NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pemandu Singapura Biadap dan Bebas



KUALA LUMPUR: Kebanjiran kereta-kereta dari Singapura dewasa ini menjadi bukti perkembangan sektor pelancongan negara ini. 
Namun, pemandu-pemandu dari negara itu sering berkelakuan biadap di atas jalan raya dan tidak menghormati pengguna yang lain. 

Antara perbuatan mereka adalah memandu melebihi had kelajuan maksimum, membuang sampah dari kenderaan, tidak menghiraukan undang-undang trafik dan lain-lain lagi. 

Menurut laporan yang diterbitkan oleh The Straits Times, terdapat sebanyak 275,663 saman yang tertunggak dari tahun 2010 ke 2016 dan sebahagian besar saman yang dikeluarkan, iaitu sejumlah 184,014 adalah untuk rakyat Singapura sahaja. 

Terdapat 3,423 waran tangkap bagi rakyat negara itu untuk tempoh yang sama. Pada awal tahun ini, pihak Polis Di-Raja Malaysia (PDRM) telah mengadakan sekatan di sempadan Singapura-Malaysia di Woodlands untuk memaksa rakyat negara jiran supaya membayar saman yang tertunggak. 

Selepas 48 jam, operasi ini hanya berjaya untuk melangsaikan sebanyak 3,275 saman bernilai RM 200,000. Sebahagian besar saman-saman yang tertunggak masih belum dibayar. 

© all rights reserved
made with by templateszoo