Header Ads

Maghi Sining Nok Royak:PAS Bukan Parti Kluk Klek



Proses untuk PAS membatalkan tahaluf dengan DAP atau PKR bermula dengan usul di Mesyuarat Agong Cawangan. Kemudian usul dibawa ke Mesyuarat Agong Kawasan.

Selepas diterima di peringkat kawasan, usul akan dihantar ke Jawatankuasa Usul Muktamar Tahunan PAS Pusat. Usul yang diluluskan oleh Jawatankuasa Usul akan dibentangkan dan dibahaskan dalam Muktamar PAS Pusat.

Lulus dalam Muktamar, usul akan diangkat pula untuk penelitian Majlis Syura Ulama PAS (MSU).

Sekadar makluman, antara Ahli Majlis Syura Ulama PAS ialah guru kepada beberapa orang Mufti di Malaysia sekarang. Dengan istilah lain, ada mufti yang pernah menjadi anak murid kepada Ahli Majlis Syura Ulama PAS. Itulah gambaran tahap keilmuan mereka yang menganggotai MSU.

Keputusan Mesyuarat MSU akan diserahkan pula kepada Jawatankuasa Kerja PAS Pusat untuk dibincangkan tindakan dan langkah politik selanjutnya.

Beginilah telitinya proses membuat keputusan dalam PAS samada untuk mengadakan tahaluf atau membatalkan tahaluf dengan mana-mana parti lain. Sebab itu anda perhatikan PAS tak kluk klek dalam membuat keputusan besar. Sebab itu juga anda akan dapati PAS tidak buat U-turn selepas memutuskan suatu keputusan besar. Kerana kita ada proses yang amat teliti dalam membuat keputusan. Bukan keputusan ikut emosi dan ikut terlintas.

Kerana itu janganlah buat persepsi dan janganlah viral macam-macam info yang tak betul bila Azmin dan Wan Azizah pergi ziarah Tuan Guru Presiden PAS. Bila kita faham bagaimana proses membuat keputusan besar dalam PAS, kita akan tenang dan meletakkan sepenuhnya kepercayaan kepada pimpinan untuk memutuskan yang terbaik bagi perjuangan ini.

Dr Azman Ibrahim
AJK PAS Pusat
20 Ogos 2017