ASAL di Mahkamah Persekutuan di bawah PERKARA 4(3) dan 4(4) Perlembagaan, di atas alasan PARLIMEN tidak mempunyai kuasa untuk menggubal sebarang undang-undang, mahupun pindaan, berkaitan subjek perkara Islam, yang mana adalah secara EKSKLUSIFnya di bawah kuasa gubalan DEWAN UNDANGAN NEGERI. .

(d) Kerajaan adalah juga diSARANkan bahawa kaedah terbaik penyelesaian muktamad permasalahan tindanan hak orang Islam vs bukan Islam ini,yang telah menghantui sistem keadilan kita sejak sekian lama, adalah untuk menubuhkan satu Jawatankuasa Penyelidikan Diraja, selepas perolehi perkenan YDP Agong dan Majlis Raja-Raja, untuk mengkaji seluruh aspek subjek perkara pertikaian ini, yang dianggotai oleh sejumlah 3 atau 5 orang eminen , termasuk sekurang-kurangnya seorang Pakar Ugama, dengan diberi tempoh sekurang-kurangnya 3 tahun, bagi tujuan memperhalusi, mengkaji, dan mencadangkan kesemua bentuk pindaan muktamad yang perlu kepada kesemua undang-undang bertulis, termasuk Perlembagaan dan Akta-Akta Parlimen serta Enakmen-Enakmen Negeri yang terbabit, dengan selanjutnya mencadangkan struktur dan tatacara penyelesaian pertikaian ini, termasuk dan tidak terhad kepada penubuhan satu TRIBUNAL TINDANAN BIDANGKUASA yang diiktiraf oleh Perlembagaan.

DEMI AGAMA DAN NEGARA TERCINTA !!!

Haniff Khatri
17.08.2017 @ 0040

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo